breakfast + pengsan 💧

Hafiz As Syaibani bangun dengan berhati - hati , tak nak budak kecik sebelah dia ni terjaga sambil - sambil dahi citra di ciumnya " biy beruntung sangat sebab kenal sayang . alhamdulillah ya Allah kekalkanlah kasih sayang kami sampai jannah , sesunguhnya aku sangat menyayangi wanita ini ya Alllahn jadikanlah wanita di hadapan ku ini bidadari syurgaku sampai jannah amin" ucap Hafiz As Syaibani perlahan.
dan hanya membiarkan Citra yang kepenatan untuk tetap tidur atas katil. Dia pun tak sedar pukul berapa mereka tidur semalam sebab sibuk buli budak kecik tu semalam ( okay faham fahamlah buli yang macam mana , author malu nak terangkan ) .

Hafiz As Syaibani tersengih puas melihat hasil kerja breakfastnya pagi pagi untuk Citra. siapa cakap lelaki kacak tak pandai masak. Hafiz As Syaibani mendabik dada bangga. " mesti citra suka" bisik lelaki itu perlahan. Tak lupa juga susu secawan di bancuhnya buat Citra dia nak Citra sihat dan semestinya juga untuk bakal anak mereka nanti. ceh berangan lah Hafiz As Syaibani ni !

usai siap semua breakfast dah diletakkan di atas dulang, Hafiz As Syaibani terus naik ke arah bilik tidur mereka . Citra di gerak nya lembut. " sayang , bangun dah pagi " lembut suara Hafiz As Syaibani menggerak Citra. Citra yang malu- malu perlahan - lahan membuka mata. " breakfast in the bed ? " tanya Citra . Hafiz As Syaibani mengangguk , " why not sayang? " balas Hafiz As Syaibani pula. Selalu tengok hero korea sahaja dok buat macam ni. Hehe.

Citra tersengih , tangan Hafiz As Syaibani di capainya " terima kasih untuk semua ni biy. " sambil ciuman dihadiahkan di pipi Hafiz As Syaibani dann Hafiz As Syaibani yang tahuu tindakan Citra terus mengalihkan mukanyaa dan akhirnya ciuman tersasar di bibir lelaki itu. Mereka berdua hanya tersenyum , Citra pun dah malu benar pagi tu muka dia dah merah macam tomato. ' nakal lah Hafiz As Syaibani ni ' bentak Citra perlahan dalam hati. Tapi dalam diam tak dinafikan Citra suka benar dengan layanan Hafiz As Syaibani macam tu dekat dia.

Pagi itu mereka berdua menikmati ' breakfast in the bed ' sama - sama. Hafiz As Syaibani suap Citra dan Citra pun suap lelaki itu. wah bahagianya ! " ni susu habiskan " arah Hafiz As Syaibani . Citra menggelengkan kepala " Sayang tak boleh minum susu lah nanti nak termuntah" Hafiz As Syaibani yang terdengar sudah terkejut. " pregnant ke? " tanya Hafiz As Syaibani. Citra pantas menggelengkan kepala " tak memang tak boleh minum susu dari dulu lagi. "

Hafiz As Syaibani menganggukkan kepala " sikit pun tak boleh? " Citra menundukkan kepala , tak nak hampakan suaminya. susah payah bancuh susu ni dan tangan pantas mencapai cawan berisi susu yang di bancuh Hafiz As Syaibani. Baru sekali teguk , Citra dah rasa nak muntahkan balik semua yang dia minum dan makan tadi . pantas sahaja Citra berlari ke arah bilik air. Hafiz As Syaibani yang melihat mula di huni rasa bersalah, belakang citra ditepuknya " sorry sayang" sambil mulut Citra di lapnya.

