Bab 26
Muhammad dan abahnya berjalan balik ke rumah, masing-masing menjinjing beberapa beg plastik berisi mempelam yang berjaya dikait di kebun sebentar tadi. Senyuman juga tidak lekang dari bibir anak-beranak itu walaupun matahari agak terik dan tubuh masing-masing sudah dibasahi peluh.
Setibanya mereka di hadapan rumah umi dan abah Muhammad, terlihat kelibat seorang perempuan keluar dari kereta putih yang amat dikenali Muhammad. Senyuman Muhammad terpadam dan Muhammad mengeluh panjang.
'Kenapa lah dia ada dekat sini?' Marah Muhammad dalam hati namun sedaya upaya riak wajah cuba dikawal.
Muhammad tidak menghiraukan Khalisah yang sudah berjalan ke arahnya, dibuat seperti Khalisah tidak ada di situ.
"Abang Mad!" Khalisah memanggil lalu tangannya menyambar lengan sasa Muhammad.
Muhammad menepis tangan Khalisah lalu dia mendengus kasar. Amarahnua tidak dapat dibendung lagi. Suka hati Khalisah pegang dia! Abahnya yang berada di sebelah tidak tau ingin berbuat apa. Entah apa anak arwah Kamal itu inginkan lagi kali ini. Muhammad sudah berkahwin dengan saudara Khalisah sendiri iaitu Maya!
Muhammad memberikan beg-beg plastik berisi mempelam kepada abahnya lalu dia menyuruh abahnya masuk ke dalam rumah terlebih dahulu.
"Abang Mad! Kenapa abang kahwin dengan Maya?! Tak cukup lagi ke apa yang selama ni Khalisah buat untuk abang?" Khalisah bertanya Muhammad dengan nada tidak puas hati. Tangannya memegang lengan Muhammad.
Sakit rasanya hati apabila lelaki yang disukai berkahwin dengan saudara sendiri. Saudara yang dia benci pulak tu!
Muhammad berkali-kali menepis tangan Khalisah itu.
"Boleh tak jangan pegang-pegang? Saya suami orang!" Marah Muhammad lalu dia menapak ke belakang, menjauhkan diri dari Khalisah.
"Abang ingat Khalisah kisah ke? Selama ni Khalisah mengemis kasih dekat abang, abang tak rasa apa-apa ke? Sedikit pun takde ke rasa kasih abang untuk Khalisah? Tergamak betul abang kan?" Khalisah menjawab lagi, dia masih tidak mahu mengalah.
"Khalisah, saya dah cakap berapa kali dah dengan awak. Saya tak suka awak, faham tak? Berapa kali lagi awak nak saya cakap sampai awak boleh faham? Awak nak saya cakap bahasa Jepun baru awak faham ke?" Marah Muhammad, nada suaranya masih dikawal agar tidak menarik perhatian isterinya di dalam rumah.
"Khalisah tak peduli! Khalisah sanggup jadi bini kedua!" Pekik Khalisah, menarik perhatian Maya yang berada di ruang tamu.
Maya berjalan keluar rumah dengan perasaan bercampur-baur mendengar jeritan itu. Jantungnya berdegup kencang.
"Khalisah!" Marah Maya seraya berjalan menghampiri Muhammad dan Khalisah yang sedang bergelut itu. Muhammad mencuba untuk menepis Khalisah tapi Khalisah sudah bertindak memeluk lengan Muhammad seerat-eratnya, enggan melepaskan seperti beruang koala yang popular di Australia sana.
"Kau buat apa ni Khalisah?! Lepas lah! Ni suami aku!" Marah Maya lalu dia menarik lengan Khalisah agar menjauh dari Muhammad.
Melihat Khalisah yang memeluk suaminya itu membuatkan darahnya mendidih. Hatinya jugak sakit melihat adegan di hadapan matanya itu. Perasaan cemburu menyelubungi dirinya. Api cemburu mula membakar hati!
Khalisah terduduk akibat ditarik oleh Maya dan ditolak oleh Muhammad. Khalisah meringis kesakitan kerana tersembam di atas jalan tar. Kelihatan tapak tangannya berdarah terkena batu tajam.
"Kau jangan berani dekat dengan suami aku lagi ya Khalisah! Muhammad suami aku! Aku!" Jerit Maya dihadapan Khalisah, sudah tidak peduli tentang apa-apa lagi. Amarah sudah menguasai dirinya. Yang ada dalam fikiran ialah Khalisah yang memeluk lengan suaminya itu. Ya, Maya cemburu!
