result
(author skip terus ke hari ambil result ya)
ting tang tinggg 😅
cepat sahaja masa berlalu , terlalu cepat , pejam celik dan pejam celik macam tak percaya yang harini Citra dan yang lain bakal mengambil result SPM diaorang dan semestinya gementar itu tak usah cakaplah. Citra bersiap ala kadar. Cukup mengenakan baju kurung dan shawl bercorak di atas kepala . ringkas, tapi cukup menawan. Iphone di atas meja di tepi sisi terus di capai dan langkah kaki laju diayun untuk turun ke bawah.
" morning sayang " tegur Datin Sri Tifany . " morning mama" balas Citra sambil pipi mamanya dicium. " dah ready lah ni? " citra mengangguk . mata mamanya di pandang ' maafkan citra kalau tak mampu nak banggakan mama dan papa tapi percayalah Citra dah buat sehabis baik '
Datin Sri Tifany yang memahami walaupun daripada pandangan mata si anak terus memeluk Citra erat. " apapun result Citra mama dan papa sentiasa bangga ada anak sehebat Citra , mama tahu Citra dah buat sehabis baik , mama nampak usaha Citra study siang malam , mama sentiasa doakan Citra . Citra pergi dengan achik eh mama dengan papa ada kerja sikit tapi mama janji kami akan sampai sebelum Citra ambil result . " dahi Citra di dicium Datin Sri Tifany cuba menyalurkan kekuatannya buat Citra. " terima kasih ma"
Putera Anas Mikhael yang turun terus menghampiri si adik. " let's go" Citra hanya mengikuti achiknya. tik tik iphone yang bergetar di dalam beg di capai Citra.
' Allah yuftah alaikum Citra NurAfilya ' - unknown
' who are you? ' balas Citra
tik tik .
' someone HAHA'
Mesej itu hanya di biar malas mahu membalas. " kenapa ? " tanya Putera Anas Mikhael kepada si adik . " tak ada apa " balas Citra lembut.
toing toing
' good luck Citra , kita dah buat sehabis baik apa pun result harini terima selapang lapangnya. kita merancang tapi kita lupa Allah juga merancang . apapun all the best . salam sayang . ' - king control 💕
Citra pantas menaip untuk membalas , bibir takpayah cakap , senyuman sudah tidak lekang di bibir . make my days sungguh si Tengku sorang ni.
' insyaallah good luck juga .' sent. bluetick.
handphone di letakkan kembali di dalam beg , bersangka baik mungkin tengah drive. " okay adik dah sampai , good luck" mati terus lamunan Citra . " Cepatnya achik " Putera Anas Mikhael tersenyum " mahu tak cepat awak sibuk berangan tengok phone , achik yang drive . " Citra hanya tersengih. Langkah kaki laju sahaja keluar dari kereta ferrari milik achik. Mata mata memandang tak usah cakap , mesti diaorang cakap Citra ni gatal . ar peduli apa , abang aku lahh ! itu tak suka jalan dengan achikk. mesti orang selalu ingat dia ni girlfriend achik . sorry Cikgu Puteri!
" ni CEO muda dalam majalah tu kan , Ya Allah face to face lagi segak hensem. nak tangkap gambar boleh? " tegur seorang perempuan . Citra hanya mengangkat kening " ha sudah HAHA " ramai sungguh peminat achik Citra hanya mengikut , menolong menangkap gambar . Ingat sudah habis , habis perempuan itu datang pula yang lain mungkin kawan kawan perempuan tu.
10 minit berlalu " sayang jom " ujar Achik tiba tiba mungkin sudah rimas , mata dikenyitkan kepada Citra tanda suruh membantu. " okay okay jom sorry eh korang . " perempuan perempuan itu semua memandang tidak puas hati , tidak peduli pandangan mata mata mereka , mereka berdua pun berlalu. " lega , sesak nafas achik. " ucap Putera Anas Mikhael . Citra hanya tergelak. " kenapa ? " tanya Tengku Faiz Fikri yang baru datang menghampiri mereka. " achik penat layan peminat. I pun penat tolong tangkapkan gambar diaorang. " Tengku Faiz Fikri tersengih " takpa nanti kita buli achik tangkapkan gambar kita pula . " Citra mengangguk setuju . wait and see ya achik! " achik pinjam Citra " ucap Tengku Faiz Fikri tiba tiba . Putera Anas Mikhael mengangguk sambil tersenyum " okay ambil lah . jaga Citra. "
langkah kaki Citra laju diayun mengikut Tengku Faiz Fikri. " sabarlah , pelan lah sikit kaki you dah lah panjang " ujar Citra dengan harapan yang Tengku Faiz Fikri akan memperlahankan langkahnya. " itulah siapa suruh you pendek sangat ! " balas Tengku Faiz Fikri mengusik . " dah Allah nak jadikan i pendek nak buat macam mana" balas Citra , air mata sudah mahu keluar namun masih ditahan dan akhirnya dah tak mampu ditahan citra pun menangis . " sayang , sorry " pujuk Tengku Faiz Fikri. dia mengusik sahaja tak sangka budak pendek ni sensitif menangis terus . so comel lah sayang! " sorry citra " ucap Tengku Faiz Fikri lagi . Namun Citra hanya buat tak endah, merajuk sungguh budak kecik ni huhu. " sayangggg , I ada hadiah nak bagi you ni , tengok lah sini " pujuk Tengku Faiz Fikri tidak mengalah , lagi awak merajuk , lagi saya pujuk . " tak nak " jawab Citra , langsung tak pandang Tengku Faiz Fikri .
