BAB 13: BODYGUARD
Anak itik tokwi,
Mandi dalam kolam,
🐥🐥🐥🐥
RABIATUL POV
Rabiatul merenung tingkap kelas yang terdedah. Dari tempat duduknya, dia dapat melihat padang sekolah yang kosong tanpa pelajar. Sekarang ialah waktu rehat. Pasti pelajar sedang menikmati makanan di kantin sekolah kecuali dia. Keluhan kecil dilepaskan. Sampai bila dia perlu berhadapan dengan semua ini? Langsung tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa dia akan melalui semua ini.
"Nah, untuk kau." Lamunan Rabiatul terhenti apabila suara garau menyapa pendengarannya.
Kepala dipusing ke kanan untuk melihat gerangan lelaki tersebut.
Mata redup lelaki itu menyapa mesra wajahnya. Pandangan dilarikan ke arah minuman tin yang dihulur oleh lelaki itu.
"Ambillah. Aku belanja," ujar lelaki itu seraya meletakkan tin minuman Cincau di atas meja Rabiatul.
Punggungnya dilabuhkan pada meja yang berada tidak jauh daripada tempat duduk gadis itu. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.
Rabiatul merasa serba salah. Hilang terus seleranya apabila dikenakan Aniq semasa di dalam kelas Kimia pagi tadi. Sudah penat otaknya berfikir apa salahnya pada lelaki itu.
"Terima kasih," lafaz Rabiatul lemah.
Lelaki itu tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik.
"Kau lemah sangat. Sebab tu dia berani ambil kesempatan." Suara lelaki itu memecahkan kesunyian di antara mereka.
Rabiatul tersenyum pedih. Lemah? Ya, memang tidak dinafikan dia seorang gadis yang lemah tapi perbuatan Aniq terhadapnya sudah melampau. Sepanjang dia berada di sekolah ini, tidak pernah sekalipun Aniq berbaik dengannya.
"Aku yakin kalau kau kuat dan tegas, dia mesti takkan berani buli kau," tambah lelaki itu lagi.
Rabiatul masih lagi diam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.
"Apa salah saya pada dia? Saya tak pernah sekali pun berniat nak buat jahat pada dia, apatah lagi nak balas semua kejahatan yang dia dah buat pada saya. Tapi, kenapa dia suka buli saya?" tanya Rabiatul sebak.
Puas dia mencari punca di sebalik apa yang telah berlaku namun hampa. Barangkali hanya Adawiyah yang tahu.
Kali ini lelaki itu pula mendiamkan diri. Mahu mendengar luahan isi hati yang selama ini disimpan kemas. Agaknya sudah terlalu lama Rabiatul terasa hati dengan kelakuan Aniq terhadapnya. Ada mutiara jernih yang sedang bertakung di tubir mata.
"Saya tak minta apa-apa pun. Saya cuma nak belajar dengan tenang sama macam pelajar lain. Saya nak buktikan pada semua orang yang gadis miskin macam saya pun boleh berjaya. Saya nak banggakan mak dengan abang saya. Itu je. Semua yang berlaku ni salah saya jugak ke?" soal Rabiatul untuk kali yang kedua.
Rahang lelaki itu bergerak seakan mahu berbicara. Sebelah tangan naik menggosok belakang tengkuk. Dia cuba menyusun ayat untuk menyangkal dakwaan Rabiatul. Badan ditegakkan semula.
"Kau dengar apa yang aku nak cakap ni baik-baik. Kau langsung tak bersalah dalam hal ni. Kau tahu apa yang paling menyeronokkan bagi seorang pembuli? Mereka akan lagi gembira kalau mangsa buli lemah dan menangis depan mereka. Tolong jangan jadi gadis yang lemah. Perempuan diciptakan bukan untuk jadi lemah dan aku yakin kau bukan gadis yang lemah.
Aku pernah nampak dengan mata kepala aku sendiri kau tumbuk seorang pelajar lelaki sebab lelaki tu pernah nak buat jahat pada kawan baik kau. Dulu, kau tegas. Kadang-kadang aku tertanya-tanya mana perginya Adawiyah yang dulu?" Pandangan dihalakan sepenuhnya ke arah Rabiatul yang sedang memandang kosong ke arah papan hitam.
"Mulai hari ni, aku akan jadi bodyguard kau. Sesiapa yang berani nak buli kau akan berhadapan dengan aku dulu," putus lelaki itu bernada tegas.
Entah kenapa hatinya seolah-olah terpanggil untuk menolong Adawiyah yang terkial-kial hendak menjawab soalan kimia tadi.
Terpusing kepala Rabiatul mendengar kata-kata yang dituturkan oleh lelaki itu. Dia memandang lelaki itu pelik.
"Tak perlu nak susahkan diri awak kerana saya," bangkang Rabiatul laju.
"Eh suka hatilah akulah. Kau tu luaran nampak kuat tapi dalaman rabak. Dasar hati tisu," tempelak lelaki itu selamba.
Rabiatul merasakan hatinya panas pada saat ini. Mulutnya terbuka sedikit kerana terkejut mendengar jawapan lelaki yang telah menolongnya. Namun, tidak pula dia membalas dengan kata-kata.
"Kenapa? Marah? Kalau marah tunjukkan yang kau marah. Jangan simpan. Nanti kau jugak yang merana," pesan lelaki itu kepada Rabiatul.
Bukannya dia tidak nampak raut wajah Rabiatul yang jelas tidak puas hati dengan omongannya. Sengaja dia menduga Rabiatul dengan mengucapkan ayat yang menyakitkan hati.