Memerah muka Khalisah mendengar ucapan Maya. Khalisah berdiri di hadapan Maya lalu memandang tepat pada kedua mata Maya dengan perasaan marah yang membuak-buak.
"Suami kau? Aku yang minat Muhammad dulu! Aku! Rasanya kau kena cermin diri kau! Dasar perampas! Tak cukup kasih sayang!" Balas Khalisah pulak, suaranya nyaring sehingga menarik perhatian beberapa orang kampung yang sedang lalu lalang di hadapan rumah.
Maya mengangkat tangan lalu penampar dihadiahkan untuk Khalisah.
"Perempuan si*l!" Jerit Khalisah lalu menerkam Maya seperti seekor harimau.
Khalisah menarik rambut Maya lalu mencuba untuk mencakar muka Maya dengan kukunya yang panjang itu. Mujur Maya sempat mengelak. Muhammad menarik Maya ke dalam pelukannya dan kuku tajam Khalisah terkena lengan Muhammad. Habis pedih lengan Muhammad dibuatnya tapi dia tidak peduli, yang penting Maya selamat.
Muhammad menolak Khalisah yang menggila agar menjauh dari dia dan Maya.
"Sudah!" Tengking Muhammad. Urat-urat hijau mula kelihatan di sekitar dahi dan lehernya serta tangannya akibat menahan amarah yang membuak-buak.
"Khalisah aku tak tau berapa kali nak cakap dengan kau tapi boleh tak kau berambus dan jangan kacau aku lagi? Jangan jadi perempuan murah boleh tak? Selama ni aku cakap elok-elok kau tak pernah nak dengar, jadi aku cakap kasar sikit mungkin boleh tembus masuk ke dalam kepala kau yang keras macam batu tu!" Muhammad berkata, suaranya yang garau menggerunkan orang-orang yang mendengarnya.
Selalunya suara itu lembut saja dan kedengaran gembira tapi tidak kali ini. Kesabaran Muhammad sudah habis! Entah berapa kali Muhammad sudah menegur dan menolak huluran kasih Khalisah secara lembut. Kini, Khalisah ingin mencederakan isterinya pulak? Sungguh tidak boleh Muhammad terima walaupun yang memulakan pergaduhan fizikal adalah Maya. Kata-kata yang dituturkan oleh Khalisah itu akan membuatkan siapa-siapa saja naik darah.
"Abang Mad! Abang Mad memang tak sayang Khalisah kan?" Jerit Khalisah dihadapan Muhammad dengan rambutnya yang serabai itu.
Melihat Muhammad yang memeluk Maya itu membuatkan hatinya bertambah sakit. Apa kurangnya Khalisah? Dulu ketika mereka kecil dan ayahnya, Kamal, masih hidup, Maya juga lah yang seringkali disayangi sehingga membuatkan Khalisah selalu makan hati. Kini, lelaki yang dicintainya juga dirampas oleh Maya!
Air mata yang bertakung mula mengalir membasahi pipi. Khalisah mengesat air matanya.
"Khalisah... berapa kali saya nak cakap? Saya tak pernah ada perasaan dekat awak... lebih cepat awak terima hakikat, lebih baik. Saya tak nak sakitkan hati awak." Muhammad cuba berlembut lagi dengan Khalisah apabila Khalisah sudah mula mengalirkan air mata.
Khalisah mendiamkan diri kemudian dia melemparkan senyuman sinis kepada Muhammad dan Maya. Air mata cuba untuk ditahan. Rasa sakit di dalam dada yang semakin menjadi-jadi membuatkan dia sukar untuk berkata-kata namun digagahkan juga dirinya.
"Kalau macam tu, Khalisah nak ucapkan selamat pengantin baru untuk abang dan Maya." Sebaris kata itu dikatakan kepada pasangan dihadapannya ini sebelum dia berlalu pergi meninggalkan mereka tanpa sempat Muhammad dan Maya membalas.
Muhammad dan Maya hanya memandang sepi Khalisah yang memalingkan tubuhnya lalu masuk ke dalam kereta miliknya itu. Sebaik saja kereta Khalisah meninggalkan perkarangan rumah umi dan abah Muhammad, Muhammad mengajak Maya untuk masuk ke dalam memandangkan matahari panas terik pada ketika ini.
"Sayang..." Suara Muhammad meleret tapi Maya langsung tidak membalas.
