Bab 25
Maya mundar-mandir di hadapan bilik air. Ketika ini Muhammad sedang mengambil wuduk agar mereka dapat menunaikan solat zohor bersama.
'Nak tanya ke tak? Aku kenal sangat dengan umi dan abah tapi kenapa aku tak pernah nampak Mad ye? Pelik betul lah.' Maya berkata dalam hati, dahinya sudah berkerut-kerut.
'Tapi kalau aku tanya nanti dia rimas pulak. Kalau dia nak bagitau aku, mesti dia dah bagitau. Tapi kan takkan aku tak ambil tahu pasal dia? Dia kan suami aku. Lagi pun aku ada hak nak tau. Aku kena tahu jugak!' Maya berkata dalam hati lagi. Dia nekad ingin mengenali siapa suaminya itu.
Maya perasan jugak yang suaminya jarang sekali bercakap tentang masa lalunya. Apabila bercerita, rata-rata semua yang dikatakan suaminya itu tentang hidupnya di Kuala Lumpur. Sekali-sekala diselitkan tentang cerita umi dan abahnya.
"Sayang buat apa ni mundar-mandir. Pening abang tengok." Muhammad berkata sambil keningnya diangkat, pelik dengan perangai Maya.
Maya memberhentikan langkahnya. Maya berpaling memandang Muhammad. Terus saja dia mengorak langkah ke arah Muhammad. Maya berdiri di hadapan Muhammad lalu dia mendongakkan kepalanya bagi memandang tepat pada mata Muhammad.
"Maya nak tanya. Kenapa Maya tak pernah nampak pun abang? Maya kenal tau dengan umi dengan abah tu." Maya bertanya tanpa selindung.
Terkejut Muhammad dengan soalan yang diberikan. Tiba-tiba saja Maya bertanya. Namun cepat-cepat dikawal reaksi mukanya.
"E-er kenapa tanya sayang? Abang ada je lah. Sayang je yang tak perasan." Jawab Muhammad pulak, langsung tidak memuaskan hati Maya dek kerana jawapannya yang samar-samar.
"Ye lah. Tapi Maya tak pernah nampak abang!" Maya menjawab lagi tidak puas hati.
"Abang kan masuk asrama dulu." Jawab Muhammad pula.
"Tapi... mesti Maya pernah nampak abang dekat kenduri atau dekat mana-mana. Bila beraya semua." Maya masih tidak puas hati.
"Sayang ingat abang sorang je ke tinggal dalam kampung ni? Kampung ni besar tau." Muhammad memberi alasan lagi.
Maya pelik dengan perangai Muhammad. Kenapa begitu susah sekali untuk Maya mengetahui kisah silam suaminya. Suaminya seperti enggan untuk membuka mulut.
Muhammad mengeluh perlahan.
"Solat dulu sayang. Lepas ni kita pergi rumah abah dengan umi." Muhammad mengarahkan.
Maya tersenyum kecil. Boleh tanya umi pasal suami dia lepas ni!
🦁🦁🦁
"Assalamualaikum umi! Abah!" Laung Muhammad dari luar rumah.
Maya hanya berdiri di belakang Muhammad. Maya memang mengenali Maisara dan Harith kerana mereka kawan kepada ibunya membuatkan Maya pelik kenapa dia tidak pernah mengenal Muhammad.
"Waalaikumsalam Mad, Maya! Masuk lah masuk. Apa lagi tercegat depan pintu tu? Ni kan rumah abah dengan umi, bukan rumah orang lain." Maisara memberitahu tetamunya itu.
Muhammad dan Maya bersalaman dengan Maisara sebelum punggung dilabuhkan pada sofa di ruang tamu. Maisara membawa dulang berisi teh panas serta kueh mueh yang dibelinya pagi tadi.
"Umi. Susah-susah pulak. Tak payah umi nanti kitorang sendiri masuk dapur cari makanan dengan minuman." Balas Muhammad ketika melihat Maisara membawa dulang.
