Bab 15

"Ibu dengan ayah percaya sangat lah dengan kakak tu. Mana kita tau dia buat apa dekat KL sana. Entah-entah dia tu sama je macam anak Mak Cik Senah yang jual badan tu. Jantan keliling pinggang, ke hulu ke hilir bersama hujungnya bawa masuk bilik. Entah-entah dia tak demam pun bu. Sengaja mengelat tak nak balik lah tu jumpa ayah dengan ibu sebab nak berfoya-foya dengan boyfriend." Abhar sudah mula membebel tidak puas hati apabila ibunya membuka cerita tentang Maya di meja makan.

Ahmad dan Aliyah saling berpandangan. Sama sekali tidak hairan dengan apa yang dikatakan Abhar. Abhar sering kali mencari kesalahan kakaknya sendiri. Hanya kerana Maya tidak pulang tempoh hari, dia menuduh kakaknya yang bukan-bukan.

"Sudah Abhar. Kamu ni nak membawang je kerja. Membawang mengalahkan mak cik-mak cik kat warung tu. Sudah! Jangan fitnah kakak kamu. Dia tu kakak kamu, bukan orang lain. Lagipun kamu takde bukti. Kita hidup ni kena bersangka baik." Ahmad menegur anak lelakinya itu, tidak senang apabila anak perempuannya diperkatakan sebegitu.

"Alah! Ibu dengan ayah ni Abhar dah cakap, ibu dengan ayah tak nak percaya pulak." Abhar mendengus kasar sebelum berlalu pergi meninggalkan meja makan.

Aliyah dan Ahmad yang memandang itu hanya menggelengkan kepala. Sudah masak dengan perangai Abhar yang satu itu. Pantang ditegur sedikit!

"Hah tengok lah anak awak tu. Perangai tak semenggah. Tak boleh ditegur sikit. Sekarang ni, kakak sendiri pun dia nak fitnah. Nak kerja pulak memilih, sekarang duduk dekat rumah saja lah kalau memilih sangat. Manja sangat haaa macam tu lah jadinya." Ahmad menggelengkan kepalanya kesal.

Aliyah hanya mendiamkan diri. Hendak menyesal sudah tiada guna. Memang salahnya juga kerana terlampau memanjakan anak lelakinya sehingga menjadi seperti ini. Betullah kata pepatah, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Setelah mereka habis bersarapan, kedengaran suara orang memberi salam dari luar rumah. Aliyah yang sedang membersihkan dapur itu segera berlari ke dalam bilik untuk mendapatkan tudung sementara suaminya membuka pintu.

"Lah... kau rupanya Mai. Ingatkan siapa tadi." Aliyah berkata sebaik sahaja ternampak kelibat Maisara yang sedang duduk di sofa empuk ruang tamunya itu. Dulang yang berisi seteko teh panas dan beberapa cawan kaca serta sepinggan kecil kueh seri muka diletakkan di atas meja kopi.

"Haah... ni aku nak bincang pasal anak kita ni. Jadi macam mana ni? Anak aku cakap Maya tu belum bersedia lagi nak kawin. Dia ada cakap apa-apa tak dekat kau?" Maisara bertanya pada Aliyah tanpa membuang masa.

Aliyah mempamerkan riak tidak senang duduk.

"Kau tau kan Maya tu terlalu berahsia. Sampai sekarang dia tak cakap pun dia berkawan dengan Mad tu. Nak bincang pasal kawin? Memang tak lah." Aliyah bercakap dengan nada sedikit kesal.

"Kita pergi melawat anak-anak kita nak? Abang, boleh kan kalau kita pergi melawat Mad hujung minggu depan? Kita bertolak sekali dengan Ahmad dan Aliyah ni." Maisara bertanya pada suaminya yang sedari tadi bercerita dengan Ahmad, malas hendak mencampuri urusan mak-mak.

"Apa saja pun boleh kalau untuk awak, sayang." Harith berkata pada Maisara dengan manis sekali. Muhammad lah yang mewarisi mulut manis Harith ini.

"Abang ni...." Maisara memukul lengan Harith dengan manja. Pipinya sudah merona merah. Sampai tua pun masih malu-malu lagi?

Mereka semua yang ada di situ cuma ketawa melihat gelagat Maisara yang malu-malu kucing.

