Bab 4
Maya tersenyum-senyum mengingat kembali kenangannya bersama teman barunya Muhammad itu 2 hari lepas. Walaupun tidaklah setampan artis Korea atau artis Hollywood, namun Muhammad itu "sedap mata memandang" bak kata arwah neneknya di kampung. Menepati cita rasa Maya! Orang nya cukup menghiburkan hati, kuat menyakat dan murah dengan senyuman menyerlahkan lagi ketampanannya dan membangkitkan aura pada dirinya. Bak kata seseorang tu, auranya lain macam!
Maya membuka gallery nya. Gambar Muhammad yang diambil secara senyap-senyap ketika memandu kereta itu ditatap. Walau hanya dari tepi, Muhammad tetap nampak menawan. Handsome, kacak, tampan, pokoknya semua Muhammad!
Maya membuka akaun instagram peribadinya lalu memuat naik gambar tersebut di insta storynya dengan teks "kalau saya rindu macam mana?". Ah lantaklah cliché ke apa, esok pagi dia delete lah.
Aplikasi instagram ditutup dan dia mengunjungi aplikasi twitter miliknya pulak. Sedang dia membaca tweets-tweets di timelinenya, tiba-tiba muncul satu tweet yang telah di like oleh seorang yang diikutinya.
"@FarisNaufal222 : wah nampaknya dah ada pengganti siap rindu rindu pulak 👏🏼👏🏼 bukan minggu lepas single ke?"
Melihat nama itu muncul di timeline nya sudah cukup untuk membangkitkan amarah Maya.
"Apa lagi kau tak puas hati ni! Siapa lagi yang dok report dekat kau ni? Suka hati aku lah! Tak boleh move on ke apa? Dah berapa lama break still takleh move on ke? Eeeee akaun IG dengan twitter aku private kot!" Maya menjerit kecil di dalam biliknya melepaskan geram.
Mimi yang sedang tidur di atas katil itu terbangun dan hanya memandang Maya dengan malas. Mimi mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum kembali tidur setelah mengubah posisi tidurnya.
Maya mundar-mandir di hadapan katil sambil memadam gambar yang dimuat naik tadi.
"Ish jantan ni! Semua benda aku buat kau tak puas hati! Kata dah move on! Pui!!!" Maya bercakap lagi seorang diri dengan nada marah. Wajahnya berkerut-kerut dan dia mendengus kasar.
Teringat pulak Maya kejadian minggu lepas dimana Faris Naufal iaitu bekas kekasihnya itu memuat naik gambar screenshot perbualannya dengan kekasih barunya.
"@FarisNaufal222: Macam ni baru kekasih! Bukan macam ex aku, mesej pun kaku. Aku karang mesej panjang panjang nak cakap i love you apa semua, dia boleh balas "ok thanks, ilyt". Cubalah text panjang sikit ni tidak. Balas mesej pun lambat, kan dah kena tinggal. 🤪"
Pada malam itu, Maya dengan berani nya membalas tweet tersebut dengan berkata "Wah baru tau relationship ni rupanya peraduan menulis essay panjang-panjang. Baru tau effort ni pada essay yang ditulis untuk kekasih. Kalau dah tulis essay panjang macam ni memang guarantee partner takkan curang ke?". Sengaja Maya menyebut perkataan "curang" itu. Biar panas bontot si Faris! Agaknya memang panas la tu sebab tidak lama kemudian tweet itu pun dibuang oleh Faris.
Tidak cukup dengan itu, dengan berbekalkan adrenaline yang dipam di dalam saluran darah, dengan beraninya Maya menulis "surat cinta" kepada Dr Muhammad, ingin membuktikan yang dia tidak kaku. Dah la DM dekat akaun instagram klinik! Memang tempah malu!
"Dear Dr Muhammad,
I know we just met but I feel like I've known you forever. Can I say this is love at first sight? Because I think it is. Ever since I met you this morning, mandi saya tak basah, tidur malam saya tak lena, makan tengah hari pun tak kenyang. Thank you dah cukurkan bulu kucing saya, Mimi dan dah bagi ubat untuk kurap dia and bagi suntikan vaccine sekali. I wish you the best and saya harap ini bukan kali terakhir kita berjumpa.
xoxo with lots of love,
Amaya."
