Bab 6
Matahari mula naik dan memancarkan cahaya yang kuat menandakan sudah pagi. Angin bayu-bayu tiup ke arah muka mulus seorang gadis dari luar tingkap yang sudah dibuka. Kain kecil yang lembab akibat basah sebelum ini, masih setia di atas dahinya.
Badan sedaya upaya dibangunkan dan mengalihkan kain kecil di dahinya. Dahi dikerutkan tanda keliru apa yang baru terjadi kepadanya. Di sebelah mejanya, terdapat semangkuk bersisi air paip.
Pintu daun dibuka oleh seseorang dan berjaya mengalih perhatiannya. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an masuk ke dalam biliknya sambil membawa semangkuk bubur di dalam dulang.
"Ah, kamu dah bangun Leo? Bagaiman kamu rasa pagi ni? Sakit lagi ke?" tanya wanita itu prihatin. Dulang yang berisi mangkuk bubur diletakkan semeja dengan mangkuk berisi air paip.
"A... Apa yang dah jadi pada saya semalam, mak?" tanya Leo sambil memegang kepalanya yang terasa sangat pening.
"Manalah mak tahu, mak masuk bikik kamu tengah malam tadi sebab dengar kamu meracau entah apalah. Mak pegang dahi kamu panas yang amat. Mak syak kamu demam panas." terang wanita itu panjang lebar sambil tangan membelek dahi Leo untuk memeriksa suhu badannya.
"Emm... Nampaknya dah kebah sedikit. Kamu rehatlah hari ni, tak payah datang ke kolej." kata wanita itu memeranjatkan diri Leo.
"Ma-mana boleh. Saya tak pernah tak datang ke kolej, saya perlu per-"
TING!
Bunyi mesej dari handphone mengalihkan pandangannnya. Siapa chat dia pagi-pagi ni?
Kerra si akak gengster❤;
Bro, hari ni kau tak payah datang. Aku tahu kau demam, so... Jangan risau..
Macam mana dia tahu aku demam? Curiganya...
Kerra si akak gengster❤;
Aku tahu sebab aku jenguk kau pagi tadi.
Eh... Macam tahu-tahu saja orang curiga dengan dia.. Baguslah, aku tak pernah dapat cuti sampai sekarang. Eloklah kalau aku dapat cuti hari ni, rehat-rehatkan badan sikit... dan buat apa yang aku nak hari ni...
______________
Handphone diletakkan di atas meja dan menghela nafas berat. Leo... Leo... Sampai demam dia dibuatnya hari ni... Risau betul. Mata melirik ke arah cermin pada pintu, terlihat Khai sedang menggaru kepala dan mendengus kasar. Huish... Parah ni...
Sebiji... Macam aku waktu first time jejak ke kolej ni. Aku cuma budak biasa sehingga digelar sebagai gengster. Aku pun lupa... macam mana aku boleh digelar begitu, ye? Bagaimana, ye? Ish... Dasar nyanyuklah aku ni.
Argh! Serabut! Serabut betullah aku! Mata melirik ke arah meja milik Leo. Kenapa Leo tak datang? Kenapa? Ish! Serabut wei! Dia sakit ke lepas dia jadi gila semalam? Sedangkan badan dia dikawal...
Dagu didongkatkan dan mata berubah seperti seorang detective yang cuba mengecam siapakah penjenayah di sebalik topeng ini? Topeng? Lebih sesuai kalau disebalik sayap seekor rama-rama...
Terlihat Kerra datang ke arah meja Leo dan duduk tanpa ada rasa bersalah sambil membelek-belek barang milik Leo. Dengan muka selamba pula tu! Wei! Tu tempat Leo! Punggung kau tak layak duduk kat situ! Pergi! Pergi!
Kerra memandang ke arah Khai apabila terdapat kesan bunyi seperti seekor kucing marah dan aura gelap yang kuat. Pergh... Aura gelap dia tu... Sekeliling dia.. Dengan bunyi kucing marah dia tu... Pffft... Lawak.
Kejap, dia marah aku sebab duduk tempat Leo ke? Em... Logik juga sebab tiba-tiba bagi jelingan pada aku. Tak payah nak sedih sangat, Kerra. Kau sudah selalu kena pulau dengan orang... Macam tak pernah kena saja...
Punggung diangkat dan terus keluar dari makmal dengan hati yang terasa pedih. Please jangan emo, Kerra. Please...
Aku memandang Kerra yang keluar dari makmal selepas membelek-belek barang Leo tadi. Rasa bersalah pula aku halau dia dalam hati tadi. Aku rasa dia perasan aku bagi jelingan tadi... Ah, lantaklah! Aku tahu semua reader pun suka bila Kerra berambus, bukan? Kan? Cepat angguk sebelum aku belasah kau orang semua.
Hem! Tak nak angguk sudahlah!
____________________
KRING! bunyi loceng di dalam bilik berbunyi dan itu menandakan sudah tiba masanya untuk balik dan berdating dengan katil empukku! Saya akan datang sayang!
Pintu utama makmal dibuka dengan muka keriangannya apabila dapat pulang ke dan akan dapat berguling-guling atas katil sampai jatuh! Tapi malangnya, eh... Bukan malang... Ini untung namanya... Apa yang aku kata untungnya sekarang ni?
"Hai, Khai." sapa seorang gadis pujaan Khai yang selama ni terkejar-kejarkan dia bagaikan orang gila, Sia. Wu... Untungnya dapat tatap muka awek.. Eh,bukan... Future awek aku ni! Ha.. Baru betul!