🦁🦁🦁

Kerja yang sedang dibuat di komputer riba terhenti apabila ada getaran pada telefon bimbitnya menandakan ada yang menelefonnya. Telefon diangkat tanpa melihat siapa yang menghubungi.

"Hello? Awak kat mana ni? Saya dah lama sampai ni." Kedengaran suara Mad berkata dari hujung talian.

"Saya dah nak turun ni. Awak tunggu kejap ya? Sorry tau!" Maya berbohong kepada Muhammad dengan rasa bersalah yang menggunung. Sebenarnya sejak Maya pulang dari hospital, Muhammad menjadi pemandu Maya kemana saja dia pergi.

Maya memandang ke arah jam besar yang terletak elok di dinding berhadapan dengan cubicle nya. Membulat matanya apabila melihat sudah hampir pukul 6 petang. Pasti Muhammad sudah lama menunggu!Cepat-cepat dia mengemas barangnya. Komputer riba ditutup lalu dimasukkan ke dalam beg komputer. Dokumen-dokumen penting juga dimasukkan ke dalam fail miliknya dan dibawa bersama.

Setibanya di hadapan bangunan ofis, Maya terus mengorak langkah menuju ke arah kereta Muhammad yang elok tersadai berhampiran pintu masuk bangunan tempatnya bekerja itu. Pintu kereta dibuka dan Maya memboloskan dirinya ke dalam kereta dengan perasaan serba salah.

"Sorry! Sorry!" Kata-kata maaf tidak putus-putus diucapkan buat Muhammad seraya masuk ke dalam kereta.

Muhammad yang berwajah cemberut hanya mendiamkan diri seketika lalu kereta yang dipandu pun bergerak membelah jalan setelah memastikan Maya sudah memakai tali pinggang keselamatan. Terasa juga hati Muhammad apabila Maya selalu saja lewat untuk pulang dan sentiasa membuat dia tertunggu-tunggu, seolah-olah seperti dirinya tidak dihargai oleh Maya. Terdetik dalam hati juga yang hubungan ini hanya bertepuk sebelah tangan. Ingin dia bertanya apakah status hubungan mereka namun dia takut jika itu akan membuatkan Maya pergi meninggalkannya. Semenjak Maya pulang dari hospital, dia tidak pernah membangkitkan isu kahwin atau isu hubungan mereka.

"Mad...." Suara Maya meleret. Pasti Muhammad sedang merajuk. Maya tidak tahu bagaimana ingin memujuk.

Maya sudah tidak keruan. Muhammad hanya diam membisu dan itu bukanlah Muhammad. Muhammad orangnya ceria dan pasti ada saja yang ingin diceritakannya. Lain dengan Maya yang lebih selesa menjadi pendengar. Maya membetulkan posisi duduknya. Sekejap punggung digerakkan ke kanan, sekejap ke kiri. Dia tidak senang duduk. Dirasakan atmosfera di dalam kereta sangat tegang sekali bagi Maya.

"Muhammad... saya mintak maaf." Suara Maya kedengaran di dalam kereta yang sunyi itu.

Perkataan maafnya tidak dibalas dah hanya dibiarkan sepi oleh Muhammad.

"Saya mana reti nak pujuk..." Kecil saja suara Maya namun masih dapat didengar dengan jelas oleh Muhammad. Maya mencebikkan mukanya.

Muhammad ingin ketawa terbahak-bahak namun ditahan dan reaksi mukanya juga dikawal. Dia ingin menguji Maya. Muhammad membuka radio seolah-olah tidak ingin bercakap dengan Maya. Muhammad memandang seketika Maya yang sudah menekur ke arah lantai itu.

Muhammad tersenyum. Maya nampaknya begitu kesal dengan apa yang telah dilakukan. Tiba-tiba, Maya menjerit menyentakkan Muhammad yang sedang elok memandu. Nasib lah tidak banyak kereta dan dia tidak memandu dengan had laju.

"Mad! Mad! Berhenti sini kejap!" Pinta Maya pada Muhammad yang kebingungan. Jari runcing Maya juga menunjuk-nunjuk ke hadapan. Perangai Maya persis seperti anak kecil yang nampak kedai mainan.

