airport❌?
Citra di dalam kereta sudah gelabah , puas di pujuk hati sendiri, ' dia tak marah kot kan' bebel citra. kereta di parking kemas . gear ditarik . " mama turun dulu ya . mama tak sabar nak jumpa si kembar . " ucap Datin Sri Tifany . Citra mengangguk. pintu di buka citra , beg di kerusi belakang di capai . belum pun kaki mahu melangkah keluar ada tangan lain yang menghalang " hai sayang " ujar si jejaka yang segak berbaju biru. eh baju kitaorang sama lagi ! jodoh jodoh ! Citra hanya mengerling. " ke tepi orang nak keluar ni . " Tengku Faiz Fikri hanya buat buat tak peduli. " ish lah denni. nak apa ? cepatlah mama dok tunggu tu. " Tengku Faiz Fikri tersenyum "i want you lah sayang ! " citra sudah mendengus perlahan " pagi pagi dah merepek entah apa apa . ubat dah makan belum ? " Ujar citra . " belumlah , awak tak suapkan . macam mana nak makan . " nah tengku Faiz Fikri melayan. " patut gila semacam " balas citra . " haha jomlah turun shall we ? " citra hanya mengangguk apa lah sangat dia boleh buat kalau nak halang pun Tengku Faiz Fikri ni degil mesti nak ikut juga. lagi lah mereka lambat . lagi lah lambat dia jumpa anak anak buah dia ! si kembar mak usu coming . mereka berjalan beriringan ke tempat ketibaan antarabangsa , kelihatan Datin Sri Tifany sudah menangis sambil berpelukkan dengan angahnya , putera Aryan Mikhael. Citra menghampiri mereka . " hai kak makin cantik . " ujar citra kepada kakak iparnya yang waktu itu sedang mengandung anak ketiga mereka. seri ibu mengandung mungkin! kakak iparnya iaitu kak Dania Danielle tersenyum " alahai citra pun makin cantik apa . lagi manis gitu. " mula dah. Putera Aryan Mikhael memerhati . " manis apalah sayang " bidas putera Aryan Mikhael. " manislah . makin cantik . abang tu apa tahu . " ujar kak Dania danielle. bahu angah di cubitnya . angahnya memang begitu garang tapi bila sampai angin menyakat ha jenuh ! " citra bawa siapa ni , boyfriend eh " usik kak dania danielle. citra hanya tersenyum , malu. " kawan citralah " Tengku Faiz Fikri memerhati ja nak di gigit ja citra ni. kawan ja ? citra hanya bermain bibir tanda " ala mengaku jalah " hai saya fikri! , kawan citra ! " Tengku Faiz Fikri mengikut juga walau dalam hati tidak rela. salam di sambut oleh putera anas mikhael. " hai Putera Aryan Mikhael . citra punya angah yang paling segak lagi bergaya. " si kembar pula datang menyampuk " hai abang saya Putera Adam Mikhael bin Putera Aryan Mikhael saya abang dia adik !" petah sahaja si Adam memperkenalkan dirinya kepada Tengku Faiz Fikri. si adik juga tak mahu kalah , tangan Tengku Faiz Fikri di tarik si adik " saya Puteri Mia Sara . saya yang paling comel dalam keluarga ni. " Tengku Faiz Fikri tersenyum. " angah , mama bawa mini cooper ja ni . alahai barang kamu dah banyak . " ujar Datin Sri Tifany tiba tiba. " takpa auntie , tumpang kereta fikri ja boleh . " Datin Sri Tifany mengangguk " tak menyusahkan kamu ka ? " Tengku Faiz Fikri menggeleng " kalau macam tu adik ikut Fikri . " Citra nur afilya mengangguk . " mak usu , mia nak ikut , mia nak naik dengan uncle handsome tu. " Citra nurafilya terkedu . ' ala mia ni ! tak bagi ruang dekat mak usu pun . ' Tengku Faiz Fikri tersenyum " jom mia . " Puteri Mia Sara dan Putera Adam Mikhael berebut rebut mahu berjalan dengan Tengku Faiz Fikri. Citra ditinggalkan di belakang. barang barang angah nya sekeluarga di masukkan ke dalam bonet kereta vampire Tengku Faiz Fikri. ' asal denni tiba tiba bawa vampire macam tahu tahu ja ' lamunan citra mati apabila si kecil mia mengatur arahan " mak usu duduk belakang . mia nak duduk depan dengan uncle segak ni " Citra hanya mengangguk akur. Tengku Faiz Fikri sudah membuat bibir ' im sorry sayang ' . Citra hanya memerhati Tengku Faiz Fikri melayan mia sara dengan adam mikhael . " arr kembar dah tak sayang mak usu" bebel citra perlahan. " mak usu nak menangis lah macam ni " bebel citra lagi. Tengku Faiz Fikri di hadapan sudah tergelak " awak bebel apa sayang . saya dengar " fuhh mampus citra dah gelabah. " tak ada apalah drive lah elok elok " . mia dan adam hanya memerhati. puas dibelek muka Tengku Faiz Fikri yang sedang memandu . tamak tahu budak budak ni dua dua duduk seat depan tinggal mak usu dekat belakang sorang sorang. " uncle segak dah lama kawan dengan mak usu ka ? " soal mia mahu mengajak Tengku Faiz fikri berbual bual. " ya mak usu tu classmate uncle. " mia mengangguk " uncle mia lapar ais krim . boleh tak kita singgah mana mana dulu before balik rumah tok ma? " Tengku Faiz Fikri hanya diam tak tahu nak jawab apa . wajah kekasih hati di belakang di pandang tanda meminta pertolongan " emm " mia memujuk citra pula " mak usu please ! im begging you" citra diam lagi . adam pula memujuk mak usunya " mak usu jomlah please . adam lama nak makan ais krim dekat malaysia , kawan kawan adam cakap sedap mak usu. " citra hampir mahu tergelak ' ya Allah adam mana ada beza ais krim malaysia dengan sana ' . si kembar tak henti lagi memujuk muka kesian cuba ditonjolkan supaya citra bersimpati " yalah yalah jomlah" . mereka berdua berlompat lompat di seat depan . " behave yourself kembar . before mak usu suruh uncle return back nanti"
si kembar hanya diam merenung ke lantai kereta " sorry uncle . sorry mak usu " adam memulakan bicara selaku abang. Tengku Faiz Fikri tersenyum "
it's okay . duduk diam diam okay ? dah nak sampai." mereka berdua hanya mengangguk . Tengku Faiz Fikri mengalihkan pandangan sekali lagi di belakang " sayang , did you want anything excuse ais cream? " citra menggeleng.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top