Prolog

Mengalir air mata Maya terkenangkan nasib yang sedang menimpa dirinya. Maya tidak menyangka yang dia akan melalui situasi yang sebegini. Maya memilih untuk mendiamkan diri sambil menangis teresak-esak, menambahkan lagi denyutan di kepalanya.

Lelaki itu dilihat sedang mundar-mandir di hadapan Maya dan keluarganya yang sedang berada di ruang tamu rumahnya ini. Ahmad iaitu ayah kepada Maya berjaya ditenangkan oleh isterinya, Aliyah.

Muhammad sedari tadi cuba untuk menghubungi ibu bapanya namun tidak berjaya. Mungkin umi dan abah nya sedang sibuk. Abahnya mungkin berada di kebun petang begini dan uminya pula membersihkan halaman rumah. Muhammad sesekali akan mengerling memandang Maya yang sedang diam membisu sambil mengalirkan air mata. Risau jugak dia dengan keadaan Maya.

Dia tahu yang Maya mungkin tertekan dan amat terkejut pada ketika ini. Risau jugak dia jika Maya akan pitam lagi seperti tadi. Buah hatinya itu sedang demam. Keadaan emosi Maya juga kurang stabil setelah apa yang terjadi. Ditambah pula dengan masalah yang sedang melanda. Muhammad mengeluh panjang. Luka-luka dan lebam diwajahnya dibiarkan, tidaklah sesakit hatinya apabila melihat air mata yang mengalir di pipi Maya.

"Kau dah telefon abah kau? Bila sampai?" Ahmad bertanya Muhammad dengan kasar sekali sambil meraup mukanya.

Kalau boleh, dia ingin melayangkan beberapa tumbukan lagi ke wajah anak muda ini. Anak muda zaman sekarang bukan boleh percaya. Buktinya, dengan senang saja Muhammad meletakkan tangannya pada tubuh Maya, senang saja Muhammad memeluk dan mencium Maya dihadapannya. Nasiblah dia datang tepat pada masanya. Kalau tidak, anak perempuannya mungkin akan menjadi "santapan" untuk anak muda bernama Muhammad.

"Belum pak cik. Abah saya tak angkat. Pak cik, saya tak buat apa-apa..." Muhammad mencuba untuk menjelaskan situasi yang sebenar tetapi ini membangkitkan semula amarah Ahmad yang tadinya sudah mula reda sedikit demi sedikit.

"Kau diam! Aku nampak sendiri apa kau buat dekat anak aku! Kau peluk dia, kau cium! Kau ingat aku buta?" Ahmad berdiri lalu menjerit dihadapan Muhammad, membuatkan semua orang gerun. Tambahan pulak dengan suara garau Ahmad.

Muhammad hanya mampu mendiamkan diri memandang lantai. Dia sudah tidak tahu hendak berkata apa. Sukar untuk dia menjelaskan apa yang sedang terjadi tanpa menyakitkan hati siapa-siapa.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top