Bab 9

Jeritan demi jeritan didengari di gegendang telinga, semua orang awam berpusu melarikan diri dari dicederakan. Satu persatu orang yang tak bersalah menjadi mangsa. Suasana menjadi kosong kerana buntu dengan apa yang perlu dibuat. Pilihan diberikan, berakhir sudah dengan kematian.

"Cepat. Pilih. Tik, tok. Tik, tok." ujar Queen Butterfly A.K.A penjahat dikehendaki oleh Fox Angles. Mata dikalihkan ke arah Khai yang semakin lama seperti mahu tercabut nyawa akibat tergantung dan dicekik kuat. Beralih pula pada Sia yang menangis kesakitan apabila kerusi yang diduduk ditendang dan memukul badannya yang kecil.

Mata dipejam rapat, air liur diteguk walaupun terasa agak pahit buat masa sekarang.

"Baik, aku dah buat pilihan."

Kata-kata Fox Angles membuatkan senyuman Queen Butterfly semakin lebar. Agaknya, siapakah orang yang dia pilih? Hohoho...

"Aku pilih...

Pilihan aku. I chose my way."

Terpempang Queen Butterfly seketika. Tubuh Queen ditolak kuat oleh Fox Angles selepas dia berlari ke arah Queen dan memeluk badannya kuat dan mengangkatnya untuk dihumban dari bumbung!

Bwahahaha! No one can stop me now!

Gangguan visual rama-rama terhasil kepada konco-konconya. Visual rama-rama rosak seperti terkena virus komputer, kepala dipegang akibat kesakitan yang dialami. Bunyi bingit menerjah ke gegendang telinga mereka.

Cekikan di leher Khai dilepaskan kerana gangguan yang baru diberikan oleh Fox Angles. Pemuda yang mencekik Khai tadi, tertunduk sambil menekup kedua telinganya. Terbatuk-batuk Khai dengan nafas yang tak cukup. Telefon milik Queen Butterfly jatuh ke tanah dan pecah bekercai.

Badan ditolak dari bumbung bersama badan sendiri. Tangan berusaha menolak kuat badan Queen dari memeluk kuat dirinya. Saat badan mereka terlerai, Fox Angles mengeluarkan cakeranya dan baling ke arah tiang lampu.

Tali cakera dililit di tiang dan badannya bergayut di situ. Queen Butterfly pula berjaya menyelamatkan dirinya dengan menggunakan sayap berbentuk rama-ramanya.

Cis! Melepas!

Fox Angles terus berlari ke arah Khai yang sedang terkulai lemah menahan perit di lehernya yang sudah tinggalkan bekas parut kecil. Terbatuk-batuk Khai, inilah kali pertama dirinya dicekik kuat sebegini. Abangnya sendiri pun tidak cekik sekuat ni, aku rasa boleh mati tadi.

Ok, aku mengaku aku pernah kena cekik dengan abang sendiri. Hanya semata-mata nak rebut ais krim, itu pun waktu kami usia sekolah menengah.

"Kau ok tak ni, Tiger Warrior?" tanya Fox Angles risau. Anggukan diberikan kepada akak Fox kita ni. Deruan nafas semakin laju, gigi diketap, penumbuk semakin lama semakin kuat menggegam.

"KAU TAK GUNA!" larian laju terhasil kerana kuasa yang dimiliknya. Iris matanya terdapat cahaya oren terang saat Fox Angles menumbuk kuat muka Queen Butterfly.

Ketawa sinis terhasil selepas diberi penumbuk oleh gadis tinggi lampai di hadapannya.

"Kau memang berada di luar jangkaan aku, Fox." ujarnya sambil mengesat darah di bibirnya yang pecah sedikit. Padu siot tumbukan dia.

"Cukup dengan helah bodoh kau." ujar Fox Angles menahan Apinya meluap-luap keluar. Kalau tak jaga, mahu terbakar agaknya kolej ni.