Melihat wajah Muhammad pun Maya tidak sudi. Maya pergi meninggalkan Muhammad keseorangan di luar rumah.
Muhammad hanya memandang isterinya yang masuk ke rumah itu. Dia tahu Maya merajuk dengannya.
'Ah! Ini semua bala!' Jerit Muhammad di dalam hati.
Muhammad meraup wajahnya dengan kasar sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.
🦁🦁🦁
Muhammad menghenyakkan tubuhnya di sofa ruang tamu. Muhammad mengeluh panjang sebelum meraup wajahnya. Ketika ini, mereka sekeluarga baru saja menunaikan solat asar. Maya sedang bersiap-sedia di dalam bilik. Muhammad pula duduk di ruang tamu kerana bilik tidurnya dikunci oleh Maya. Tidak sempat dia masuk, pintu bilik sudah dikunci.
Isterinya itu kalau merajuk boleh tahan jugak. Dulu sebelum berkahwin, tidaklah seteruk ini marahnya. Kali ini, bukan setakat marah, langsung tidak bertegur. Muhammad sentiasa dijeling pulak tu menambahkan lagi rasa gerun dalam hati. Muhammad bingung bagaimana untuk memujuk.
"Mad. Buat apa lagi tu? Tadi kata nak bertolak lepas asar ni." Berkerut wajah Harith melihat anak lelakinya yang masih berkain pelikat itu duduk-duduk di ruang tamu.
"E-eh abah! Tak lah ni Mad nak rehat kejap. Maya tu dalam bilik tengah bersiap." Jawab Muhammad perlahan.
"Masuk je lah dalam bilik? Kan tu isteri kamu." Harith berkata lagi dengan kerutan.
"E-er Maya malu tu abah! Biarlah dia. Malas nak kacau." Muhammad memberi alasan. Muhammad menggaru belakang tengkuknya.
Harith menggelengkan kepala kemudian berlalu pergi, malas hendak masuk campur hal anak menantunya.
"Ada-ada je kamu ni..."
—
Muhammad dan Maya bersalaman dengan Harith dan Maisara sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Maisara yang berdiri disebelah Harith itu sudah mengalirkan air mata, sedih dengan pemergian Muhammad dan Maya.
"Tak boleh ke tinggal sini sehari dua lagi?" Maisara tidak putus-putus berkata kepada Maya dan Muhammad, berharap anak dan menantunya itu akan mengasihaninya.
"Tak boleh umi... Mad dengan Maya kan cuti kecemasan. Nanti Mad dengan Maya balik lagi ya?" Muhammad cuba memujuk Maisara, tangannya menggenggam erat tangan Maisara.
Maisara menangis lagi. Muhammad melepaskan pautan tangan mereka lalu dia memeluk uminya itu. Uminya melepaskan esakkan pada dada Muhammad.
"Umi... kenapa ni umi?" Muhammad bertanya pada Maisara.
"Umi tak puas lagi nak habiskan masa dengan Mad dan Maya." Balas uminya dengan nada suara lirih.
Muhammad melepaskan pelukan lalu mencium seluruh wajah uminya.
"Umi... nanti Mad janji akan bawak menantu kesayangan umi ni balik sini. Ye lah... semenjak dapat menantu, umi sayang menantu umi tu je lebih kan?" Muhammad berkata pada Maisara, bibirnya dimuncungkan tanda merajuk.
Maisara ketawa seketika, tangisannya reda. Muhammad anak kesayangannya itu sentiasa menghiburkan hati dengan gelagatnya.
"Umi sayang menantu umi dengan anak umi. Tapi kalau menantu dengan anak umi bagi umi dengan abah cucu, lagilah umi dengan abah sayang." Sempat lagi Maisara menyakat.
Muhammad dan Maya hanya tunduk memandang lantai. Harith hanya jadi pemerhati. Harith menggelengkan kepalanya melihat anak dan menantunya yang sudah merah muka.
"Kalau ada rezeki, ada lah tu. Kalau tak ada rezeki, umi dengan abah tak kesah." Harith memberitahu Maya dan Muhammad.
Maya dan Muhammad hanya tersenyum kecil memandang Harith dan Maisara.
—
Nota:
Hi. Kalau ada typo, nanti mija edit. Thanks sudi baca tau guys!!! Mija appreciate sangat huwaaa. Korang bayangkan je lah Muhammad dengan Maya ni siapa ye tapi HAHAHAHA mija letak gambar ni kalau tak berkenan tak apa bayangkan sendiri je lah hehe.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top