1| Terseksa
"Ayah sakit! Jangan pukul Naura, ayah. Naura minta ampun ayah" Naura memeluk lutut ayahnya seraya air matanya setia mengalir di pipi
"Inilah akibatnya kalau kau tak bagi duit kau dekat aku! Dasar budak pembawa sial! Kau dengan ibu kau sama je" tengkingnya seraya tangannya masih lagi melibas tali pinggang di badan anaknya
Naura menahan sakit apabila ayahnya masih lagi melibas dirinya dengan tali pinggang. Sungguh ia amat sakit hingga terasa nak patah tulangnya
Rambut Naura dicengkam dengan kuat dan didongakkan dan wajahnya bertentang dengan wajah bengis milik ayahnya
"Kau beritahu di mana duit kau?"
"Naura tak ada duit, ayah. Semua duit Naura kumpul, ayah dah kebas dan ambil untuk main judi"
Dia tersenyum sinis dan itu cukup membuatkan Naura gentar melihat senyuman ayahnya. Dia tahu perkara buruk akan berlaku tak lama lagi
"Memandangkan kau tak ada duit, terpaksalah aku buat benda ni" telefonnya segera dicapai lalu didail nombor seseorang
Naura pula sudah terbaring lemah di lantai. Sakit di badannya belum hilang lagi dan kondisinya agak teruk kerana didera teruk oleh ayahnya sendiri
"Hello, Chan. Gua nak jumpa lu. Gua ada hadiah istimewa untuk lu. Hadiah ni barang baik punya" kata ayah seraya memandang ke arah Naura sambil tersenyum penuh makna
"Betul, gua tak tipu lu. Lu banyak rugi kalau lu tak mahu hadiah ni. Gua jamin lu suka barang ni"
"Okay, gua datang dalam 5 minit lagi" lantas panggilan tersebut dimatikan
Dia menuju ke arah Naura dan lantas lengan anaknya diambil dan secara spontan membuatkan Naura berdiri
"Kau ikut aku sekarang"
"Nak pergi mana?" Naura bertanya lemah. Kepalanya terasa berat dan matanya pula rasa kuyu
"Kelab malam. Aku nak jual kau"
Terbeliak mata Naura mendengar perkataan 'kelab malam'. Pantas dia menggeleng kepalanya berkali-kali dan dia sedaya-upaya cuba melepaskan tangan ayahnya daripada mencengkam lengannya
"Naura tak mahu! Sampai hati ayah nak jual Naura dekat orang lain. Naura tak mahu jejak kaki di tempat haram tu! Ayah kejam! Ayah jahat!" jerit Naura
PANG!
Sesakit pipinya ditampar, lagi sakit hatinya apabila ayah kandung sendiri nak jual anaknya
"Aku tak kisah kalau kau darah daging aku sekalipun, aku tetap nak jual kau. Kalau aku jual kau, aku juga yang dapat untung. Kau pula dapat hidup mewah, Naura. Kau perlu layan lelaki dan puaskan mereka. Dalam sekelip mata, kau dapat banyak duit"
"Kau tak perlu hidup susah dengan aku. Kau tak perlu jaga maruah diri sendiri. Tak ada siapa akan anggap kau perempuan alim dan cantik akhlaknya kalau dari keluarga miskin!"
Naura mengalirkan air matanya. Sungguh kata-kata ayahnya cukup berbisa dan membuatkan hatinya terluka. Sampai hati dia cakap sebegitu dekat dirinya
"Naura lagi rela hidup susah dengan ayah daripada jadi perempuan murahan di kelab malam! Walaupun Naura dari keluarga miskin, Naura tetap nak jaga maruah Naura. Naura bukan perempuan yang gilakan harta sampai sanggup gadaikan maruah sendiri"
Tuan Hamid menjeling tajam ke arah anak gadisnya. Hatinya sedikit terjentik dengan kata-kata anak gadisnya tapi dia cuba keraskan hatinya
Demi duit, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya
"Ayah tolong jangan buat begini dekat Naura. Naura janji Naura akan tolong ayah carikan duit dan Naura sanggup berhenti belajar. Naura rela, ayah" Naura cuba memujuk ayahnya
Tuan Hamid mendengus geram. Dia capai sapu tangan yang telah diletakkan klorofom lalu ditekup kuat pada wajah Naura
Naura meronta-meronta apabila hidung menghidu sesuatu dan membuatkan rontaannya semakin perlahan sebelum dia menutup matanya
Tuan Hamid mengangkat tubuh anaknya lalu dia terus menuju ke arah kereta proton saga miliknya. Terus tubuh Naura dicampak pada tempat duduk di belakang
"Kau menyusahkan aku je"
××××××
Di sebuah kelab malam...
"Ini anak lu?" tanya seorang lelaki berbangsa Cina atau lebih dikenali sebagai Chan
Tuan Hamid sekadar mengangguk seraya matanya menjeling ke arah Naura yang masih lagi tidak sedsrkan diri di sofa
Chan sudah tersenyum puas. Dia menepuk bahu Tuan Hamid perlahan
"Anak lu banyak bagus. Badan mantap dan cantik. Anak lu ni masih segar atau ada orang sudah rasa?Kalau sudah rasa, gua tak mahu"
"Lu jangan risau sebab anak gua pandai jaga diri. Dia masih lagi segar dan tak ada orang rasa dia. Gua jamin dia mesti bagi layanan tip top"
Chan sudah mengangguk dan puas hati dengan kata-kata Tuan Hamid. Dia lantas membuka lacinya dan mengambil sampul lalu diberikan kepada Tuan Hamid
"Cukup?"
