Bab 6
"Nak bagi nombor telefon ke nak cium?" Muhammad menyakat Maya sambil tangannya yang memegang telefon bimbit Maya diangkat setinggi-tingginya bagi menghalang Maya untuk mengambil telefon tersebut.
"Mad! Bagilah fon saya tu..." Maya berkata dengan nada meleret sambil terjengket-jengket, mencuba untuk meraih telefon bimbit di tangan Muhammad. Mukanya sudah merah menahan marah ataupun malu atau mungkin keduanya. Sudahlah mereka sedang berada di letak kereta berhadapan klinik tempat Mad bekerja. Ramai pula yang tengah lalu lalang memandangkan sekarang masih waktu makan tengah hari.
"Kena bayar dulu kalau nak fon ni. Nak bayar dengan bagi nombor telefon ke nak cium saya?" Muhammad bertanya lagi sekali dengan hilai tawanya.
"Okay! Okay! Saya bagi nombor telefon!" Akhirnya Maya mengalah juga.
Muhammad menghulurkan telefon bimbit miliknya dan menyuruh Maya memasukkan nombor telefonnya. Maya akur. Telefon bimbit bertukar tangan lalu Maya pun tersenyum sinis.
"Puas hati?" Tanya Maya dengan sinis.
"Puas. Tapi jangan la marah." Muhammad berkata pula.
"Saya main-main je." Sambungnya lagi sambil menghulurkan telefon bimbit Maya pula.
"Yelah..." Jawab Maya perlahan.
Maya mengambil telefon bimbit dan dia pun berlalu pergi masuk ke dalam keretanya. Belum sempat Maya memecut pergi, pintu di sebelah pemandu pulak dibuka.
Muhammad memasuki kereta Maya lalu duduk memandang Maya. Mulalah sesi pujuk-memujuk.
"Jangan la marah..." Suara Muhammad meleret meminta simpati.
"Iyaaaaaaaa tak marahhhhh." Maya berkata tanpa memandang Muhammad, matanya ralit melihat telefon bimbitnya. Padahal tiada apa pun yang sedang dibaca.
"Awak macam marah. Kalau awak marah takpe la... saya faham. Siapa la saya ni kan, memang patut kena marah dengan awak pun." Nada suara Muhammad dibuat-buat sedih, kononnya hendak merajuk.
"Ye saya tak marah. Dah lah saya sibuk hari ni. Takde masa nak pujuk awak. Dah tua pun nak kena pujuk lagi ke?" Maya mengomel sendiri. Sudahlah dia hanya ada 20 minit lagi sebelum masuk bekerja.
"Eh saya ke awak yang patut merajuk?" Maya menyambung lagi, hairan.
Tadi Maya yang merajuk sekarang kenapa Maya pulak yang nak memujuk Muhammad.
Muhammad ketawa setelah memandang wajah comel Maya yang penuh dengan kerutan itu. Ah ini kah yang namanya cinta?
🦁🦁🦁
Muhammad tersenyum sendiri apabila teringat momen-momen indah nya bersama Maya. Usia perkenalan mereka sudah hampir 2 bulan. Begitu banyak yang dipelajari Muhammad tentang Maya dalam tempoh masa 2 bulan. Satu persatu memori yang dilakar bersama terlayar di minda. Muhammad membelek-belek telefon bimbitnya sambil tersengih-sengih, mengingat memori mereka bersama.
"Amaya Iman..." Muhammad berkata dengan lembut lalu bayangan wajah pemilik nama muncul di hadapan mata. Sebaris nama itu selalu saja keluar dari mulutnya beberapa bulan kebelakangan ini.
"Ya Allah... anak aku dah kenapa?" Maisarah berkata dari belakang Muhammad yang masih tidak menyedari kemunculan Maisarah.
Maisarah menggelengkan kepalanya memandang karenah anak terunanya itu. Orang baru pernah jatuh cinta memang macam ni ke? Sengih-sengih, senyum-senyum. Tengok telefon bimbit senyum, tengok lantai senyum, tengok apa saja pasti senyum. Teruk dah anak dia ni.
Maisarah menerpa ke arah anak bujangnya yang sedang duduk di atas sofa sambil memangku kepalanya dengan tangan itu. Senyum-senyum sambil matanya memandang keluar tingkap, menikmati keindahan bulan mengambang. Lengan anaknya ditepuk-tepuk beberapa kali. Anaknya masih tidak sedar, Muhammad masih lagi tersengih dan tersenyum.
"Muhammad Harun!" Jerit Maisarah.
"Umi!" Jerit Muhammad pula, terkejut.
"Ya Allah Mad! Kamu ni dah kenapa? Kemaruk sangat ni baik kawin je terus! Kamu nak ke? Meh sini esok umi hantar rombongan meminang anak Ahmad dengan Aliyah tu." Uminya sudah mula membebel.
"Boleh ke umi?" Muhammad bertanya dengan polos.
"Kita tanya dia, dia pulak tanya kita! Astaga anak aku ni!" Maisara mencebik.
