Bab 16

Khairul memandang pasangan yang dilihat masuk ke dalam hotel lima bintang itu dengan pandangan penuh kebencian. Sakit hatinya melihat orang yang sudah lama diminati keluar berdua dengan lelaki lain, bergelak ketawa bersama. Khairul menggepal penumbuknya lalu mendengus kasar. Terbantut niatnya untuk memasuki pusat membeli belah yang berdekatan.

Dia mengikuti Maya dan lelaki yang amat dikenalinya itu masuk ke dalam hotel. Telefon bimbit dikeluarkan dan ditangkap gambar-gambar mereka. Makin panas hati Khairul apabila melihat yang Maya seolah-0lah merelakan Muhammad menyentuhnya sesuka hati. Ditangkap lagi beberapa keping gambar mereka dan dihantar kepada Abhar.

'Macam ni perangai kau perempuan sundal! Tak balik kampung rupanya ni yang kau buat. Aku mesej pun kau jarang nak balas. Dengan lelaki ni boleh pegang tangan berpelukan semua ya?' Segala makian dihamburkan di dalam hati buat Maya yang sudah lama mengisi hatinya itu.

Wajahnya memerah menahan amarah. Tidak cukup dengan itu, Khairul menghantar gambar-gambar tersebut pada Mak Ngahnya iaitu ibu kepada Maya, Aliyah.

Khairul mendengus kasar lalu dia berlalu pergi meninggalkan hotel itu setelah pasangan itu hilang dari pandangan matanya.

🦁🦁🦁

"Maya!" Muhammad terjerit kecil apabila Maya hampir saja terjatuh apabila berjalan di sebelahnya. Nasib dia sempat memaut pinggang Maya.

Dilepaskan pautan pada pinggang Maya dan Muhammad memandang Maya dengan pandangan penuh prihatin.

"Awak okey ke? Tu lah degil nak pakai high heels. Pakai flats pun boleh tau." Muhammad berkata pada Maya dengan geram hati. Bukan kenapa, hampir tercabut jantungnya daripada dada apabila melihat Maya yang tidak stabil dan hampir jatuh itu. Mujur dia sempat menyambut Maya kalau tidak mungkin Maya sudah jatuh tersembam di atas lantai marmar  persis seperti durian yang jatuh di dusun abahnya.

"Saya okey lah." Maya berkata lalu dia ketawa kecil. Entah apa yang lawaknya. Mungkin lucu melihat wajah Muhammad yang cuak.

"Lain kali kalau keluar dengan saya tak payah pakai high heels lah. Dah cukup tinggi dah awak. Macam galah dah ni." Muhammad menasihati lagi.

Wajah Maya cemberut. Tidak suka apabila dilarang membuat apa yang dia suka.

"Kasut ni orang beli sendiri, suka hati orang lah nak pakai ke nak jual ke." Maya memandang ke arah lain sambil berpeluk tubuh. Sakit hati mendengar Muhammad yang sudah mula membebel.

"Orang orang macam takde nama." Muhammad menggelengkan kepalanya, tidak suka apabila Maya menggunakan panggilan tersebut.

Maya mendengus kasar lalu meninggalkan Muhammad. Maya mengorak langkah laju menuju restoran yang terdapat di dalam hotel itu. Dia sudah lapar. Ditambah lagi dengan sakit hati mendengar Muhammad membebel itu, lebih baik dia makan.

"Sayang! Tunggu lah!" Pinta Muhammad apabila Maya berlalu pergi meninggalkannya. 

Sekali lagi Muhammad menggelengkan kepala.

Setibanya mereka di dalam restoran, pelayan menujukkan mereka ke meja yang siap sedia ditempah oleh Muhammad. Muhammad menarik kerusi untuk Maya sebelum sempat Maya memegang kerusinya itu. Maya hanya menurut, tidak ingin memalukan Muhammad di khalayak ramai walaupun hatinya sedikit sakit dengan Muhammad yang dirasakan sudah mula berani mengongkongnya ini.