"Saya bukan budak kecil nak kena ada bodyguard bagai. Tahulah saya nak jaga diri nanti," bidas Rabiatul lagi. Nada percakapannya juga sudah berubah. Tiada kelembutan dalam tutur bicara. Hidung yang kemerahan ditenyeh dengan belakang tangan.
"Ha ini barulah Adawiyah yang aku kenal. Kalau kau nak tahu, kau pernah jadi girl crush aku suatu masa dulu sebab kau brutal. Pantang ada orang cari pasal dengan kau atau orang yang rapat dengan kau, mulalah jadi singa betina," kutuk lelaki itu selamba disambung dengan gelak ketawa di hujung bicara.
Rabiatul lantas menghadiahkan jelingan maut kepada lelaki itu. Melihat reaksi Rabiatul seperti itu, dia berdehem perlahan.
"Kau ingat tak siapa aku?" soal lelaki itu sambil memandang tepat ke wajah Rabiatul. Jari telunjuk ditala ke wajahnya.
Rabiatul mengerutkan kening. "Awak penting ke dalam hidup saya sebelum ni sampai saya nak kena ingat awak?" Giliran Rabiatul pula yang memulangkan paku keras. Tangan disilang rapat ke dada.
Lelaki itu lantas mengangguk laju. "Mestilah. Sebelum tu, kau dah tahu ke nama aku?"
Rabiatul menggeleng laju. Dia baru beberapa bulan belajar di sekolah ini. Jalan ke tandas pun dia boleh lupa inikan pula nama lelaki yang baru dia kenal dalam beberapa jam.
Lelaki itu kelihatan agak kecewa dengan jawapan Rabiatul. Bahunya jatuh manakala kepala ditundukkan ke bawah. Namun tidak lama selepas itu, dia lantas mengangkat wajah. Dia berjalan menghampiri Rabiatul. Rabiatul terpaksa mendongak sedikit. Senyuman manis dihadiahkan kepada Rabiatul walaupun dia tahu Rabiatul terpinga-pinga dengan kelakuannya.
"Kalau macam tu, biar aku kenalkan diri aku semula. Nama aku Firhad. So, lepas ni kalau ada orang nak kacau kau lagi, seru je nama aku 3 kali. Percayalah, aku akan datang untuk tolong kau," jawab Firhad yakin. Sebelah tangan melurut rambut yang terjuntai di dahi.
Rabiatul sembunyi senyum. Firhad. Sedap nama. Mulut pun boleh tahan.
Sepasang mata sedang memerhatikan telatah pasangan itu dari luar kelas. Gigi digertap dan tangan menggenggam penumbuk. Hatinya mendongkol geram. Sandwich yang dibeli dari kantin sebentar tadi dibuang ke dalam tong sampah. Dia lantas meninggalkan kelas itu dengan marah yang meluap-luap. Hatinya mendongkol geram.
Cemburu?
Mustahil!
Adawiyah hanya layak untuk dipermainkan. Tak lebih daripada itu. Namun, kedatangan Firhad memusnahkan semua rancangannya. Nampaknya. Selepas ini, dia perlu lebih berhati-hati untuk mengenakan gadis itu. Tunggulah nasib kau!
************************
Hani berlari laju ke arah wad yang menempatkan Iqbal. Beberapa orang jururawat dan pesakit yang memandangnya dengan pandangan aneh tidak dihiraukan. Nyawa Iqbal lagi penting!
Tombol pintu dipulas tanpa mengetuk pintu. Tersembul wajah seorang doktor dan jururawat yang sedang membetulkan selimut pada tubuh Iqbal.
"Ma... macam mana dengan keadaan kawan saya?" ujar Hani semput.
Punyalah jauh dia berlari. Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada salah seorang jururawat yang ditugaskan khas untuk menjaga Iqbal, langsung dia berlari ke sini.
"Kita bercakap pasal hal ni di luar," ajak doktor yang telah merawat Iqbal. Hani hanya menurut tanpa banyak soal.
"Berdasarkan laporan ujian yang saya dah jalankan ke atas pesakit, besar kemungkinan pesakit akan mengalami amnesia. Terdapat kesan hentakan pada belakang kepala mangsa. Pelik saya. Bukan ke semasa kemalangan, pesakit sedang memandu?" soal Doktor Hamdi.
Hani mengangguk memberikan jawapan. Berkerut dahinya mendengar penjelasan doktor tersebut.
"Boleh jadi selepas kemalangan pesakit cuba menyelamatkan diri dan ada seseorang yang menghentak objek keras pada belakang kepala pesakit," tokok doktor yang berusia lewat 40-an itu lagi.
"Saya tak pasti pasal hal tu doktor. Lagipun sekarang ni, pihak polis tengah siasat pasal kes kemalangan ni. Yang peliknya, pemandu kereta yang dilanggar oleh kawan saya semasa kemalangan tak ditemui sampailah sekarang," maklum Hani. Jika benar tekaan doktor Hamdi, besar kemungkinan kemalangan tersebut sebenarnya telah dirancang.
🐥assalamualaikum guysssss.. Huwarghhhhh sory sbb dh bg fakehope.... 😭😭😭
🐥alhamdulillah dengan Izin Allah saya dh update bab baru..
🐥tp mntak maaf klau xbest.. Ada jugak terfikir nk unpub tp sayang.. Ni hasil titik peluh saya kot😭😭😭
🐥nnti komen tau amacam bab ni.. Rasa cm buruk sgt penulisan saya😭😭😭
Teaser bab akan datang
"Kalau aku dah tak ada nanti, kau jaga mak baik-baik" - Rafiq
"Kau nak pergi mana? " - Adawiyah
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top