61- marah 🔥

-Enjoy reading guys ! 💕-

Pulang sahaja daripada keluar dengan si kembar , elok sahaja kaki memasuki pintu utama banglo 3 tingkat milik keluarganya, Citra terus disergah mamanya , Datin Sri Tifany . " citra , papa tunggu citra dekat ruang tamu . 2 minit dari sekarang . " ujar Datin Sri Tifany , dari nadanya macam marah benar dengan Citra. Citra hanya akur , nasi sudah menjadi bubur , nak menyesal pun dah tak berguna , nak patah balik pun dah tak mampu , hatinya sudah tawar buat apa untuk dipaksa lagi dan Citra seharusnya bersedia untuk berhadapan dengan semua ni . dia dah buat , jadi dia harus terima . " be strong Citra , all the best , along tahu Citra kuat. Along sentiasa support even apa pun keputusan citra. Apapun along sentiasa ada untuk Citra . " tegur Putera Aryan Mikhael sambil menyalurkan semangat buat si adik bongsu sewaktu citra menaiki lif untuk ke ruang tamu di tingkat atas. " thankyou along , doakan Citra . i love you. " balas citra benar benar bersyukur masih ada abang yang memahami.

🔥🔥
Telah Citra sangka reaksi mama dan papa. namun Citra cuba kuatkan hati untuk berhadapan dengan mereka. " lepas ni citra takkan jumpa lelaki sebaik Fikri " suara mama Datin Sri Tifany nyaring kedengaran saat susuk tubuh Citra memasuki ruang tamu , langsung tak bagi ruang Atau peluang untuk Citra duduk di sofa . Citra menundukkan kepala , citra bungkam, lidahnya kelu. sama sekali tidak menjangka mama dan papa akan marah sampai sebegitu sekali. Dan sama sekali tak menyangka berita mereka putus tunang cepat sahaja sampai ke telinga mama dan papanya walaupun belum cukup 24 jam pun . citra kecewa, kalau dulu , mama selalu cakap dia terima semua keputusan Citra tapi sekarang kenapa mama berubah hati ? besar sangatkah kesalahan Citra ? memutuskan hubungan yang tidak bermakna itu, hubungan yang hanya menyakitkan hatinya ? kenapa mereka tak faham citra ni !

" apa papa nak cakap dengan keluarga dia . mana papa nak letak muka papa bila berhadapan dengan daddy dia . citra memang tak pernah fikirkan mama dengan papa kan . citra buat keputusan tak bincang pun dengan kami macam kami ni langsung tak wujud . " bentak papa , Tan Sri Farid pula kerana papa memang rapat benar dengan daddy Fikri dan at the same time papa marah kerana citra membelakanginya , dalam hati sumpah Citra tak berniat sedikit pun ; Citra pun tak menyangka nak jumpa Tengku Faiz Fikri secepat ini . dan mungkin terasa benar , mungkin papa risau daddy Fikri tak mahu berkawan lagi dengan papa lepas ni. Citra menelan air liur yang pahit. " citra minta maaf papa mama " namun papa hanya diam , masih dengan marahnya. citra dihimpit rasa bersalah. citra benar - benar rasa kosong, dia sudah tiada hati pada Tengku Faiz Fikri , apa gunanya dia kahwin dengan Fikri nanti tapi hati Fikri pada orang lain. kalaulah papa dan mama tahu tanpa perlu meletakkan semua kesalahan di atas bahu Citra. Pasti semua tak akan jadi masalah sebesar ni . Dan bukankah jodoh pertemuan ajal maut semuanya di tangan tuhan ? " lepas ni Citra selesaikan sendiri , papa tak nak masuk campur " ucap Tan Sri Farid . citra terkedu. Papa benar benar marah padanya . i 'm sorry pa ! Untuk pertama kali dalam hidupnya Citra kecewakan papanya hanya kerana seorang lelaki. Ya Allah citra keliru.

hati yang lara di bawa naik ke bilik . baju baju di kemasnya , esok dia harus terbang ke Mesir semula , bersiap sedia untuk hari graduasi yang lagi 3 hari dari sekarang . " semoga hari esok lebih baik dari hari ini , semoga esok ada keajaiban dan semoga semua masalah ni boleh terus lenyap esok , amin . " doa citra perlahan. badan yang penat dibaringkan di atas katil. Lenanya datang tanpa di jemput.

💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧
Pagi itu usai mengerjakan solat subuh sempat Citra bervoice call sekejap dengan Hafiz As Syaibani , meluahkan semua yang berlaku semalam kepada lelaki itu dengan harapan lelaki itu boleh menyalurkan sedikit semangatnya buat Citra dan alhamdulillah Hafiz As Syaibani yang memahami , sentiasa ada disisi Citra , tak pernah jemu untuk Menasihati Citra Saat citra betul - betul memerlukan penasihat setia dan semua pesanan lelaki itu terngiang - ngiang di telinga Citra . ' you try dulu slow talk elok elok dengan mama dan papa you . Cerita apa yang dia buat dekat you dari a sampai ke z . Insyaallah diaorang akan faham you , you anak diaorang , anak kesayangan diaorang . Macam mana pun marah seorang mama dan papa at the end pasti akan lembut juga . i doakan , all the best sweetheart. Kalau tak boleh juga nanti kita ikhtiar cara lain . ' ujar lelaki itu .

citra terus turun dari katil pagi itu dengan harapan baru , dan sudah pasti juga dengan semangat baru daripada Hafiz As Syaibani . Dia dah bertekad pagi itu nak selesaikan semua masalah dengan mama dan papanya sebelum pulang semula ke bumi mesir . Tambahan pula , dengan hari graduasi yang semakin dekat dan dia sangat memerlukan kehadiran mama dan papanya di sisi saat hari graduasinya . dia juga tak nak sebab dia putuskan tunang dengan Tengku Faiz Fikri , mama dan papa sampai tak nak ke hari graduasinya. Ya Allah tak boleh bayang , no janganlah sampai macam tu , sesungguhnya dia dah usaha selama ni , bertungkus lumus study sebab mama dan papanya sahaja. dia hanya mahu mereka bangga dengan dia.

Datin Sri Tifany dan Tan Sri Farid yang sedang bersarapan di luar gazebo rumah di hampiri Citra . Tangan mama dan papanya di kucup citra . " mama papa Citra minta maaf " ucap Citra , namun mereka berdua hanya diam . " citra tahu citra salah , Citra buat keputusan membelakangkan mama dan papa , tapi percayalah citra buat semua ni sebab citra memang dah tak ada hati dekat Fikri mama papa . citra tak nafi dulu memang Citra sayangkan Fikri , tapi Fikri curang dengan Citra pa ma dan sebab tu lah Citra putuskan pertunangan kami. Mama papa tahu tak Fikri curang dengan Melissa , bekas kekasih Fikri dulu ? " ujar Citra lagi . Mereka hanya diam lagi , tapi masih mendengar Citra . " hubungan mereka dah terlalu jauh mama papa , dia sendiri dah mengaku dengan Citra , jadi untuk apa Citra jadi orang ketiga . Baik citra mengalah , Citra bukan sesiapa pun nak pertahankan hubungan kami , citra juga tak perlukan bakal suami yang tidur dengan perempuan lain . citra nak bakal suami yang boleh bimbing Citra dan Citra pasti papa juga mahu anak perempuan papa ni di jaga oleh lelaki yang baik baik kan? itu sahaja. citra minta maaf . " luah Citra , tenang benar waktu itu , dah tak kisah apa reaksi mama dan papanya even mereka nak marah Citra pun. namun reaksi yang di terima kali ini alhamdulillah baik .

selepas Citra dah meluahkan semua pantas mama terus memeluk Citra " mama minta maaf , mama tak faham Citra , mama terlalu pentingkan relationship mama dengan auntie yam daripada perasaan anak mama sendiri. Mama tak sangka selama ni Citra berhadapan dengan semua ni . " balas Datin Sri Tifany, di peluk tubuh Citra erat . " papa pun minta maaf juga Citra , papa ikut hati sangat semalam , Fikri memang melampau , maafkan papa " bidas Tan Sri Farid pula , si anak bongsu juga di tariknya ke dalam pelukan. Menyesal benar memarahi Citra , seumur hidup Tan Sri Farid tak pernah marah Citra sampai begitu sekali kerana terlalu sayangkan si anak bongsu dan untuk apa di marah sedangkan si anak bongsu seorang anak yang baik. namun semalam akibat amarah yang menguasai diri terus dilepaskan kepada si bongsu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top