Muhammad tersenyum kecil. Tahulah dia yang Maya sedang marah dengannya. Mengenali Maya beberapa bulan kebelakangan ini membuat dia cukup masak dengan perangai Maya yang satu ini. Tapi perangai Maya yang satu ini juga membuatkan hatinya terpaut. Dia suka Maya yang independent itu, membuatkan Muhammad ingin memberikan semuanya untuk Maya.

Maya hanya mendiamkan diri sambil melihat menu yang diletakkan di atas meja itu walhal sebenarnya Muhammad sudah sedia memesan makanan buat mereka.

Maya mencuba untuk mengawal riak wajah agar tidak mempamerkan rasa terkejutnya melihat harga makanan yang ada di dalam menu. Ditenung menu itu dengan tajam seperti berharap harga makanan akan kurang. Rasa menyesal mula terbit dalam diri kerana bersetuju untuk makan malam di restoran mahal ini bersama Muhammad.

"Kenapa? Nak tukar pesanan ke? Atau awak nak tambah lagi? Saya tolong panggil pelayan tadi kalau nak." Muhammad berkata pada Maya, ingin memecahkan suasana yang sunyi itu.

"Err... tak lah. Saya tengok je." Maya berkata pada Muhammad dengan perlahan. Nadanya sudah tidak tinggi seperti tadi menandakan yang Maya mungkin sudah tidak marah lagi.

"Oh... ingatkan nak tambah lagi. Tenung menu macam nak tembus je saya tengok." Muhammad berseloroh pula.

"Mana ada!" Maya menafikan. Mukanya sudah berubah warna apabila diusik sebegitu oleh Muhammad.

Sementara menunggu makanan sampai, Muhammad pun bercerita tentang apa yang terjadi di klinik pada siang tadi.

"Waktu nak inject kucing tu kan boleh pulak owner dia cabut lari sebab takut jarum. Saya nak inject saya jugak nak kena pegang?" Muhammad bercerita, masih bersisa lagi rasa sakit hatinya kerana ditinggalkan terkontang-kanting di bilik rawatan dengan kucing yang garang. Nasib baik ada pembantu yang cepat-cepat memegang kucing tersebut agar Muhammad dapat memberikan vaksin untuknya.

Maya ketawa kecil mendengar cerita Muhammad itu. Muhammad sentiasa saja menghiburkan hatinya.

"Lepastu kan harini Katrina bawa makanan untuk saya. Katanya dia sendiri masak. Sedap sangat sampai sekarang saya masih boleh ingat rasa nasi lemak sambal sotong yang dia masak tu...." Meleret suara Muhammad apabila terkenangkan makanan yang dimakannya siang tadi.

Senyuman yang sedari tadi menghiasi bibir Maya serta merta hilang. Sering saja nama Katrina itu keluar dari mulut Muhammad. Sehingga kini dia masih tertanya-tanya siapakah gerangan Katrina itu. Acap kali juga hatinya dihurung perasaan cemburu apabila mendengar Muhammad bercerita tentang Katrina. Katrina itu lah, Katrina ini lah. Menyampah!

Sedang Muhammad bercerita, tiba-tiba Maya mencelah.

"Siapa Katrina?" Maya bertanya dengan dingin bak salji. Wajahnya jangan cakaplah, memang tegang sekali.

"Katrina lah. Kan saya selalu cerita pasal Katrina. Dia kan doktor veterinar yang kerja dekat klinik tu sekaligus rakan kongsi saya. Dia lah yang punya klinik tu pada mulanya lepastu dia ajak saya sekali jadi rakan kongsi." Diulang lagi ceritanya itu. Dahi Muhammad berkerut seribu, pelik dengan soalan Maya.

"Saya tau lah dia siapa. Saya nak tau dia siapa... untuk awak..." Geram juga hati Maya apabila Muhammad tidak memahami soalannya.

"Kan dah cakap. Doktor, kawan..." Penjelasan Muhammad dipotong oleh Maya.

