Bab 27

Perjalanan dari kampung mereka di Perak ke Kuala Lumpur mengambil masa kurang lebih 3 jam memandangkan keadaan jalan raya lenggang pada hari bekerja seperti ini. Muhammad memandu manakala Maya pula memilih untuk tidur membuatkan Muhammad sepi. Ingatkan apabila sudah berkahwin, tidaklah dia merasa sendiri apabila memandu pulang dari kampung ke Kuala Lumpur. Muhammad mengeluh perlahan.

Sebelum memulakan perjalanan tadi, belum sempat Muhammad ingin membuka mulut untuk bercakap namun Maya sudah melelapkan matanya membuatkan Muhammad mendengus, sebal. Sepatutnya Maya memberi dia peluang untuk menjelaskan segalanya, bukannya memberikannya silent treatment seperti ini.

Sepanjang perjalanan, otaknya ligat memikirkan cara untuk memujuk Maya. Radio yang dibuka itu tidak dipedulikan, Muhammad hanya fokus pada pemanduannya, ingin pulang dengan cepat.

Muhammad menggoyangkan bahu Maya setiba mereka di kawasan apartment Maya. Perlahan-lahan Maya mencelikkan matanya. Dipandang wajah Muhammad yang begitu dekat dengannya itu dengan riak terkejut.

Muhammad menjauhkan muka apabila melihat Maya yang mempamerkan riak wajah takut-takut itu, mungkin belum biasa dengan status mereka yang bertukar dengan tiba-tiba itu.

"Kita dah sampai. Jom turun, sayang." Muhammad menggumam kecil sebelum membuka pintu kereta agar dia dapat mengangkat beg yang mereka bawa pulang ke kampung.

Maya pula mengambil cat carrier yang menempatkan Mimi yang sedang tidur lena itu. Nasiblah Mimi tidak terlalu meragam.

"Pukul berapa ni?" Tanya Maya sebelum menguap besar.

"Dah nak maghrib, sayang. Cepat sikit sayang, tak elok ada kat keluar waktu nak maghrib macam ni." Pesan Muhammad sebelum dia keluar dari kereta untuk mengambil beg-beg mereka yang ada di bonet kereta.

Maya berjalan naik ke atas tanpa menunggu Muhammad. Setibanya di hadapan rumah, kunci dikeluarkan dan dia pun membuka pagar dan pintu rumah.

"Assalamualaikum..." Laung Maya perlahan sebelum masuk ke dalam rumah.

🦁🦁🦁

"Sedap sayang masak malam ni." Puji Muhammad sambil tersenyum memandang Maya.

Dahi Maya berkerut, malas untuk menjawab.

'Sedap apa? Masak telur goreng je pun...' Maya berkata dalam hati.

"Sayang..." Panggil Muhammad apabila Maya masih khusyuk menghabiskan makanannya dan enggan memandang ke arahnya.

"Sayang..."

"Ye abang..." Sahut Maya apabila dia mula rimas dengan Muhammad yang mengganggu ketenteramannya itu.

"Pandang lah sini sayang..." Muhammad merengek manja.

Kalau petang tadi Muhammad marah seperti singa, sekarang Muhammad yang ada di hadapannya ini versi anak kucing pulak. Manja!

Maya menurut lalu diletakkan sudu di atas pinggan. Dia membalas pandangan Muhammad.

"Ye abang intan payung ku sayang?" Maya berkata dengan nada sarkastik.

"Awhhh sayang!" Muhammad berkata tiba-tiba lalu dia meletakkan tangannya pada tangan Maya. Digenggam erat tangan isterinya itu lalu diramas-ramas perlahan.

Dahi Maya berkerut tanda keliru dengan apa yang terjadi kini namun dibiarkan saja suaminya itu memegang tangannya. Dah halal kan?

"Kenapa pulak abang ni? Pelik-pelik je perangai kan? Betul lah orang cakap kalau dah kawin ni perangai sebenar terserlah..." Bebel Maya, dahinya dikerutkan.

"Sayang..."

"Ye abang? Dari tadi dok sayang sayang je... penat dengarnya..." Maya mengeluh padahal dalam hati berbunga-bunga.

