Pintu almari kayu dibuka dan tangan mengambil sehelai hodie hijau pekat yang tergantung di dalam. T-shirt berwarna kuning terang dipadankan dengan hodie hijau pekat bercorak bunga kecil pada poket luar.
Rambut sepanjang bahu berwarna biru gelap disikat dan mengambil getah berbentuk musang kecil. Kaki mengorak langkah keluar dari bilik dan menuruni tangga.
Pintu utama rumah dibuka dan tersergam sebuah kereta hitam di depan pagar rumah. Seorang butler menunggu setia di depan pintu kereta.
"Cik, mahu saya hantarkan cik ke kolej hari ni?" tanyanya ramah.
"Tak apa, saya boleh pergi dengan kereta. Lagipun, ada seseorang tu tak selesa akan kewujudan saya. Yelah, budak popular katanya." jawabnya dengan sindiran. Mata melirik ke arah cermin kereta di mana terdapat seseorang di situ. Gerangan di dalam memalingkan mukanya dari melihat 'pemandangan' luar.
"Saya boleh naik motor, jangan risaukan saya." ujarnya dengan senyuman kecil. Yang penting ikhlas bruh....
Kunci motor dimasukkan dan terus keluar dari perkarangan rumah. Pakcik butler yang sudah bekerja selama 20 tahun, masuk ke dalam tempat pemanduan kereta.
"Ceh, tak payahlah nak berlagak sangat. Pakcik jangan percayakan dia sangat, Kerra tu suka menipu dari kecil. Asyik-asyik nak burukkan saya." kata seorang gadis di tempat duduk belakang. Ye, orang yang menunggang motor tadi adalah Kerra.
"Hehehe... tak apa. Pakcik faham." kata pakcik butler dengan ketawa kecil. Gadis dibelakang tempat duduk hanya memperbetulkan rambut kuning keemasannya dan diikat ala-ala Elsa dalam Disney Frozen.
Kereta hitam itu bergerak meninggalkan rumah.
Motor diparkingkan di tempat meletakkan kenderaan motor, helmet dibuka dan mengibaskan sedikit rambut selepas berkurung dalam helmet tadi.
Hai, nama aku... Kerra. Kau orang semua mesti dah kenal aku, bukan? Haih... Tadi, tu rumah aku. Lebih tepat, rumah mak ayah akulah. Aku sedar lagi tu rumah orang tua aku, aku sedar lagi. Aku duduk dalam keadaan senang, sebab... Aku orang berada. Kalau kamu semua nak tahu, aku...
Ada... Kembar.
Terkejut, bukan?
Ye... Kembar yang aku katakan... Yang ada dalam kereta tu. Kami mempunyai wajah yang sama, yelah.. Kembarlah jawabnya. Tapi, disebabkan dia lebih kepada KEPEREMPUANAN dari aku ni dan rupa yang cantik dan elegen membuatkan kami nampak berbeza 100%.
Nak dikatakan, kami bagaikan langit dan bumi. Dia popular sebagai perempuan idaman semua lelaki. Aku pula? Popular sebagai minah gengster.
Tangan kanan dimasukkan ke dalam poket seluar dan mengeluarkan segelung getah berbentuk musang kecil dan diikat tinggi. Ala.. Macam mana nak terang, bukan ponytail... Tapi ikat tinggi berbentuk bulat kat atas kepala. Kepada perempuan mesti kau orang semua tahu.
Berbalik pada cerita fasal kembar aku ni, dia... Bukan baik yang seperti kau orang sangkakan. Argh... Bila aku cakap pun bukannya kau orang semua percaya.
Yelah, semua kata dia betul. Aku salah. Aku sahaja yang nampak jahat. Aku kenallah dia, dia ada sisi di mana hanya aku sahaja yang nampak. Aku tak perlu terangkan siapa adik kembar yang aku ceritakan sebab kau orang semua akan tahu. Yelahkan, semua rahsia akan terbongkar juga tak kira apa pun.