"Apa pulak susah-susah? Takpe, ni pertama kali Maya datang rumah umi sebagai menantu umi jadi kena lah layan baik sikit. Lepas ni kalau kamu nak selongkar peti sejuk umi ke apa ke, lantak lah!" Maisara berseloroh pulak membuatkan yang lain ketawa.
Maya tersenyum senang. Sebenarnya dia agak risau jugak dengan penerimaan mertuanya. Maklumlah, mereka berkahwin kerana dipaksa ayahnya. Cakap saja dipaksa tapi dalam hati memang Maya rela.
"Abah mana umi?" Muhammad bertanya setelah menyedari ketiadaan abahnya.
"Abah kamu apa lagi, tu ke kebun dia tu." Maisara menjawab acuh tidak acuh.
"Kalau macam tu Mad nak ke kebun lah. Nak panggil abah kejap. Mad dengan Maya dah nak bertolak petang nanti. Esok dah nak kerja dah." Muhammad memberitahu Maisara sebelum berdiri.
Membuntang mata Maisara mendengar penyataan Mad.
"Nanti dulu!" Maisara berkata lalu menarik Muhammad untuk duduk di atas sofa semula.
"Nak balik dah? Kan baru semalam menikahnya. Harini dah balik? Esok nak kerja pulak? Pengantin apa kamu berdua ni? Tak nak cuti dulu ke? Cuti lah dulu, boleh bagi umi cucu tahun depan!" Panjang lebar ceramah diberikan. Sempat lagi menyelitkan usikkan. Usikkan yang diharap menjadi kenyataan...
Merona merah wajah Maya.
"E-er umi! M-Maya dengan abang nak puaskan hati dating dating berdua dulu sebelum ada anak. Kan abang?" Maya berkata lalu dia memandang ke arah Muhammad yang sudah masam mencuka, tidak senang dengan apa yang dikatakan oleh Maya namun reaksi wajah sedaya upaya dikawal.
Muhammad memberikan senyuman tawar sebagai jawapan.
"Umi, Mad nak panggil ayah kejap. Umi jaga lah isteri Mad ni ya?" Muhammad berkata pulak, tidak membalas apa yang dikatakan oleh Maya sebelum beredar meninggalkan Maya dan Maisara di ruang tamu itu.
Wajah Maya mempamerkan riak bersalah. Dia tidak ingin memberikan harapan pada mertuanya itu jadi baginya biarlah dia berterus-terang dari awal-awal lagi.
Maisara menghantar Muhammad keluar rumah dengan pandangannya. Setelah Muhammad keluar, barulah pandangan matanya ditujukan pada Maya. Tangan Maya digapai dan dipegang erat.
"Terima kasih sudi terima Mad sebagai suami Maya. Umi bersyukur sangat yang Maya sudi terima Mad. Umi tau Maya budak baik. Kalau ada apa-apa masalah, bincang elok-elok ya? Dalam rumah tangga ni kena saling bertolak ansur. Semua yang Maya nak buat kena bagitau suami dulu." Maisara memberitahu Maya seraya itu dia tersenyum memandang Maya.
Maya membalas senyuman itu perlahan, matanya bergenang dengan air mata. Maya terharu dengan kata-kata ibu mertuanya.
"Dah dah! Jangan nangis lah! Nanti umi nangis sekali macam mana? Umi nangis siapa nak lap kan?" Maisara berkata pulak, bergurau.
"Kalau umi nangis, abah lah lapkan air mata umi tu. Pastu abah lah yang pujuk umi." Maya menjawab, mengusik ibu mertuanya.
Maisara ketawa terbahak-bahak. Menantunya itu nampak saja seperti pendiam tapi kalau sudah kenal, boleh tahan jugak ya?
"Nak tengok gambar Mad tak waktu dulu? Mesti Mad tak cerita kan? Umi tau sangat dengan perangai anak umi sorang tu." Kata Maisara pada Maya pula setelah beberapa ketika bergurau senda.
Muhammad dan abahnya juga belum pulang dari kebun. Katanya nak memanggil abahnya pulang tapi ni dah lebih 20 minit dah dia menghilang.
"Umi, kenapa abang Mad tu tak suka cakap pasal diri dia ya? Padahal kalau dengan dia, mulut dia tu pot pet pot pet je." Maya bertanya, rasa ingin tahu membuak-buak.
