Bab 9
Perlahan-lahan air mata Maya mula mengalir. Maya terduduk di hadapan Muhammad. Muhammad terjeda seketika, tidak pasti apa yang perlu dibuat. Selama ini Maya tidak pernah menangis di hadapannya. Adakah dia tersalah cakap? Adakah dia terlalu mendesak?
Muhammad memegang bahu Maya.
"Hey... kenapa ni?" Muhammad bertanya, mukanya mempamerkan wajahnya yang cuak. Sudahlah ramai yang sedang lalu-lalang disini pada ketika ini.
Maya tidak menjawab malahan air matanya semakin deras mengalir dari tubir matanya. Esakkan kecil mula kedengaran. Maya mengelak untuk memandang wajah Muhammad dan hanya memandang ke bawah.
"Maya... tak apa. Tak perlu jawab sekarang. Jom saya hantar awak balik? Tolong jangan menangis. Saya tak boleh tengok awak menangis. Saya risau." Muhammad cuba memujuk Maya, bahu Maya diusap-usap perlahan.
Muhammad menarik Maya untuk berdiri dan Maya hanya mengikut. Muhammad memimpin Maya masuk ke dalam keretanya lalu Muhammad pun mula memandu kereta menuju ke rumah Maya.
Maya hanya mendiamkan diri namun dia masih menangis. Maya buntu. Tipulah kalau Maya tidak menyukai dan menyayangi Muhammad. Bahkan, mungkin dia juga mencintai Muhammad. Mungkin juga cintanya ini terlalu besar untuk Muhammad sehingga tidak sanggup melihat lelaki itu terluka atau terbeban.
Maya tidak mahu menyusahkan Muhammad. Baginya lelaki itu sudah banyak bersusah payah, sudah banyak memberikannya itu dan ini. Segala yang dilakukan Muhammad untuknya tidak ternilai. Mungkin ini lah penyudah jalan cerita cinta mereka.
Maya takut suatu saat nanti Muhammad akan bangun dari tidurnya dan menyedari yang Maya bukanlah yang dia inginkan. Mungkin suatu hari nanti Muhammad akan sedar yang dia berhak mendapatkan yang lebih baik dari Maya.
Jangankan Faris yang sudah bertahun lama dikenali itu boleh curang padanya inikan pula Muhammad yang baru dikenalinya beberapa bulan. Maya menangis lagi memikirkan kemungkinan itu. Rasanya tidak sanggup jika itu berlaku kepadanya lagi. Apatah lagi jika pelakunya adalah Muhammad, lelaki yang perlahan-lahan sudah memahat namanya di dalam hati Maya.
Muhammad hanya mampu memandang Maya sekilas. Ingin dia memujuk namun dia bimbang Maya akan lebih sedih lagi jadi dia memilih untuk mendiamkan diri. Dia mencuba untuk menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya namun ianya sia-sia kerana Muhammad resah mendengarkan esak tangis Maya, si jantung hati.
Setiba mereka di tempat letak kereta pangsapuri Maya, Muhammad menggenggam lengan Maya, menghalang Maya untuk keluar dari kereta.
"Maya... tolong pandang saya..." Pinta Muhammad, suaranya penuh dengan kerisauan.
Maya tetap tidak memandang wajah Muhammad dan tetap saja diam membisu. Sekali-sekala kedengaran suara esakkan kecil.
Muhammad mengeluh lalu meraup wajahnya. Muhammad buntu, tidak tahu ingin berkata apa lagi.
Tiba-tiba, Maya bersuara.
"M-Mad... saya tak boleh..." Sekali lagi empangan air mata Maya pecah. Dia menangis teresak-esak di hadapan Muhammad.
Maya nekad untuk mengakhiri hubungan ini. Buat apa dia memberi harapan palsu pada lelaki yang cukup baik ini? Maya lebih rela melepaskan lelaki ini pergi. Biarlah segala memori yang mereka cipta menjadi kenangan terindah Maya.
"S-saya r-rasa... kita t-tak payah jumpa lagi lepas ni." Maya berkata dengan perlahan namun masih dapat didengar dengan jelas oleh Muhammad.
Muhammad menutup matanya seketika, seperti tidak percaya Maya akan menuturkan kata-kata itu. Ianya cukup untuk menyiat-nyiat hati seorang lelaki bernama Muhammad.