Kaki langkah meninggalkan tempat parking motorsikal dan menuju ke makmal.
____________________
"Kau ok tak ni, Leo? Serius kau ok ni? Mana tahu kau pening-pening sikit. Nak aku bawa kau balik? Eh, apa aku cakap ni? Aku datang dengan jalan kaki sahaja pun. Dukung kau takut aku jatuhkan kau sebab kau berat. Yelah, aku mana kuat orangnya." ujar Khai dengan menongkatkan dagunya memikirkan cara untuk Leo rasa selesa.
Leo pula hanya tersengih paksa melihat Khai yang prihatin terhadapnya walaupun ada sedikit sindiran tadi. Sebenarnya, Leo rasa agak tak selesa dengan Khai sekarang ni.
BANG! pintu utama bilik makmal dibuka agak kasar oleh Kerra dan mengejutkan beberapa orang pelajar di dalam. Semua mata tertumpu ke arahnya. Aku tahulah aku cantik, tak payahlah nak tenung aku lama-lama. Cewah, perasannya aku.
Anak mata melirik ke arah Leo yang sedang tersenyum manis ke arahku. Beralih pula pada Khai yang nampak kurang senang melihatku. Kisah apa aku fasal kau? Pergi mampus lah. Kaki terus mengorak langkah ke bilik persendirian aku.
"Ish, tiba-tiba saja minah ni. Ada juga aku masukkan dia dalam mesin basuh!" ujar Khai dengan gerakan tangan dan mimik muka seperti mahu mencekik Kerra dan menghubannya ke dalam mesin basuh baju.
"Khai, dia bukan seperti apa kau sangkakan." kata-kata Leo menyentakkan diri Khai. Bruuh... Apahal Leo selalu mempertahankan Kerra ni? Kau orang... Ada apa-apa ke?
HARGH! Adakah mereka.... less?!
"Aku dah kenal dia sejak kecil lagi." sambung Leo. Lega hati Khai mendengar kata-kata Leo. Fiuh... Ingatkan apalah tadi. Berdebar jantung aku...
"Kau orang kawan sejak kecil rupanya... Ingatkan Kerra tak ada kawan." ujat Khai selamba. Apa? Nak kencam aku? Marilah!
Ok, chill chill k?
"Kerra tu jenis ceria dulu, tapi selepas kematian mak dan ayahnya.... Dia berubah. Sekarang dia hidup bersama abang dan adik kembarnya."
Wait, WHAT?! Adik kembar?! Siapa beb?! Kembar tu wei! Mesti muka dia orang sama!
"Kembar? Siapa dia? Dia belajar kat kolej yang sama juga ke?" tanya Khai. Eh, yang kau pergi sibuk fasal Kerra ni pahal bro? Ada udang disebalik mi spagetty ke ni? Emm....
"Er... Ni perkara privasi dia. So... Saya tak boleh baritahu. Maaf." ujar Leo dan terus membuat kerjanya.
HAK ALOH. HANG SENDIRI YANG PEGI CERITO PASAL ADIK KEMBAR DIA KAT AKU TADI. MEMANGLAH AKU JADI BUSYBODY. YELOH, CERITA PASAL ADIK KEMBAR KEPADA HAKAK GENGSTER KITA NI. SIAPA YANG TAK BISING NAK TAHU?
Ada juga aku pijak Leo ni nanti... Nasib aku sayang kau. Eceh, sayang sebagai kawan, ok?
Kaki menolak lantai untuk menggerakkan kerusi yang ada roda ke tempat dudukku. Malasnya nak buat kerja... Tengoklah, tolak dan berjalan pun guna kerusi ni sebab malas nak bangun. Bruuh... Sila contohi aku. BWAHAHAHAHA!!
Ehem!
"Khai! Ada orang istimewa nak jumpa kau!" laung seorang pelajar yang berada di depan pintu utama. Orang istimewa? Huhuhu.... Siapa tu?
Punggung diangkat dan menuju ke arah pintu utama yang dikatakan ada orang istimewa yang dikatakan-katakan tu. Pintu dibuka dan....