"Kenapa? Aku suka tengok kau sensara. Tak sangka kau pilih pilihan yang ada dalam kepala hotak kau tu. Aku mengaku agak bodoh sebab tak jangka semua tu."

HA, BAGUSLAH MENGAKU DIRI TU BODOH. HARAP ANDA MENCUBA MEMPERBODOHKAN DIRI LAGI YE, WAHAI SETON TAK SEDO.

"Kau kenapa? Apa salah aku kau nak buat semua ni?" soal Fox Angles musykil.

BENOR! BENOR SEKALI SOALAN YANG KAU TUJU MY LADY! APA HABAG SANGAT HANG NAK KITAORANG NI?!

Loghat mana aku guna ni?

"Aku mahukan miraculous kamu berdua, kerana kwami kamu berdua yang paling terkuat jika digabungkan!" ujarnya dengan tawa langsuirnya.

Khai berpandangan dengan Fox Angles. Bergabung? Kuat?

HALA, HALA. BETUL KE? KENAPA KITA TAK BERGABUNG SAJA WEI?

Tapi, kalau bergabung... Hanya seorang sahaja yang boleh pakai dua miraculous. Orangnya mestilah Fox Angles, bukan? Sebab dia ada pengalaman yang hebat dari aku. Emm..

"Sudah! Mana kau dapat maklumat ni?!" tengking Fox Angles marah.

"Dari pak cik tua Korea tulah!" bidasnya. Senyuman sinis terukir.

Korea? Wei! Pak cik tu kenal artis K-pop tak? BTS ke, Wanna One ke.. kalau Wanna One aku gilakan Kang Daniel. Comel wei dia! Lagi-lagi gigi arnab dia tu!

Orang kata Jungkook muka macam arnab, tak macam arnab pun pada aku. (°,°) Kang Daniel adalah. 💞

Khai:
Bluwerk! Maai! Author suruh aku cakap macam nilah pulok! Saja tak nak bagi sesiapa curi Daniel dia tu ha!
Rasa macam gay pulak aku!

Author:
Aku bagi warning, jangan sapa-sapa nak curi Daniel aku eh? Kalau tak, sepakan penalti akan aku berikan percuma. Khas untuk anda 💞

Back to the topic!

Fox Angles memalingkan muka ke arah lain. Bibir digigit kuat. Kejap, ada sesuatu yang tak kena.

Tapi, apa dia eh?

Emm.. (-3-)

Muka Fox Angles dipandang, kemudian beralih pula pada Queen Butterfly. Emm.. nampak seperti ada persamaan antara mereka berdua. Tapi apa dia?

(;-;)

Apa gunanya ada otak tapi tak boleh guna. Emm...

Kejap.

Mata berhazel biru, rambut sama panjang dan sama warna. Body... Emm.. perfect.

"Fufufufu...." ketawa menakutkan Khai sudah keluar dah. Satu saja tanda apabila dia ketawa begitu. Kepala dia dah penuh warna-warni yang kotor sekarang ni.

Bahaya dia ni.

Fox Angles memandang pelik ke arah Khai yang tergelak tak kena masa. Gelak dia pun pelik semacam. Aura gelap mengelilingi dirinya. Gelap keungguan.

"Hihihihi...."

Ok, ini tahap macam puaka ni. Dah kena sampuk ke apa? Kena bawa pergi berubat kejap lagi dia ni.

"Tiger Warrior, kau ok tak ni?" soal Fox Angles.

"AAARRRGGGHHH!!"

Badan terus ditolak sehingga berbaring di atas lantai bersimin kolej. Mata dibuka selepas hentakan kuat diberikan oleh si kucing tak guna ni.

Tatapan wajah Tiger Warrior dipandang. Satu visual rama-rama terpancar di hadapan mukanya.

"Hello My lady."

Mata terbuntang.

"Ti-Tiger?"

Queen Butterfly tersenyum sinis.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top