"Saya tak s-sempurna Mad. Saya banyak masalah. Awak lelaki baik... you deserve better. Thank you sebab pernah hadir dalam hidup saya. Kenangan yang kita ciptakan takkan mampu saya lupakan. Rasanya ini adalah yang terbaik." Maya menuturkan kata-kata itu lalu dia keluar dari kereta Muhammad yang hanya diam membisu memandang keluar tingkap, menolak untuk memandang Maya.
Muhammad membiarkan Maya pergi. Air mata jantan yang bergenang akhirnya mengalir juga ke pipi. Tidak menyangka yang Maya begitu kejam sekali. Adakah dia keterlaluan kerana ingin menjadikan Maya yang halal buatnya? Dia begitu ikhlas mencintai Maya, begitu tulus menyayangi Maya dengan harapan untuk memiliki Maya.
🦁🦁🦁
Maya tidak mampu melelapkan matanya. Semenjak dia pulang ke rumah, dia hanya menangis teresak-esak di atas katil. Mimi yang menjadi peneman setia hanya berbaring di sebelah Maya seperti ingin menyalurkan kekuatan dan memberitahu Maya yang dia ada bersama.
Adakah Maya salah? Salahkah dia kerana terlalu takut untuk mencintai dan dicintai?
Dia menangis mengenang nasib dirinya. Dari kecil disisih keluarga, Maya tidak tahu bagaimana untuk mencintai. Buktinya, Faris sendiri menggelarnya kaku. Maya tidak merasakan hangatnya kasih sayang orang tua. Dengan ayahnya yang tegas dan jarang sekali menunjukkan perasaan lalu ibunya pulak yang tidak sudah-sudah mencurahkan semua kasih sayang dan perhatian kepada adiknya, Abhar tanpa memikirkan perasaannya langsung. Maya merasakan seperti ada yang tidak kena dengan dirinya sehinggakan dia tidak layak untuk disayangi.
Dulu, Maya yang berumur 12 tahun pun ingin merasakan kasih sayang orang tua. Maya ingin dibelai, dimanja dan dipeluk oleh ibunya seperti orang lain. Maya ingin mendengarkan pujian dari ayahnya, mengucapkan tahniah kerana mendapat tempat pertama untuk ujiannya setiap tahun. Maya cuma menginginkan secebis kasih dari keluarganya. Selama dirinya membesar, seringkali dia tertanya apakah yang dia tidak ada sehinggakan ibu bapanya sendiri menyisihkan dirinya? Adakah Maya tidak cukup pandai? Tidak cukup cantik?
Inilah yang membentuk Maya untuk menjadi dirinya kini. Dirinya yang sentiasa merasa kekurangan, yang merasa rendah diri. Yang merasa tidak layak untuk dicintai dan disayangi.
Air mata Maya mengalir dengan lebih deras lagi. Esakkan semakin lama semakin kedengaran. Maya menekup wajahnya dengan bantal, berharap agar dia berhenti menangis.
Maya begitu takut untuk menuturkan kata-kata cinta. Begitu takut untuk mencintai Muhammad dengan keadaan dirinya yang banyak kekurangan. Dirinya yang tidak mengerti bagaimana mencintai dan dicintai, yang tidak tahu bagaimana untuk bertindak apabila Muhammad menghulurkan cinta dan kasihnya.
Maya begitu takut untuk berharap. Begitu takut untuk ditinggalkan. Rasanya dia tidak akan mampu bertahan jika dia menyambut huluran cinta Muhammad lalu Muhammad melukainya. Rasanya hatinya akan mati kerana begitu dalam sekali perasaannya buat insan bernama Muhammad.
Sebelum perkata itu terjadi, lebih baik Maya menggundurkan diri. Biarlah dia merawat luka ini kerana dibandingkan dengan luka yang akan ditinggalkan jika Muhammad melukainya, ianya tidaklah begitu teruk.
Kepergian Nisa dan sekarang kehilangan Muhammad membuatkan dirinya terasa sendirian. Maya menangis dan terus menangis sehingga dirinya terlelap kerana kepenatan.
—
Nota:
Hellu! Tak tau nak cakap apa tapi please enjoy. Tak pasti sama ada bab ini menepati cita rasa semua, tapi kita tak boleh nak puaskan hati semua kan? 😳😳😳😳😳😳😳 Thank you yang vote dan komen! Saya sangat menghargainya. (Lepasni tak nak buka ws tak nak reply comment lebih lebih 😭😭😭😭😭 TAKOTTT) BTW kalau ada kekurangan tolong maafkan, saya akan edit lagi bab-bab yang dah publish ni hehe.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top