Bab 19
Panggilan telefon yang diangkatnya tadi membuatkannya lutut Maya lemah. Tidak dia menyangka yang perkara seperti itu akan terjadi kepada teman baiknya sendiri. Maya melabuhkan punggungnya di atas sofa rumahnya itu, matanya tidak bekerdip langsung dek kerana berita yang disampaikan oleh orang tua Nisa.
"Maya... auntie... auntie t-tak kuat. Nisa... Nisa... d-dia accident...." Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di dalam mindanya.
Perlahan-lahan air matanya mengalir jua ke pipi. Esakkan kecil mula terbit dari bibir Maya. Hatinya dihurung perasaan sedih yang perlahan-lahan menyesakkan dada membuatkan dia sukar untuk bernafas dengan baik.
Maya mengesat air matanya dan esakkan cuba untuk ditahan. Dia perlu kuat! Dia perlu ada bersama Nisa disaat-saat seperti ini. Maya berdiri lalu belum sempat dia berjalan selangkah, dia melurut jatuh ke lantai. Empangan air mata yang cuba ditahan tadi pecah jua.
"Aku tak boleh macam ni. Aku nak jumpa Nisa." Maya berkata pada dirinya sendiri dengan esak tangis yang masih bersisa.
Namun sekuat mana pun dia menahan air matanya, akhirnya air matanya mengalir juga ke pipi. Dikesat-kesat kasar wajahnya itu bagi mengelap air mata yang bercucuran ke pipi tapi semua adalah sia-sia. Semakin dia mengesat air matanya, semakin deras pula air matanya mengalir. Pandang mata Maya juga sudah mula kabur dek kerana air mata yang bergenang di kolam matanya dan tidak putus-putus membahasahi pipinya. Maya hanya mampu duduk di atas lantai sambil menangis. Tidak tahu ingin berbuat apa.
Pada ketika itu, hanya dia sahaja yang ada di dalam rumah. Abhar yang tinggal dengannya itu sudah keluar dari rumah sejak semalam dan belum pulang hingga ke petang. Maya pun tidak ingin terlalu mendesak Abhar kerana tahu dengan sikapnya.
Maya menangis lagi. Dipukul-pukul dadanya yang sakit itu.
Abhar bersiul-siul dalam perjalanan naik ke apartment milik Maya. Dia gembira setelah apa yang telah dilakukan beberapa hari ini. Dia gembira berada di ibu kota besar sebegini tanpa dikongkong oleh ayah dan ibunya. Ahbar bebas melakukan apa saja yang dia inginkan tanpa perlu mendengar bebelan ibunya dan ayahnya.
Abhar membuka pintu rumah menggunakan kunci yang diberikan oleh Maya kepadanya semalam. Kedengaran esak tangis seseorang dari dalam rumah. Pada mulanya Abhar terkejut malahan sedikit takut. Takut jika suara yang didengar bukanlah suara manusia memandangkan sekarang ini hampir waktu maghrib.
Abhar berjalan perlahan-lahan menuju ke punca tangisan itu iaitu di ruang tamu. Terkejut Abhar apabila melihat kakaknya terduduk di lantai sambil menangis itu. Dengan rambutnya yang serabai, siapa-siapa pun yang melihat pasti akan terkejut. Nasiblah rambut kakaknya tidak terlalu panjang dan kakaknya tidak mengenakan baju berwarna putih kalau tidak mungkin sudah pengsan Abhar.
Terbit juga rasa kasihan apabila melihat kakaknya yang menangis teresak-esak itu. Perasaan bersalah mula menyentakkan tangkai hatinya apabila dia teringat tentang apa yang ingin dilakukannya kepada kakanya sendiri. Namun cepat-cepat dia menguburkan rasa bersalah dan dendamnya mula menguasai diri semula.
Abhar menerpa ke arah Maya lalu dia duduk melutut di sebelah Maya.
Maya yang tersedar dengan kehadiran Abhar itu terus mengangkat mukanya dari memandang lantai. Kedua tanggannya serta-merta merangkul erat tubuh Abhar yang ada dihadapannya kini dan dihamburkan tangisannya pada dada Abhar.
"Har..." Maya berkata perlahan.
Abhar yang terkejut tidak tahu hendak berbuat apa. Sekali lagi perasaan bersalah mula terbit di dalam hatinya.