"Maya betul tak kenal Mad tu?" Maisara bertanya kepada Maya.
"Betul umi... Maya tak kenal langsung. Macam tak pernah jumpa pun abang Mad tu." Maya menjawab, wajahnya sudah dikerutkan.
"Nampaknya glow up ke makeover ke apa tah yang Mad buat tu berjaya. Sekejap... umi tunjuk gambar Mad dekat Maya. Meh masuk bilik tidur Mad." Maisara mengajak Maya.
Tangan Maya ditarik perlahan dan dipimpin tangannya itu menuju ke bilik tidur Muhammad. Setibanya di dalam bilik, almari besar yang menempatkan baju-baju dituju. Maisara melepaskan pegangan pada tangan Maya sebelum dia menjengketkan kaki ingin mengambil kotak besar di atas almari itu.
Oleh kerana Maya serba salah melihat Maisara yang terjengket-jengket itu, dia pun dengan sukarela menawarkan diri untuk mengambil kotak itu memandangkan Maya lebih tinggi dari Maisara.
"Astaghfirullah al azim. Tu dia kerusi. Tak nampak pulak excited sangat nak expose Mad punya pasal." Maisara beristighfar lalu berkata pada Maya. Ibu mertuanya itu memang up to date sampai expose pun dia tau.
Maya ketawa mengekek mendengar Maisara berkata. Punggung dihenyakkan di atas katil lalu dengan gembiranya dia mengambil album besar di dalam kotak itu. Gayanya seperti baru dapat hadiah hari jadi pulak!
"Wah comelnya!" Maya menjerit kecil, tidak dapat menutup rasa keterujaannya itu apabila melihat gambar seorang bayi lelaki di mukasurat pertama album itu.
"Comel kan?" Maisara memuji anaknya sendiri.
Album dibelek-belek sehingga mata Maya puas menilik Muhammad dari kecil hingga ke sekolah rendah. Maya mengenali budak lelaki yang ada di dalam album itu. Kawan abang long iaitu abang saudaranya, Khairul!
"Maya kenal abang! Maya ada perasan jugak mana pergi abang ni dulu. Rupanya dekat je dengan Maya dan sekarang dah jadi suami Maya dah pun." Maya berkata, tidak percaya.
Melopong kecil mulutnya melihat Muhammad yang dulu itu. Sangat lain dari yang sekarang! Jika dulu Muhammad berbadan agak berisi, sekarang sudah sado. Jika dulu kulitnya agak gelap, sekarang sudah lebih cerah. Jika dulu matanya kuyu dan tidak bersinar walaupun Muhammad tersenyum, kini matanya bersinar garang dan makin terserlah ketampanannya dek kerana keceriaan yang dipamerkan.
Maisara tergelak kecil.
"Abang dah lain ya? No wonder Maya tak cam langsung!" Maya berkata pada Maisara.
Maisara mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Sebab jatuh cinta lah dia sanggup buat semua tu. Dia pernah suka satu budak ni... budak dalam kampung ni juga lah." Maisara berkata, mengusik Maya kerana budak perempuan yang dimaksudkan ialah Maya.
Maya yang tidak memahami usikkan itu sedikit terasa. Besarnya cinta Muhammad untuk budak perempuan tu sampai sanggup kuruskan badan dan berubah secara drastik macam ni?
Maya mengawal reaksi muka dan melemparkan senyuman tawar untuk Maisara. Maisara tidak mengesyaki apa-apa.
"Bertuahnya budak tu ya?" Maya berkata kepada Maisara dengan senyuman kecil, nada suaranya meleret.
—
Nota:
Hi. Maaf kalau bab ni agak mengarut ke agak apa ke HAHAHAHA bab ni sekedar nak bagitau Muhammad tu se pot pet pot pet nya dia, dia tu kuat simpah rahsia jugak 😭. Takpe lah gais. Gais HAHAHA apa ni mija nak start uni tapi orientasi pun online, sem 1 online HAHAHAHA ADUHH 🥵
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top