Muhammad tergelak kecil lalu tangan Maya dicium. Tidak cukup dengan itu, jari jemari Maya dicium satu per satu. Maya menarik tangannya dari terus menjadi mangsa ciuman Muhammad.

"Abang!" Maya menjerit kecil.

"Ye sayang? Abang nak cium je sikit..." Balas Muhammad dengan polos.

"Abang ni kan tangan Maya bau bawang ni tadi potong bawang untuk telur ni... aduh abang ni pelik-pelik lah! Tangan Maya busuk tau?" Marah Maya.

Sebenarnya dia malu dengan Muhammad. Kenapalah Muhammad sampai cium jari-jemarinya satu per satu pula ni? Sudahlah tadi dia menghiris bawang, pasti busuk!

"Mana ada busuk. Tangan tu lah yang dah sediakan makanan untuk abang. Disebabkan tangan tu lah abang tak berlapar malam ni. Tu tanda terima kasih abang untuk Maya lah." Jawab Muhammad dengan romantis.

Suaminya ini kalau lama-lama Maya boleh dapat diabetes!

Maya merasakan pipinya sudah memerah. Maya hanya mengangguk perlahan. Terdiam terus dan tidak terkata lagi. Dilayankan saja lah suaminya ini.

"Sayang, pipi sayang dah merah lah. Sayang malu ya?" Tegur Muhammad sebelum dia ketawa kecil.

"Abang ni! Mana ada merah! Dapur ni lah panas. Mungkin lepasni boleh suruh Encik Lee tu pasang penghawa dingin kat dapur ni kan?" Maya berkata, cuba untuk mengubah topik.

Muhammad menggelengkan kepalanya. Apa pulak panas? Apartment Maya jenis open concept. Ruang tamu terlihat dari dapur dan terang lagi bersuluh yang penghawa dingin dibuka ketika ini! Sejuk saja Muhammad rasakan. Apa pulak nak suruh Encik Lee, si tuan rumah untuk pasang penghawa dingin lagi? Muhammad masih lagi menghabiskan sisa tawanya membuatkan Maya geram.

"Abang ni dah dah lah tu! Habiskan makan cepat. Esok nak kerja ni." Arah Maya suara dan riak wajah cuba dikawal sebaik mungkin walaupun jantungnya berdegup kencang.

Tangan yang dipegang dicium lagi. Walaupun Maya menarik, Muhammad tetap berkeras ingin mencium tangan Maya.

"Abang mintak maaf tau sayang pasal tadi. Abang tak tau pun Khalisah tu akan pergi serang abang. Abang ingat dia dah okay sebab abang dah lama tak jumpa dia." Muhammad berkata dengan perlahan sambila meramas tangan Maya.

Matanya dialihkan dari terus memandang tepat pada mata Maya dan dihalakan pandangannya pada jari manis Maya yang menempatkan cincin nikah yang dibelikan khas untuk Maya itu.

Membuntang mata Maya mendengar pengakuan Muhammad itu.

"Jadi sebelum ni dia selalu kacau abang ke?" Dingin nada suara yang digunakan Maya walhal hati dia dipenuhi dengan api cemburu yang hangat membakar-bakar hatinya kini.

"Jujur abang cakap selalu jugak lah dia kacau abang. Kalau abang balik kampung, kadang tu dia selalu pergi rumah kalau ternampak abang dekat pekan ke atau dekat kenduri. Sebab tu lah kalau balik kampung abang malas nak keluar rumah, paling jauh pun abang ke kebun abah saja." Muhammad menerangkan kepada Maya, tidak ingin ada apa-apa yang boleh menggoyahkan kepercayaan Maya padanya.

"Selain tu? Ada lagi tak?" Maya bertanya, masih musykil.

"Ada... dia selalu jugak lah kacau abang dekat klinik kalau dia datang ke KL." Muhammad mengeluh perlahan, tangannya mengelus lembut tapak tangan Maya.

Perlahan-lahan Muhammad mengangkat mukanya apabila Maya tidak membalas. Muka Maya kelihatan kelat.

"Abang tak balas pun perasaan dia sayang! Jangan salah faham. Sumpah demi Allah abang tak pernah lebih-lebih. Abang memang dah cakap dari awal yang abang takde perasaan dekat Khalisah langsung sebab dari dulu hati abang..." Terputus kata Muhammad.

