Bab 14
Bunyi lonceng rumah yang dibunyikan oleh pengujung memberhentikan Maya dari memotong bawang merah dan bawang putih. Maya mencuci tangan di singki dan dilap seketika tangan yang basah pada apron yang dipakai. Apron dibuka lalu diletakkan di atas kerusi di meja makan.
Maya berlari-lari anak menuju ke pintu. Lonceng berbunyi lagi beberapa kali menandakan pengujung sudah tidak sabar membuatkan Maya mengerutkan dahinya.
'Siapa pulak yang datang?' Maya bermonolog dalam hati sebelum membuka pintu kayu.
Dilihat Muhammad melambai-lambai ke arah Maya, di tangan kirinya pulak terdapat beg kitar semula berwarna hijau.
"Hai! Dah makan ke belum?" Muhammad terus sahaja bertanya pada Maya sebaik saja pintu besi dibuka.
"Belum. Ni tengah nak masak." Maya menjawab dengan lembut namun dalam hati dia merasa was-was. Masih tidak pasti jika ingin membenarkan lelaki ini masuk ke dalam hidupnya.
"Kalau macam tu, jom saya tolong!" Dengan gembiranya Muhammad berkata pada Maya. Kakinya mengorak langkah menuju ke dapur seperti sudah kenal betul dengan rumah itu walhal baru sekali memasukinya.
'Eh! Dia buat macam rumah dia pulak!' Maya mengomel di dalam hatinya, tanda tidak puas hati sambil mengetap bibirnya. Pintu pagar besi segera ditutup namun pintu kayu dibiarkan terbuka agar tidak memimbulkan salah faham.
Setibanya di dapur, mulut Maya melopong melihat Muhammad yang sudah mengenakan apron berwarna merah jambu milik Maya yang bercorak kartun Hello Kitty itu.
"Hey! Tu apron saya!" Maya menjerit kecil menegur Muhammad yang kini sedang menyambung kerjanya memotong bawang.
"Awak duduk je tengok saya masak. Awak jangan risau okay?" Muhammad berkata seraya mengangkat muka memandang wajah Maya. Senyuman menawan diberikan kepada Maya lalu tangan pula diangkat dan diberikan thumbs up kepada Maya.
"Tadi cakap nak tolong sekarang suruh saya duduk pulak? Awak ni kan, cakap tak serupa bikin betul!" Maya mengomel lagi tanda tidak puas hati namun Maya menurut juga dan meletakkan punggung di atas kerusi yang menempatkan apronnya tadi.
Muhammad hanya tergelak memandang Maya. Omelan Maya itu tidak dibalas dan dia hanya menyambung kerjanya.
"Awak reti masak ke? Sedap ke awak masak?" Maya berkata, ingin tahu setelah beberapa minit mereka berdua mendiamkan diri.
"Eh! Awak jangan macam-macam. Ni Muhammad Harun lah! Semua pun boleh. Awak nak saya masak ikan siakap 3 rasa? Nak masak ayam merah? Nasi tomato? Untuk awak, semua boleh!" Muhammad berkata sambil mendabik dada.
Maya hanya membisukan diri. Maya membuka beg kitar semula berwarna hijau milik Muhammad yang diletakkan di atas meja makan itu. Dikeluarkan bekas plastik berisi ayam, beg-beg ziploc mengandungi halia, bawang merah, bawang besar, bawang putih, cili kering, kentang, serai dan beberapa lagi bahan-bahan, dan tidak dilupakan juga segala rempah ratus yang diperlukan. Bahan-bahan tersebut kemudian disusun dan diletakkan di atas meja makan bagi memudahkan lagi kerja Muhammad yang sedang leka memotong bawang.
"Eh eh! Awak duduk je situ!" Muhammad berkata setelah menyedari yang Maya ingin membasuh ayam yang dibawanya itu di singki.
Maya mendengus perlahan.
"Takkan lah saya nak biarkan awak buat semua kerja?" Maya menjawab dengan soalan retorik.
"Yes! Memang saya nak awak biarkan saya buat semua kerja. Kan saya dah cakap nak masak malam ni. Awak kan baru je discharge..." Muhammad membalas pulak dengan nada lembut ingin memujuk Maya agar tidak melakukan kerja rumah.
Pelik. Selalunya lelaki paling susah hendak masuk ke dapur. Lelaki yang satu ini rajin pulak masuk dapur.
"Saya demam je tau semalam. Bukan lumpuh." Maya mengomel pada diri sendiri dengan nada suara kecil.
Maya meletakkan ayam tersebut di singki lalu dia duduk di meja makan. Diikutkan saja kehendak Muhammad yang sudah banyak menolongnya itu.
