Perkenalan

Buku ini karya yang diolah sewaktu MCO bagi mengisi waktu lapang. Tidaklah sehebat mana tapi sekadar untuk menghidupkan watak-watak yang bermain di fikiran. Tidak meletakkan harapan tinggi pada buku ini kerana ianya adalah hasil budak mentah tanpa pengalaman menulis. Idea pun tidaklah sehebat mana, tidak sehebat penulis-penulis yang ada di platform ini.

Semua watak dan jalan cerita adalah rekaan semata-mata dan diinspirasikan daripada pelbagai sumber termasuklah kisah kehidupan penulis sendiri. Jika ada persamaan dengan mana-mana penulis lain, itu adalah diluar kawalan dan hanyalah KEBETULAN semata-mata kerana bahawasanya kita tinggal di bumi bukan di mars jadi wajarlah jika ada persamaan lagipun kita bercakap tentang manusia bukan binatang mahupun alien. (Eh apa aku melalut ni?)

Terima kasih diucapkan kepada pembaca. Tolong vote dan share buku saya yang tak seberapa ini. Dipersilakan komen jika ada mana-mana kekurangan, kalau boleh jangan la kecam dan sebaliknya berikan lah saya kritikan yang boleh membantu saya untuk menjadi penulis lebih baik.

Maaf jika jalan cerita agak laju, buku ini sepatutnya pendek sahaja, mungkin dalam 30 bab? Kalau cliché, maafkan saya. Hanya setakat ini saja idea yang saya ada. Maaf juga kalau cerita ini cringy atau tidak masuk akal kerana saya hanyalah budak mentah belasan tahun yang kurang berpengalaman dan kurang ilmu pengetahuan.

Dengan itu, marilah kita mula pengembaraan (ye la sangat) hidup Maya dan Muhammad.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top