"Dah besar panjang dah boleh fikir. Duit cukup ke tak nak buat majlis?Rasanya dah boleh ke tak tanggung anak dara orang? Dah sedia nak jaga anak? Haaaa... tepuk dada tanya selera. Kalau rasanya dah sedia, boleh roger-roger umi. Nanti umi pinangkan." Besar panjang uminya bermukadimah.
"Haaaaa dah! Cepat ambik air wudhu. Dah isya' dah ni. Abah dengan umi dari tadi tunggu imam datang rupanya imam kat sini mengelamun, tersenyum, tersengih dengan tingkap nya tak tutup lagi... aduh kamu ni tak takut ke tengah syok fikir pasal buah hati, yang lain pulak muncul depan mata. Kalau dia siap lambai kamu lagi dengan rambut panjang dia, mahu demam kamu seminggu." Sambung uminya lagi, membebel.
Muhammad hanya mampu tergelak. Uminya memang suka membebel tapi Muhammad tetap sayang uminya.
"Gelak je gelak je... tu la yang kamu tau. Tau tak kalau terlebih ketawa nanti hati boleh mati?" Uminya membebel lagi.
"Ye umi ye. Kalau dengar umi bebel terus tak payah korek telinga. Taik telingan Mad semua meleleh dengar umi membebel." Muhammad menyakat uminya. Sebaik sahaja dia habis berkata, dicium pipi uminya sekilas lalu dia memecut berlari menuju ke bilik air.
"Kurang asam! Anak siapa lah ni!" Maisara berkata dengan nada marah. Maisarah hanya mampu menggeleng kepala. Dalam hati dia terhibur juga dengan telatah anak terunanya yang suka memgusik itu. Kalau anaknya pulang ke rumah, tiadalah sunyi rumahnya itu. Terasa penuh dengan gelak ketawa saja. Tapi gelak ketawa Muhammad dengan suaminya saja lah sebab yang selalu dikenakan itu dia.
🦁🦁🦁
Usai menunaikan solat isya', Muhammad bersalaman dengan kedua orang tuanya. Selepas bersalam, Muhammad meraih tangan Maisara dan Harith. Dipandang lantai sambil ibu jari kanan dan kirinya mengelus-elus tangan Harith dan Maisara.
"Abah... umi..." Muhammad memulakan pembicaraannya.
"Ye Mad..." Kedua orang tuanya menjawab.
"Jangan lupa Mad tau. Doakan Mad dapat jodoh yang baik, yang cantik pandai masak makanan sedap-sedap macam umi. Lepastu doakan Mad murah rezeki, panjang umur, sihat tubuh badan. Nanti Mad nak jaga umi dengan abah sampai tua tau..." Muhammad berkata kepada kedua ibu bapanya seperti kebiasaannya ketika dia pulang ke kampung.
"Iya Mad. Umi tak pernah tak doakan Mad. Tiap hari, tiap waktu umi doa untuk Mad. Mad kerja dekat KL tu Mad jaga diri tau. Jangan lupa solat, baca Al Quran. Kalau sakit tu cepat-cepat pergi klinik." Uminya memberikan pesanan panjang.
Muhammad masih memandang lantai dan mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Abah selalu doa untuk anak abah." Hanya itu yang dikatakan oleh abahnya, Harith.
🦁🦁🦁
"Waalaikumsalam Aliyah! Ni aku ni. Anak kau bila nak baliknya? Ni anak aku dah teruk sangat ni Yah..." Maisarah berkata ke dalam telefon.
"Hah?! Teruk? Anak kau sakit ke Mai?" Aliyah yang tadinya melipat baju di ruang tamu terjerit kecil, terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Maisarah.
"Nauzubillah! Eee mulut kau! Bukan la... anak aku ni dah kemaruk sangat dengan anak dara kau tu Yah! Si Mad ni kerja dia sengih pastu senyum pastu mengelamun pandang bulan lah apa. Kau tau aku suruh dia tangkap ayam haritu... kemain lama dia. Kau tau aku nampak dia buat apa? Dia pergi peluk cium ayam aku tu. Nasib baik tak mati tercekik!" Mulalah Maisarah membebel panjang menceritakan segala yang terjadi ketika anaknya itu pulang ke kampung.
Aliyah mengekek ketawa.
"Kau ni! Aku serious ni. Nak buat macam mana ni? Kesian dah anak aku lama-lama boleh biul... nauzubillah!" Maisarah menyambung lagi.
"Teruk juga anak kau ye... tapi kau tau kan anak aku macam mana? Takdenya nak beritahu aku apa-apa. Dah lah dia jarang balik. Kau rasa kita patut buat apa?" Aliyah mengeluh.
"Haaa! Aku ada idea!" Kata Maisarah pulak dengan senyuman lebar.
—
Nota:
Selamat pagi/malam teman-teman. Hari ini update pasal Mad dan keluarga pulak. Sooooo apa lah yang umi Mad plan ni 😭 thank you baca! Jangan lupa vote dan komen hehe. Semoga sentiasa terhibur.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top