Teaser 8
Yeahhh... Akhirnya mereka jumpa juga😆
#SuriHatiEncikSerius
Teaser 8 (versi belum edit)
"Pak cik ni siapa?”
“Maaf sebab kami lambat jemput cik. Tuan dah tunggu dalam kereta. Jemput masuk.”
Lekas Aufa berundur ke belakang saat orang tua itu ingin mengambil beg pakaiannya. Dia langsung tidak mengenali lelaki ini. Takut juga jika lelaki ini berniat jahat.
“Saya tak nak. Saya tak kenal pak cik.”
“Err... kejap.”
Tergesa-gesa orang tua itu pergi ke kereta. Aufa sekadar melihat saja orang tua itu berbual dengan seseorang. Berkerut dahi Aufa melihat ada seorang lelaki berpakaian formal sedang berjalan ke arahnya. Lelaki itu seperti pernah dilihat.
“Masuk...”
Ternaik kening Aufa. Tiba-tiba sahaja lelaki kacak itu mengarah dia sesuka hati. Kenal pun tidak. Dari penampilan lelaki itu, Aufa yakin dia bukan orang sebarangan. Tengah panas macam ni pun masih memakai kot.
“Saya tak nak. Awak ni siapa? Sesuka hati aje nak saya ikut?” Bengang juga Aufa.
“Baru empat tahun awak dalam penjara, dah lupa dengan tunang sendiri.”
Gulp!
Tunang!
Hampir terjatuh rahang Aufa. Baru dia kenal lelaki yang muncul di hadapannya sekarang. Ini kali kedua mereka berjumpa. Jujur Aufa berasa sangat malu. Lebih-lebih lagi setelah apa yang berlaku dalam hidupnya.
“Tengku Riyadh?”
“Kenal pun. Jadi ingatan awak masih baik. Ikut saya.”
Aufa masih tidak berganjak dari tempatnya. Pelik dengan reaksi lelaki itu. Untuk apa dia datang ke sini? Bertahun-tahun dia di dalam penjara, tak pernah sekali pun lelaki ini muncul.
“Panas ni. Boleh tak cepat sikit?” Tengku Riyadh sudah hampir hilang sabar. Kot yang tersarung ditubuhnya segera ditanggal.
Selepas tamat miting, bergegas dia ke sini untuk menjemput Aufa. Nasib baiklah jalan raya tidak terlalu sibuk.
“Saya tak nak ikut. Saya boleh pergi sendiri.”
“Nak pergi mana? Awak ada rumah ke?”
Wajah Aufa terus berubah kerus. Terkesan juga dia dengan sindiran lelaki itu.
“Tak kisahlah. Asalkan saya tak menyusahkan sesiapa.”
“Saya datang sini nak jemput awak. Awak setuju atau tak, ikut saya. Pak Ajis, ambil beg dia.”
Serba salah pemandu itu. Hendak mendekati Aufa, gadis itu seperti takut.
“Cik, biar saya bawa beg tu.”
Aufa menggeleng laju. Kali ini dia terus berpaling ke belakang dan membuka langkah seribu. Tak mahu dia mengikut lelaki itu. Namun tiba-tiba saja tubuhnya terasa melayang ke udara. Beg di tangannya terjatuh di atas jalan tar.
“Jangan salahkan saya. Awak yang paksa saya dukung awak.”
✌️
Kesian Aufa. Baru bebas dari penjara, tapi sekarang dah kena duduk dalam tahanan Tengku Riyadh😅😅
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top