"Kakak tak kuat..." Maya berkata pada Abhar, tangisannya masih kedengaran.
Abhar yang mula kesian itu mengangkat tangannya lalu diletakkan di belakang badan Maya. Abhar mengusap belakang badan Maya bagi menenangkan Maya. Abhar tidak mampu berkata apa-apa. Perlahan-lahan esakkan Maya mula reda dan tidak kedengaran lagi. Rangkulan pada tubuh Abhar juga tidak seerat tadi.
Abhar memandang ke arah wajah Maya yang terlentok di bahu kanannya. Tersentak Abhar apabila melihat yang kakaknya sudah tertidur atau mungkin pengsan. Terbit rasa prihatin dalam diri Abhar.
Abhar mengeluh perlahan. Abhar mengangkat tubuh kakaknya dan dibawa ke dalam bilik kakanya itu. Abhar meletakkan kakaknya di atas katil miliknya. Diselimutkan tubuh kakaknya yang terdedah pada angin sejuk dari penghawa dingin. Rambut kakaknya yang menutup wajahnya dibetulkan seketika.
Abhar duduk di atas katil Maya dan dia memandang wajah kakaknya yang polos itu. Abhar mendengus.
'Sekarang bukan masanya nak kesiankan dia Abhar!' Abhar berkata pada dirinya sendiri di dalam hati.
'Ingat apa yang dia dah buat Abhar! Dia dah buat ibu tampar kau dan tak sudah-sudah nak bandingkan kau dengan dia!' Sambungnya lagi di dalam hati.
Abhar menggepal penumbuknya. Perasaan kesian dan bersalah yang dirasakan tadi mula pudar perlahan-lahan digantikan dengan api kemarahan dan kebencian buat kakaknya sendiri. Abhar memandang wajah kakaknya dengan meluat. Yang bermain-main difikirannya cuma dendam dan dendam. Dia perlu membalas dendam pada kakaknya agar hatinya puas dan hatinya tidak sakit.
'Ingat Abhar. Dia ni lah yang tak sudah-sudah mendapat perhatian dari ayah kau sampai kau sendiri tersisih. Tak cukup dengan itu, dia nak mengemis kasih dan sayang dari ibu kau pulak? Tak boleh jadi Abhar!' Dia berkata lagi dalam hati.
Perlahan-lahan fikirannya melayang ke memori lama yang tersemat di dalam mindanya dan tidak mungkin akan dilupakannya.
'Hah? Tangan Maya patah?' Kedengaran suara ayahnya menerjah telinga. Mengucap panjang ayahnya.
Ibunya yang sedang mengelap dahinya dengan tuala basah terhenti.
'Apa bang? Maya kenapa tu bang?' Suara ibunya pula berkata dengan risau.
Abhar membuka matanya yang berat itu. Kepalanya berdenyut-denyut dan badannya juga sakit-sakit. Abhar dapat melihat ibunya dan ayahnya bercakap-cakap. Tekaknya terasa haus, dia ingin memanggil ibunya supaya dia boleh meminum air namun hampa, ibunya dan ayahnya malah keluar dari bilik dan membiarkannya sendiri di dalam bilik.
Abhar menutup matanya perlahan. Air matanya akhirnya mengalir jua ke pipi. Sakit hatinya apabila diabaikan tambahan pula dengan keadaannya yang sedang demam itu. Dia merasakan dirinya tidak berguna dan lemah.
Abhar mendengus perlahan lalu dia berdiri dari katil Maya tanpa memandang wajah Maya. Abhar tidak mahu merasa tidak berguna lagi. Dia akan melakukan apa saja agar dendamnya pada Maya dapat terbalas.
Abhar keluar dari bilik milik Maya itu. Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluarnya lalu nombor seseorang didail. Setelah beberapa deringan, panggilan dijawab.
"Hello bang. Aku ada cadangan. Kita jumpa malam nanti." Kata Abhar pada lelaki yang berada di hujung talian itu. Bibirnya mengorak senyuman sinis.
Abhar akan memastikan Maya tidak lagi menjadi anak kesayangan ayahnya dan dia akan memastikan kasih sayang ibunya juga tidak akan beralih pada Maya.
—
Nota:
Okeh double update done! Enjoy everyone hehe! Thank you sudi baca!💗💗💗
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top