Memang kerja gila! Nasib dia berjaya untuk "unsend message" tersebut di pasar raya keesokkan harinya. Kalau tidak, entah kat mana nak letak muka dia. Mungkin dia akan viral sebagai perempuan gedik tak tahu malu! Perigi cari timba!
Kali ini, Maya cuba untuk mengabaikan kata-kata Faris itu. Nanti lain pulak jadinya! Daripada dia melayan perangai gila Faris, baik dia tidur. Sedang dia bersedia untuk tidur di katil, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
Tanpa memandang pemanggil, Maya menjawab telefon.
"Woi! Apa rindu-rindu? Kau ni aku baru pindah sebulan kau dah dapat pakwe! Tak bagitau aku pulak tu!" Suara teman baiknya kedengaran di corong telefon.
"Salam mana salam haaaaa?" Balas Maya sengaja menyakitkan hati Nisa.
"Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh! Haaa puas?" Balas Nisa pulak.
Maya mengekek ketawa.
"Kau ni... pakwe kau tu hmmm siapa tu weh? Aku tak kenal pun." Tanya Nisa lagi sekali.
"Of course kau tak kenal. Tu kan doktor Mimi." Maya berkata dengan sombong.
"Kau ni dah maju la! Baru sebulan aku pindah kau dah jumpa pakwe. Aku jugak yang single." Balas Nisa dengan sedih.
"Eh eh siapa kata aku ada pakwe? Tu bukan pakwe. Tu kawan je..." Maya membalas dengan nada malas.
"Kawan apa sampai rindu macam tu?" Balas Nisa dengan nada tidak puas hati.
Tergelak Maya mendengar Nisa berkata.
"Kau ni... gelak je! Eeee geram aku!"
🦁🦁🦁
Maya menghela nafas panjang. Bercakap dengan Nisa mengambil masa hampir 3 jam. Sekarang dah nak pukul 11. Maya berjalan keluar dari bilik menuju ke dapur lalu dia mendapatkan sebotol air mineral yang sejuk dari peti ais. Dibawa air mineral pergi ke bilik dan diminum di atas katil. Sambil minum, Maya membuka aplikasi whatsapp untuk kali terakhir sebelum tidur.
Cuma mesej grup sekolah lama (yes masik aktif walaupun sudah bertahun tak sekolah), grup keluarga dan beberapa mesej dari pelanggan honey cornflakes nya. Tiba-tiba, muncul satu pesanan baru dari orang yang tidak dikenali.
"+6012********: Dengar cerita ada yang rindu saya 🤪"
Mesej itu dibaca dengan dahi yang berkerut. Ianya mengambil masa 1 minit jugak untuk Maya mentafsir mesej itu. Barulah dia teringat apa yang dimuat naik nya tadi. Tapi macam mana dia boleh tahu?
"Amaya: ni siapa?" Mesej dihantar.
Typing...
"+6012********: Alaaa ni bakal suami awak. Siapa lagi kalau bukan Muhammad Harun 🤩"
"Amaya: Eh perasan! mana lah orang tau tu siapa... dapat number orang pun ambik masa nak text. Ingat dia dah jual number kita."
Muhammad dan Maya berbalas pesanan hampir setengah jam kemudian barulah mereka tidur. Itupun kerana esok pagi mereka berdua perlu bekerja. Mungkin kalau tak kerja, sampai ke pagi pun boleh berbual. Entah kenapa apabila berbalas pesanan, tidak pulak Maya bertanya dari mana Muhammad tau dia "rindu" pada Muhammad. Mungkin betul lah kot kalau kita asyik sebut nama orang, dia akan dapat rasa.
—
Nota:
Ok gaisss sorry agak hambar tapi this is necessary untuk build up story hehe. Thank you yang sudi baca! Tak sabar nak sampai bab prolog tu. My drafts dah dekat prolog dah hehe. Jangan lupa vote and komen! xx mija.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top