"Awak ni! Tak payah lah jawab, takpe lah. Anggap saja lah saya tak cakap apa-apa." Masam mencuka wajah Maya apabila Muhammad tidak memahami maksudnya.

Muhammad tidak membalas dan memandang wajah Maya seketika. Tiba-tiba dia mengerti apa yang hendak ditanya oleh Maya. Hilang kerutan di dahi dan bibirnya menguntumkan senyuman.

"Awak jeles kan?" Muhammad bertanya dengan sengihan sambil memandang Maya yang melihat telefon bimbitnya itu, berpura-pura seperti tiada apa-apa terjadi padahal perasaan cemburu sedang mencengkam dada membuatkan dia susah untuk bernafas.

"Mana ada! Saya tanya je dia siapa..." Maya menafikan kenyataan Muhammad itu. Kepala digelengkan.

"Tak baik tipu tipu ni...." Muhammad mengusik.

"Mana ada saya cemburu dengan dia tu... saya kan...." Terhenti Maya dari bercakap dengan lebih lanjut.

Sampai sekarang mereka tidak pasti apa hubungan mereka ini. Yang pentingnya, mereka lebih dari kawan.

"Awak apa?" Tanya Muhammad, ingin tahu juga apa tanggapan Maya tentang hubungan mereka. Selama ini Muhammad cuba untuk tidak mendesak Maya kerana ingin memberikan Maya ruang.

"Saya... saya... kekasih awak?" Maya menyoal Muhammad pula dengan ragu-ragu. Malu juga dia jika Muhammad hanya menganggapnya sebagai kawan biasa.

Muhammad tersenyum lebar.

"Awak bukan saja kekasih saya tapi awak juga bulan dan bintang saya, awak udara yang saya hirup untuk bernafas, awak matahari yang menyinari hidup saya sekaligus memberikan kehangatan, awak jiwa saya dan awak nyawa saya. Yang penting, awak bakal isteri saya dan bakal ibu kepada anak-anak kita." Dengan panjang lebar Muhammad menjawab, senyuman sentiasa ada di bibirnya yang merah tanda tidak merokok itu.

Kata-kata yang keluar dari bibir Muhammad kedengaran begitu romantis sekali. Ditambah lagi dengan suasana di dalam restoran ini membuatkan segalanya seperti di dalam mimpi. Tidak pernah Maya merasakan seperti berada diawang-awangan setelah mendengarkan orang berkata-kata. Maya terasa seperti ada bunga-bungaan yang sedang tumbuh di dalam taman hatinya. Terasa seperti beribu bahkan berjuta rama-rama sedang berterbangan di dalam dadanya.

"Saya... saya... tak tau nak cakap apa Mad. Saya... saya...." Maya menjawab, suaranya terketar-ketar menahan sebak di dalam dada.

Sebenarnya dia terharu dengan apa yang telah dikatakan oleh Muhammad. Ingin saja dia menerima Muhammad sepenuh hati tapi jauh di sudut hatinya yang dalam, masih tersimpan benih keraguan.

Muhammad memandang Maya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir namun dia tetap tersenyum.

"Saya maksudkan apa yang saya cakap tempoh hari. Saya sanggup tunggu sampai bila-bila, sampai awak sedia untuk terima saya kerana saya sayangkan awak dan saya cintakan awak sepenuh hati saya." Hanya itu yang dibalas oleh Muhammad, membuatkan Maya merasa bersalah.

Namun dibalas jua pandangan Muhammad dan dia melemparkan senyuman walaupun air mata yang bergenang sudah mula membasahi pipi. Anggukkan kecil diberikan kepada Muhammad membuatkan Muhammad tersentak seketika sebelum melemparkan senyuman yang besar kepada Maya.


Nota:
Hello. Hi. Tak tau nak cakap apa. But enjoy hehe. Okeh okeh tak lama lagi nak sampai prolog hehe saya eksaited. Thank you yang sudi baca!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top