Tengku Faiz Fikri POV 🌸
Tengku Faiz Fikri pun biar ja Citra duduk dekat kerusi tepi kolam tu sebab dia ada plan dia sendiri nak bagi citra . Iphone di dalam poketnya dicapai , laju saja nombor Putera Aizat Maggi di dailnya .
" Aizat "
" ya "
" datang sini bawa barang dalam kereta aku "
" sini tu mana?"
" tepi kolamlah . "
" okay roger n out"
5 minit kemudian Putera Aizat pun datang bersama yang lain . Citra yang sudah nampak hanya buat buat tak tahu even dia excited sangat nak tahu apa plan Tengku Faiz Fikri ni.
" citra " panggil Tengku Faiz Fikri , " hmmm " balas Citra . " what's wrong? relationships is about communication right? communication is a key , I want you to be able to communicate with me , now tell me " Citra hanya menggeleng " nothing lah"
" then kenapa diam? merajuk? " muka Citra dah merah . " you merajuk eh . " teddy bear besar di hulur kepada Citra " nah , happy 1 years 365 days babe" Citra tersengih " thankyou , you ingat eh? " Tengku Faiz Fikri mengangguk " mana boleh nak lupa semua tentang kita dari A sampai Z I ingat , hihi" Tengku Faiz Fikri pun ambil tempat di sebelah Citra . " thankyou for everything Citra , I nak you tahu yang I sayangkan you sangat , i juga nak u tahu i dah lama minat you Citra dari form 1 lagi . " citra mengangguk " I tahu orang tu suka kita tapi dulu pernah couple dengan orang lain " ujar Citra tidak puas hati. " itu lain lah sayang masa tu I mana lah mature lagi . I nak dekat dekat dengan you pun takut sebab you datang sekolah dulu sampai bodyguard ikut jaga you semua." Citra tergelak tidak menafikan betul lah tu . ini semua papa dengan achik dia punya kerjalah . punya risau citra masuk sekolah menengah takut kena buli lah apalah. " terima kasih juga sebab banyak korban dalam masa setahun ni even kita baru kenal terima kasih selalu buat I rasa selesa dan tak pernah menyesal kenal seorang Tengku Faiz Fikri si ketua pengawas poyo ! "
Pengumuman memanggil semua pelajar spm mematikan adegan meluahkan perasaan dalam masa yang sama melayan perasaan mereka . " jom" mereka pun berjalan seiring ke dewan. kerusi di tepi Tengku Faiz Fikri di duduki Citra semestinya. Habis sahaja ucapan pengetua debaran semakin ke kemuncak hati citra dari tadi dup dap dup dap . " good luck Citra " bisik Tengku Faiz Fikri perlahan cukup hanya dia dan Citra yang mampu mendengarnya.
" baiklah hadirin saya umumkan pelajar terbaik SPM keseleruhan 2018 dengan 9A + ialah saudari Citra Nurafilya iaitu mantan penolong ketua pengawas sekolah ini di persilakan tampil ke atas pentas " Citra pun pantas bangun. tidak henti henti mengucap syukur ' alhamdulillah' hard work pay off. Tangan mama dan papanya di salam dan di cium erat turut menarik mama dan papanya ke atas pentas .
" tahniah citra cikgu so proud of you sayang " ucap Puan Pengetua , keputusan SPM dan piala bertukar tangan. Citra di tarik puan pengetua ke dalam dakapan. yalah pelajar kesayangan Puan Pengetua .
" pelajar cemerlang SPM yang kedua dengan 9A + ialah Tengku Faiz Fikri iaitu ketua pengawas sekolah ini dipersilakan. " Tengku Faiz Fikri pun bangun turut ditarik mummy dan daddynya paling penting tarik Citra sekali.
" tahniah Fikri , cikgu so proud of you" keputusan SPM dan piala bertukar tangan. " cikgu boleh buat ucapan? " lembut suara Tengku Faiz Fikri . Puan Pengetua mengangguk " dipersilakan" mummy dan daddy Tengku Faiz Fikri turut turun ke bawah memberi ruang untuk mendengar ucapan anak mereka .
" assalamualaikum semua warga smk tunas bangsa " riuh suara adik adik junior menjawab salam . yalah abang ketua pengawas pujaan hati ! ramai peminat kesian kakak citra. " first of all , di kesempatan yang ada ini saya nak mengucapakan ucapan terima kasih untuk semua cikgu cikgu yang susah payah mengajar saya , to mummy and daddy juga terima kasih banyak ajar Fikri susah payah korban waktu dan wang ringgit untuk Fikri paling penting thankyou awak Citra Nurafilya sebab awak ada dengan saya sepanjang nak SPM tak henti bagi nasihat , ajak saya berjaya dengan awak , kalau bukan sebab awak saya mungkin tak serajin ni dan mungkin tak berjaya macam ni . kejayaan ni milik kita sebab kita usaha sama sama , to the girls and the boys apapun result korang tahniah sebab dah jadi sahabat terbaik , banyak tolong aku dengan Citra semua . thankyou . To adik adik junior juga semoga berjaya , jadikan seseorang idola untuk berjaya tak salah , macam abang jadi kan kakak citra ni idola abang untuk berjaya . okay all the best . panjang umur jumpa lagi sekian . "
selesai ucapan mereka pun keluar untuk tangkap gambar. berkeping keping tangkap baru puas hati. " alhamdulillah for everything " lembut suara Citra . " tahniah Citra" ucap kembarnya , Puteri . " tahniah juga " mereka pun berdakapan " will miss you citra" ujar Puteri Amalia sambil air mata di lapnya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top