"Hati abang apa?" Berkerut dahi Maya  apabila Muhammad berhenti dari terus berkata.

"E-Er... hati abang tak minat pun dekat dia tu."

'Sebab dalam hati abang dah ada Maya.' Namun kata-kata itu hanya mampu diungkapkan dalam hati.

Maya memandang tepat pada kedua mata Muhammad. Terpancar kejujuran dan keikhlasan pada matanya.

Maya cemburu apabila nama Khalisah atau Katrina keluar dari bibir Muhammad. Perasaannya untuk Muhammad begitu kuat sekali. Dia tidak rela berkongsi Muhammad dengan mana-mana perempuan. Muhammad hanya dia yang punya seorang!

"Cepat makan abang!" Maya mengarahkan Muhammad.

Muhammad hanya menurut lalu melemparkan senyuman manis buat Maya.

"Maya nak bagi abang hadiah malam ni." Perlahan Maya berkata.

Berkerut dahi Muhammad mendengarnya.

"Hadiah apa sayang?" Muhammad bertanya.

"Abang ni banyak tanya kan? Makan cepat." Jawab Maya, pipinya sudah mula memerah lagi.

"Kenapa pipi merah ni sayang? Ada apa ni?" Muhammad berkata lagi, pelik kerana tiba-tiba pipi Maya merah.

"Abang! Makan." Maya membuntangkan matanya memandang Muhammad.

"Garangnya sayang!" Muhammad berkata sebelum tergelak.

Muhammad dan Maya menghabiskan sisa makanan mereka lalu masing-masing mengangkat piring dan cawan ke singki. Muhammad membasuh pinggan dengan sabun manakala Maya pula membilas dengan air.

"Sayang... sayang nak bagi abang apa ni?" Muhammad bertanya lagi ketika mereka sibuk menyuci pinggan dan kuali yang digunakan untuk memasak.

"Maya nak bawak abang pergi ke suatu tempat." Maya berkata, masih tidak mahu memberitahu Muhammad.

Bukan dia tidak ingin memberitahu Muhammad kejutannya ini tapi dia malu.

"Tadi nak bagi hadiah sekarang nak bawa abang pergi suatu tempat pulak. Yang mana ni sayang?" Tergelak Muhammad mendengar isterinya yang penuh misteri sekali malam ini.

"Ye lah... sama lah tu... kan Maya nak ajak abang pergi syurga..." Perlahan Maya berkata namun masih dapat didengar oleh Muhammad.

Pada awalnya dia kurang mengerti apa yang dimaksudkan Maya. Matanya membulat. Terlepas span yang dipegang akibat terkejut.

"Sayang... sayang ni bahaya tau cakap macam tu? Nasib abang ni penyabar tau, kalau tak abang dah terkam sayang kat dapur ni. Bahaya lah sayang!" Muhammad menjerit kecil membuatkan Maya sedikit terkejut.

Muka Maya memerah dan dia tidak mampu memandang Muhammad yang sudah melihatnya seperti singa yang sedang memburu mangsa.

"Abang... shhhh malu lah..." Maya merengek kecil.

Muhammad tergelak mendengar Maya berkata.

Setelah siap mengemaskan dapur, mereka berjalan berpegangan tangan ke bilik. Maya merasakan seperti ingin muntah kerana dia begitu berdebar sekali pada ketika ini. Dia juga ingik menarik tangan dari terus dipegang oleh Muhammad.

"Abang nak pegang lah sayang..." Muhammad berkata, nada suaranya kedengaran gemersik.

"Tak payah lah abang. Dekat je ni." Balas Maya perlahan, takut-takut.

"Pegang lah baru sweet couple."

Akhirnya Maya hanya menurut saja. Malas hendak bertekak dengan suaminya itu. Ada saja yang ingin dibalasnya.

Dihadapan pintu bilik, Muhammad menahan Maya seketika.

"Sayang dah sedia ke jadi isteri abang?" Muhammad berbisik ke telinga Maya dengan nada yang kedengaran begitu gemersik sekali membuatkan Maya menggigil perlahan.

"In shaa Allah..."

Nota:
Hokey hokey malu sis. Okay gais okay tu je. 😳😳😳😳😳😳😳😳😳

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top