Citra hanya tersenyum . " lain kali kalau rasa tak boleh takpayahlah paksa." ucap Hafiz As Syaibani sambil Citra di tariknya ke dalam pelukan. " sayang tak naklah hampakan biy susah payah buatkan sayang susu. " balas Citra pula. Hafiz As Syaibani tersengih " untuk sayang tak pernah ada pun istilah susah , biy sanggup buat apa sahaja untuk sayang ingat tahu benda ni sampai bila - bila. " Citra mengangguk terharuu. Tangan Hafiz As Syaibani di tarik pula menuju ke bilik air . " jom mandi . " ujar Citra. Hafiz As Syaibani hanya menurut , melayan sahaja kehendak Citra entah kenapa dia rasa pagi ni Citra macam sahaja nak menggoda dia.

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Usai mandi Hafiz As Syaibani bersiap - siap hendak ke office . Citra yang dari tadi lesu macam tak sihat , sambil tangan sibuk pegang dahi di perhatikan Hafiz As Syaibani lama. " sayang srs ni tak nak pergi klinik. biy risaulah. tadi okay ja ?" ujar Hafiz As Syaibani pula . mana tak risau sibuk dok mandi tiba tiba Citra boleh pengsan dalam bilik air . mujurlah dia ada tadi , mujur juga Citra ajak dia mandi sekali tadi.

Citra mengangguk kan kepala tanda dia okay. " biy tak payah naik moto lah harini boleh? sayang tak suka tengok perempuan perempuan tengok biy naik moto , segak. " ucap Citra pula tiba - tiba . Hafiz As Syaibani yang mendengar sudah terkejut . alahai sayang , angin apa pula ni. tiba tiba berubah drastik macam ni . tak pernah pernah macam ni. naik moto lah jalan tak jammed. " boleh lah eh biy? " pujuk Citra lagi. Hafiz As Syaibani akhirnya mengangguk kan kepala. Hanya mengikut arahan Citra. kunci kereta ferrari nya baru hendak di capai tapi tangan Citra lebih pantas menarik tangan Hafiz As Syaibani.

Hafiz As Syaibani terkedu lagi , mata kembali memandang Citra. " kenapa sayang? " tanya Hafiz As Syaibani lembut walau hakikat dia dah lambat. dia ada meeting penting pagi tu. " nak ikut ! " ucap Citra pula. " sayang kan tak sihat , rehat jalah dekat rumah. " balas Hafiz As Syaibani sambil sambil kepala Citra diusapnya. " tak nak , nak ikut juga" ujar Citra lagi sambil tangan disilangkan , comel !

Hafiz As Syaibani hanya akur . " yalah sayang jom . pi siap cepat. " balas lelaki itu. Citra berlari naik ke atas dan terus bersiap . " sayang jangan lari ,jatuh nanti" sayup - sayup suara Hafiz As syaibani sebab Citra lebih pantas dah lari naik ke atas.

Mereka dua berpegang tangan naik ke bangunan Hafiz Co . Citra hanya menurut langkah Hafiz As Syaibani sebab dia mc harini. so dia hanya teman Hafiz As Syaibani ja dekat office harini. " sayang duduk situ . tengoklh movie ke ? biy ada kerja nak buat ni okay? " arah Hafiz As Syaibani. " biy ada cerita upin ipin tu dak ? yang baru keluar tu. Sarah cakap cerita tu best. " tanya Citra pula . Hafiz As Syaibani dah terkejut , Sarah kau ajar apa dekat kakak ipar kau ni ! tak pernah pernah tahu Citra suka tengok cartoon. awat lain sangat Citra ni.

" biy sayang tanya ni . " panggil Citra lagi. " ya sayang . " jawab Hafiz As Syaibani pula. " ada dak? " tanya Citra lagi , mata Citra pula dah nak berair. " alahai sayang janganlah nangis . cuba search dekat youtube tengok. " ujar Hafiz As Syaibani. Dia terkejut tengok perubahan Citra yang terlebih manja dan sikit- sikit nak menangis tapi dia suka sebab nampak comel !