SHOOK! bagai ada renjatan elektrik dialurkan di badan dan sampai ke otak sehingga terasa nak meletup kepala!
Si-Sia?! Gila! Eh, bukan gila! Er.. Sayang! Ha.. baru betul.
"Oh, Sia... Awak buat apa kat sini? Sampai datang ke makmal aku pula ni..." ujar Khai dengan senyuman kambingnya yang cuba disorokkan tapi payah! Siapa tak suka crush jenguk kita wei! ARGH! berfanboy kejap.
"Oh, saja nak jenguk awak..." ujarnya manis.
BERDETUM! bunyi kilat menyinggah di benak fikirannya. Ayat yang baru diungkap oleh Sia, berlegar-legar di otaknya. Muka naik merah sampai telinga pun macam terkeluar asap!
Sia... Nak jenguk aku? Serius lah? Au ingat dia nak tengok orang lain ke... Tak sangka... Adakah kami... Sudah ditakdirkan?
AAARRRGGGHHH!!! Gila sukanya aku!
"Nah." Sia menghulurkan sebuah bekal makanan kepada Khai. Mata Khai tertacap ke arah bekal makanan tu. Mulalah sesi malu-malu kucing.
"Oh, it's for me? Thanks bab-"
"Ni untuk Kerra." sambungnya pada Khai menghentikan pergerakan Khai.
"Ke... Kenapa?" tanya Khai tergagap-gagap. Pelik... Bukan makanan ni untuk aku? Kenapa mesti minah tu yang kau nak bagi? KENAPA?
"Aku nak bagi ni kat dia untuk memulakan persahabatan. Aku rasa tertarik nak berkawan dengan dia, dia bergaya orangnya!" kata Sia ceria.
Ah, sudah...
Badan Khai menjadi batu dengan mimik muka yang betul-betul kecewa akan Sia. Sia melambai-lambai tangan di muka Khai. Pergh... Payah ni...
Sia memegang bahu Khai dan badan Khai terus pecah berkecai bagai sebuah kaca dan terbang menjadi debu.
"Saya pergi dulu Khai." ujar Sia dan terus menutup pintu utama makmal. Bagai baru tersedar dari koma, Khai hidup balik dan terus mengambil nafas panjang.
Pergh... Sia-sia saja aku berfanboy tadilah kalau aku tahu macam ni. Huhuhu... Sesiapa pujuklah aku...
Sekarang... Aku perlu masuk ke dalam bilik... Yang penuh dengan... KEKEJAMAN.
Mata melirik ke arah bilik Kerra dan bilik itu kelihatan begitu jauh sekali dan suasana bertukar menjadi di Afrika yang penuh dengan rumput kekuningan. Terdapat seekor singa betina tidur di atas batu yang agak besar dan satu pokok redup.
Singa tu... Bagaikan Kerra. Kalau aku kejutkan dia... Mahu menempah aku. Ada juga aku jadi daging salai ni nanti...
Nak tak nak, aku kena juga masuk. Ye, DEMI SIA.
_______________________
Pintu kayu dibuka dan pandangan beralih di hadapannya. Terdapat seorang lelaki memakai baju agak mewah sambil menghisap sebatang rokok. Suasana di bilik itu agak gelap.
"Ah, kamu sudah datang." ujarnya sambil meletakkan puntung rokok di dalam satu bekas khas untuk rokok.
"Nampaknya bukan itu sahaja, hari ni juga adalah hari terakhir kau di sini. Tak sangka. Tup tap, tup tap. Sudah tamat tempoh kau kat sini. " sambungnya dengan mata yang memandang serong ke arahnya. "...Kuat juga kau.. Kim-san." sambungnya lagi dengan senyuman sinis.
Anak muda yang dipanggil Kim-san, hanya memberi pandangan kosong. Rambut hitam pekatnya dan gaya seperti Sasuke, melurut di depan dahinya.
Dia kelihatan.... Sangat kosong.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top