"Jom balik sama-sama, Khai." ujar Sia dengan senyuman manis. Balik sama-sama? Eh, boleh saja sayangku~ nakal juga kamu, ye sayang~
Ahaks! Ada juga orang call polis sebab perlakuan pervert aku. Mohon jangan kencam. Agagagaga!
Beg diperkemaskan sambil senyuman tidak lengkang dari bibir. Saat beg cuba disandang, seorang jejaka muda berambut hitam pacak sedikit dan berkaca mata lalu disebelah Khai dengan muka yang tiada emotionalnya. Mereka berselisih.
Khai terhenti sekejap dari apa yang dia lakukan. Aura lelaki tu... Lain macam saja... Emm... Bayangan sahaja agaknya...
"Khai, jomlah." teguran Sia mematikan lamunannya yang sudah sampai mana pun tak tahulah. Thailand agaknya...
Khai mengikuti langkah Sia yang sudah berada di depannya. Ada... Rahsia di sebalik... Matanya...
Kesedihan...
"Ada barangnya?" tanya seorang lelaki berbadan tegap dan serba hitam. Anak muda di hadapannya memberi sebungkus kotak kecil tanpa memandangnya. Jijik ke tengok muka aku? Argh, lantaklah. Yang penting aku dapat barang aku.
"Bagus kerja kau, esok jangan lupa apa patut kau buat. Faham?" tanya dengan nada yang tegas. Anak muda di hadapannya hanya mengangguk sambil menundukkan kepalanya.
Seleseai sahaja perbincangan mereka, anak muda yang berambut hitam pacak sedikit seperti dalam watak anime Naruto iaitu Sasuke. Kaca matanya diperbetulkan. Helahan nafas yang berat dilepaskan.
Seminggu sahaja lagi, dan semua ni tamat. Mereka tidak akan ganggu aku lagi kalau aku ikut kata-kata mereka... Sikit... Sahaja lagi... Sikit...
Semuanya akan baik-baik sahaja, bukan?
_________________
"Argh!" jerit Leo sambil menggosok dahinya yang sakit selepas dijentik oleh kawan karibnya. Bibir dimuncungkan tanda protes. Huhuhu.... Apa salahku?
"Sakitlah..." adu Leo. Apa tak sakit? Kau tahu dia gengster, bukan? Kalau kena tumbuk dengan dia, mestilah sakit! Kalau kena jentik sahaja pun rasa seperti kena kentuk dengan penukul!
Aku peliklah denga dia ni. Dia bukan jensi suka pergi gym atau bersenam. Tapi makin lama makin berotot badan dia. Kau guna ilmu apa wei? Ilmu hitam putih ke? Aku pun nak belajar juga...
"Macam mana kau boleh demam ni? Semalam elok saja aku tengok kau?" tanya Kerra tanpa pandang Leo. Kerra sibuk mengambil kapas dan meletakkan minyak pada kapas.
"Dan... Kenapa muka kau lebam sana sini ni? Kau bukan jenis suka bergaduh macam aku. Nak kata kau jatuh, takkanlah teruk sampai macam ni." kata-kata Kerra membuntukan Leo untuk membalas kata-kata Kerra. Kerra pula daripada tadi memandang ke arah mata Leo, cuba mencari kebenaran yang selama ini disembunyikan.
Kerra merapatkan dirinya dengan Leo dan menarik kasar baju Leo sehingga Leo terpeluk Kerra yang berada di depannya. Memerah muka Leo apabila badannya rapat gila dengan Kerra, wuish.... Aku boleh rasa deruan nafas Kerra dekat leher aku.... Terketar-ketar badan aku.
"Kenapa lebam badan kau?" persoalan itu mengejutkan diri Leo. Ah, jadi sebab inilah Kerra merapatkan diri dia dengan Leo... Rupanya nak tengok lebam pada badan. Sudah, aku nak jawab apa ni? Semua lebam ni berpunca dari minah yang buli aku hari tu, sakit gila....
"Duduk diam-diam, aku nak rawat kau." ujar Kerra tanpa apa-apa perasaan. Kerra memang hebat dalam bab merawat orang, aku kagum tengok kepandaiannya itu. Banyak yang dia tahu. Aku selalu perasan, badan dia penuh dengan lebam dan luka. Mana dia dapat semua lebam dan luka tu? Curiga betullah... Dia buat kerja tak baik ke?
"Leo, kau tak nak kongsi masalah kau?" tanya Kerra. Ish, macam mana nak jawab? Takkan aku nak kata 'Ye, aku kena buli. So... Kau nak buat apa? Kau nak tembak dia guna bazooka? Atau kau nak lenyek dia guna kereta kebal? Aku harap kau boleh lakukan untuk aku'.
Leo menggigit kuku jarinya kerana gelabah untuk memberitahu kepada Kerra masalahnya.
"Kau kena buli, bukan? Siapa? Cakap sahaja, aku akan uruskan. Kau jangan risau dan bagitahu aku sahaja. Adakah... Perempuan tu? Perempuan yang kau marah semalam." ujar Kerra lagi. Leo mengangkat mukanya tanda tidak percaya dna keliru pada masa yang sama. Semalam? Aku buat apa semalam?
Mata Leo dan Kerra bertentang mata. Kenapa... banyak perkara yang kau tahu dari aku Kerra? Apa rahsia kau? Apakah.... Kebenaran yang kau sembunyikan?
Leo menarik nafas panjang dan lepaskannya perlahan-lahan.
"Mikha buli aku."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top