Citra yang dah tersedu- sedu atas sofa di peluk Hafiz As Syaibani dan akhirnya dia yang tolong carikan Cerita upin ipin yang Citra nak tengok sangat tu. siap kau sofea ! sebab sofea abang kelam - kabut macam ni. siap ja download semua laptop dihulurkan kepada Citra. " enjoy movie sayang , biy pergi meeting dulu. " ucap Hafiz As Syaibani sambil pipi dan bibir Citra di ciumnya. Citra hanya mengangguk " take care biy . i love you. " Hafiz As Syaibani tersengih " me love you more sayang. "

Hafiz As Syaibani keluar dari officenya . Tina di luar dipesannya untuk tengok - tengokkan Citra semasa dia pergi meeting. " tengokkan puan ya ! tadi dia pening kepala satg kalau pening lagi bagi dia makan ubat. lunch orderkan dia nasi ayam. apa apa call saya. " Tina hanya mengangguk mendengar semua arahan tuan nya.

Citra yang khusyuk menonton upin dan ipin sambil tangan mengusap dahi sebab pening sangat masih ralit menonton . sampailah Citra rasa nak ke toilet dann entah macam mana tak sedar dah terjatuh dekat toilet.

💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧
Tina yang baru masuk ke dalam office Hafiz As Syaibani sebab nak bagi lunch dekat Citra terkejut mencari kelibat isteri bossnya . " mana puan ni? " Tina sudah gelabah , pintu toilet bossnya yang terbuka terus di terjahnya. " puan! " jerit Tina terkejut melihat tubuh Citra yang terbaring di lantai. pantas sahaja nombor boss di dailnya.

Hafiz As Syaibani yang dah sampai parking terus berlari naik apabila dengar Tina cakap Citra pengsan. gila bini dia kot mestilah risau!
" macam mana boleh pengsan ni? " ucap Hafiz As Syaibani risau sambil tubuh Citra diangkatnya ke sofa. " tak tahu saya nak bagi puan lunch tengok tengok dah pengsan. maaf boss" balas Tina risau benar dia. Dia ralit buat kerja sebab tadi dia tengok puan elok lagi dok tengok upin ipin. " call doktor Ariana sekarang ! " arah Hafiz As Syaibani.

Doktor Ariana a.k.a doktor peribadi Hafiz As Syaibani pun datang. " kenapa ni bani? " tegur Doktor Ariana , okay Doktor Ariana ni kawan Hafiz as Syaibani. " my wife dia pengsan. dua kali dah dia pengsan harini. aku pun tak tahu kenapa . " ucap Hafiz As Syaibani sambil muka Citra di usapnya , risau benar dia tengok muka pucat lesu Citra . hm . Doktor Ariana mengangguk " kau tunggu luar . " arah doktor Ariana. " aku tunggu sinilah ni isteri aku. aku risau. " doktor Ariana hanya mengangguk. faham benar sifat degil kawannya itu .

Doktor Ariana pun sibuk dok check Citra tapi Hafiz As Syaibani langsung tak lekang dari sisi Citra. sayang benar dekat Citra. " okay bani kau takpayah risau sebab Citra ni sakit kena buatan orang " ucap Doktor Ariana .Hafiz As Syaibani terkejut buat lawak ke doktor Ariana ni dia takpayah risau bila dengar Citra kena buatan orang. Doktor Ariana sudah tersengih " kena buatan kaulah selama 9 bulan 10 hari. Citra jaga diri ya , jangan buat kerja berat- berat sangat. apaa apa suruh ja syaibani buat" pesan Doktor Ariana.

Hafiz As Syaibani tersenyum " thankyou Ariana " . Doktor Ariana mengangguk " jaga Citra baik- baik . jaga pemakanan dia. orang mengandung memang akan pelik sikit. so kalau dia minta apa apa kau cubalah eh tunaikan. nanti aku set up kan next appoitment Citra . apa apaa aku ws " Hafiz As Syaibani tersenyum " mestilah thankyou eh see you again! "

Citra yang dah sedar hanya tersenyum " thankyou sayang sebab mengandungkan anak biy. patutlah lately ni perangai sayang makin pelik eh rupa - rupanya pembawakan budak eh. sayang , janganlah buli mama eh" ucap Hafiz As Syaibani sambil tangan dari tadi sibuk usap perut Citra , konon konon tengah cakap dengan anak dalam perut. dia bahagia sangat .

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top