Maya hanya memerhatikan Muhammad yang sangat lincah di dapur. Dari memotong bawang, mengupas dan memotong kentang dan halia hingga akhirnya, mencuci dan memotong ayam. Lagaknya seperti seorang yang sudah biasa berada di dapur. Ketika menumis bahan masakan, Muhammad jugak kelihatan tidak takut dengan minyak malahan memasak seperti sudah sebati dengan dirinya.
Sekali-sekala, Muhammad akan bertanya di mana segala peralatan untuk memasak. Jika Maya berdiri dari kerusi kerana ingin mengambil peralatan-peralatan tersebut, pasti Muhammad akan menjerit kecil dan menyuruhnya kembali duduk. Maya dilayan seperti seorang puteri.
"Okay! Dah siap!" Muhammad berkata dengan girang setelah menutup api. Dua pinggan seramik diambil lalu dicedokkan nasi dan ayam kari yang selesai dimasak itu ke dalam pinggan mereka.
Muhammad meletakkan pinggan yang berisi ayam kari dan nasi di hadapan Maya. Tidak lupa juga dia mengambil sudu dan garpu serta cawan kaca yang berisi air masak untuknya dan Maya.
"Ni dia, Ayam Kari Istimewa Seistimewa Cintaku Padamu. Selamat menjamu selera Maya ku sayang!" Muhammad berkata pada Maya yang sedari tadi hanya memandang Muhammad itu dengan sengihan.
Maya tergelak mendengar nama yang diberikan kepada juadah yang disediakan oleh Muhammad itu. Muhammad selalu saja mencuit hatinya dengan telatahnya itu.
"Terima kasih Mad..." Maya berkata dengan lirih. Sebenarnya Maya terharu dengan apa yang Muhammad sudah lakukan untuknya.
"Sama sama kasih!" Muhammad menjawab dengan sengihan.
Maya mengambil sudu yang diletakkan di atas meja sebelah pinggannya itu. Diambil sedikit isi ayam kari serta nasi. Sudu diangkat dan dibawa ke mulutnya. Sebelum sempat dia makan, Muhammad terlebih dulu menjerit kecil menyuruhnya berhenti.
"Jangan! Biar saya yang suap." Muhammad berkata.
Ketika ini, Maya sudah mula panas hati. Sedari tadi tidak disuruh melakukan apa-apa membuatkan dia merasa tidak berguna. Kali ini, tidak disuruh pula menyuap makanan sendiri ke mulut.
Sudu diletakkan kembali di atas pinggan. Wajah Maya masam mencuka.
"Awak tau kan saya cuma demam? Saya belum cacat lagi." Maya berkata lagi sekali dengan marah kepada Muhammad. Wajahnya yang cemberut itu dipalingkan memandang ke arah lain selain dari wajah Muhammad.
"Tau. Tapi saya nak suapkan jugak." Muhammad masih berkeras ingin menyuapkan Maya.
"Tak perlu lah! Awak dah masak semua ni saya biarkan. Awak suruh saya duduk tengok awak masak? Okay saya ikut. Tapi sekarang awak nak suap saya makan pulak? Saya dah 25 tahun suap makanan sendiri tau tak? Saya masih boleh lagi makan sendiri. Belum putus lagi tangan saya ni." Maya meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Muhammad, wajahnya masih dipalingkan.
"Maya..." Muhammad memanggil.
Maya hanya diam membisu, tangannya disilangkan ke dada.
"Maya... pandang sini." Muhammad berkata dengan lembut lagi.
Kali ini, Maya mengikut. Dipandang wajah Muhammad yang masih tidak lekang dengan senyuman itu.
"Saya nak layan awak macam tuan puteri sebab awak layak dilayan macam puteri. Saya nak masak untuk awak, nak suapkan awak tu tanda saya sayang awak, saya peduli dengan awak. Saya tahu awak boleh suap makanan sendiri but it doesn't mean you have to. Sebab you have me now. Saya tak boleh spend time dengan awak setiap masa sebab kita tak ada ikatan. Tapi tolong berikan saya peluang untuk buktikan kepada awak yang saya memang ikhlas, saya memang layak untuk mendapat cinta dari awak." Muhammad berkata kepada Maya dengan lembut, berharap Maya memahami apa yang berada di dalam fikirannya.
Maya hanya diam membisu sambil merenung pinggan.
'Saya yang tak layak untuk dapat cinta awak Mad. Cinta awak begitu besar untuk saya.' Maya membalas di dalam hatinya.
—
Nota:
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin semua! Sorry MIA beberapa hari ni hehe. So malam ni seperti yang saya cakap, saya akan update hehe. Enjoy! Tak lama lagi nak arrive part prolog tu hehe. Thank you yang sudi baca! ❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top