Tuan Hamid memeriksa sampul tersebut dan terdapat banyak duit di dalamnya. Tuan Hamid mengangguk laju dan tersenyum lebar melihat duit
Money is life, baby
"Lu jangan risau. Kalau duit lu tak cukup, beritahu dekat gua. Nanti gua bagi bulan-bulan kalau anak lu pandai layan orang"
"Terima kasih, Chan. Lu banyak tolong gua"
"Tak ada apalah. Gua patut berterima kasih dekat lu sebab bagi dia jadi pekerja di kelab gua"
Tuan Hamid tersenyum sahaja. Dia lantas bangun daripada duduknya dan menuju ke pintu yang dikawa oleh dua orang pengawal yang berbadan tegap
Baru sahaja dia hendak keluar, kedengaran namanya dipanggil membuatkan dia menoleh. Kelihatan Naura sedang memandang ke arahnya dengan pandangan sayu
"Ayah! Jangan tinggalkan Naura di sini! Naura nak dengan ayah" Naura lantas pergi ke arah ayahnya lalu dipeluk tubuhnya dengan erat
"Tahan dia" arah Chan kepada dua pengawal yang menjaga pintu
Mereka terus mengambil Naura daripada memeluk Tuan Hamid. Naura meronta-ronta dan cuba melepaskan daripada ditahan oleh pengawal Chan seraya menjerit Tuan Hamid
"Ayah! Ayah! Tolong jangan buat begini dekat Naura. Ayah tarik balik kata-kata ayah. Banyak cara lain untuk cari duit lagi, ayah. Naura mohon sangat"
Tuan Hamid hanya mengendahkan sahaja rayuan daripada Naura. Terus dia keluar meninggalkan Naura yang hanya menjerit namanya
"Ayah! Ayah! Jangan tinggalkan Naura"
Makin kuat tangisan Naura apabila ayahnya sudah hilang dari pandangan matanya. Dia betul-betul berasa sedih dengan nasibnya
"Bawa dia dekat bilik VVIP. Jangan biarkan dia keluar dan pastikan dia duduk situ sampailah pelanggan sampai" kata Chan dan sempat dia mengelus pipi Naura tetapi Naura segera menoleh ke arah lain
Chan ketawa besar
"Gua suka lu. Gua dapat rasa yang lu perempuan degil tapi yang paling penting lu masih lagi anak dara. Sekarang bawa dia ke bilik dan lu pakai baju ni" lantas plastik yang berisi plastik diberik kepada Naura
Dua pengawal tersebut terus membawa Naura keluar dari pejabat Chan. Naura pula hanya mampu menangis sahaja. Dia betul-betul tak sangka hidupnya akan menjadi seperti ini
××××××
Naura terus ditolak kasar oleh dua pengawal ke dalam bilik hingga dia terjatuh di lantai. Mereka hanya memandang Naura dengan riak wajah tanpa perasaan
"Kau pakai baju tu kalau kau tak mahu mati. Dalam masa 10 minit kau tak pakai, kau akan ditimpa bala" kata salah satu pengawal dengan dingin
Pintu tersebut ditutup dengan kuat hingga terhinjut bahu Naura kerana terkejut mendengar hempasan pintu. Dia mengambil plastik tersebut dan melihat isi di dalamnya
"Ya Allah! Singkat betul baju ni" terkejut Naura melihat dress singkat dan agak terdedah di bahagian leher. Terus dilempar baju tersebut jauh-jauh
Sampai mati pun dia takkan pakai baju tu!
Naura merapatkan lututnya di dada dan mukanya dibenam di lutut. Dia kembali menangis teresak-esak dan badannya menggigil teruk
"Sampai hati ayah buat Naura begini. Kenapa ayah jual Naura? Ayah tak sayangkan Naura lagi ke?"
Naura meraup kasar wajahnya. Dia kembali berdiri lalu melempar segala barang di dalam bilik tersebut untuk melepaskan geram
Pintu bilik dibuka kasar dan kelihatan seorang lelaki masuk ke dalam bilik dengan wajah dingin. Terus ditahan tangan Naura daripada melempar barang
"Kenapa kau lempar barang, hah?! Kau hilang akal ke?" lelaki tersebut marah akan tindakan Naura sekarang ini
Naura tertunduk apabila dia dimarah sebegitu. Kepala kembali pening dan membuatkan dia hampir rebah tapi sempat ditahan oleh lelaki tersebut
"Kau okay tak?" cemas sahaja suaranya apabila melihat Naura seperti ingin pengsan
"Saya oka-" belum sempat Naura menghabiskan kata-katanya, dia terus merebahkan diri
To Be Continue...
Cerita ketiga daripada saya! Saya harap ramai akan support cerita ni💕
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top