Diturutkan saja Maya dan diberhentikan kereta dihadapan kedai serbaneka 7-Eleven itu. Maya terus saja keluar dari kereta dan berlari anak memasuki kedai. Muhammad setia menanti Maya. Setelah beberapa ketika, Maya keluar dari kedai dan terus saja masuk ke dalam kereta, ditangannya terdapat plastik 7-E.

Muhammad memandang Maya dengan kerutan. Ingin bertanya apa yang dibeli Maya tapi Muhammad masih ingin menyeksa Maya seketika dengan tidak bercakap dengannya. Muhammad memalingkan wajah lalu tumpuan diberikan pada pemanduan.

Mereka tiba di perkarangan apartment tempat tinggal Maya. Muhammad tidak menunjukkan tanda-tanda ingin membuka pintu untuk Maya, tidak seperti biasanya. Malahan, lelaki itu sedang leka bermain dengan telefon bimbitnya! Entah apa yang sedang dilihat sehingga membuatkan dia tersengih-sengih. Maya memandang Muhammad dengan wajah cemberut.

"Mad...." Maya menyeru nama Muhammad dengan meleret.

"Hmmmmm...." Hanya itu dibalas oleh Mad, pura-pura sibuk dengan telefon bimbit. Tersengih-sengih memandang telefon bimbit, menguji sejauh mana Maya akan memujuknya. Manga, iaitu komik jepun, yang dibuka di laman web itu tidak dibaca pun dan hanya menjadi sekedar prop yang digunakan untuk memberi pelajaran pada Maya.

"Pandang sini lah...." Maya mula merengek, sakit hati jugak apabila dia tidak dilayan oleh pujaan hati. Agaknya begini lah kot yang dirasakan oleh Muhammad.

"Ye sayang, my intan payung, my jantung, my love, my baby?" Segala macam panggilan keluar dari mulut Muhammad seolah mengejek Maya.

Merona merah pipi Maya yang mendengar. Masam saja wajahnya. Dia memeluk diri dan memandang Muhammad dengan pandangan marah.

"Apa sayang? Kenapa?" Muhammad berkata lagi dengan serius pula.

Maya memuncungkan bibirnya dan membuat muka kesian. Dipandang Muhammad dengan pandangan yang redup. Muhammad membalas pandangan Maya. Mata Maya mula berkaca.

"Tolong jangan merajuk. Saya susah hati..." Maya meminta pada Muhammad, bibirnya sudah bergetar.

Muhammad sudah mula cuak apabila mata Maya sudah bergenang dengan air mata.

Maya membuka begnya lalu mengeluarkan satu bar coklat Cadbury besar dan sepaket Reese's Peanut Butter Cups dan menghulurkannya pada Muhammad. Coklat-coklat tersebut bertukar tangan.

Tersentuh hati Muhammad apabila Maya mencuba untuk memujuknya dengan coklat-coklat kegemarannya. Masih ingat juga Maya akan coklat-coklat kegemarannya.

"Saya tak reti pujuk kalau awak merajuk." Maya berkata, matanya masih berkaca namun empangan air mata tidak pecah.

"Terima kasih Maya. Saya sangat menghargai coklat yang awak bagi ni." Muhammad berkata pada Maya dengan senyuman sampai ke telinga.

"Tapi, ada syaratnya kalau nak saya maafkan awak!" Muhammad menyambung pembicaraannya dengan sengihan.

Berkerut dahi Maya. Hilang sudah segala perasaan resah yang mencengkam dadanya. Muhammad yang nakal dan ceria sudah kembali.

"You have to go on a date with me! No excuses!"

Nota:

Hello! Okay saya mungkin akan kehabisan poems related dengan cerita ni from thangbalay (my fav poet hehe) dalam masa terdekat sooooo we will see macam mana HAHAHAH maybe saya cari from komalesque (another fav hehe).

Bagi siapa yang tak tau apa Manga tu, Manga tu komik jepun hehe. Siapa yang tengok anime mungkin baca manga sekali so akan tau lah rupa dia. Kalau yang tak tau tu hehe ni saya ada include sekali. 🤪

Manga dibaca dari atas bermula dari sebelah kanan! Manga yang ni dari Tokyo Ghoul: Re hehe. Apa pun, bab ni belum edited jadi mungkin agak rough sedikit, will edit soon! Thank you!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top