Bab 4
"KYARGH!" jerit seorang minah tak sedar diri dalam kelas dengan muka yang aku anggap sangat annoying. Faham maksud aku? Di kelas, bukan makmal. Mohon faham.
Ok, Khai... Ayat tu elok sikit boleh tak? Nanti tak fasal-fasal cerita sendiri tak dapat sambutan. Kena kencam baru tahu. Insaf wahai anak muda...
Ekor mata melirik ke arah gadis yang menjerit keriangan fasal apa entah aku pun tak tahu. Telinga cuba dibesarkan supaya dapat dengar lebih jelas.
"Semalam, aku kena serang dengan makhluk jeli mana entah wei. Takut gila aku masa tu! Rasa nak terkuncil saja kat situ!" jerit dia, Mikha. Mata diputarkan sebab rasa menyampah gila pada Mikha. Tak payahlah kata kuat-kuat, tak malu lelaki dengar ke nanti? Aku kat sebelah kau, kau tak malu ke?
"Lepastu, muncul pula Fox angles dan sorang mamat ni. Tapi aku pasti tu partner Fox angles. Hensem wei!" ujarnya dengan gediknya. Mak aih... boleh dia berfangirl kat sebelah aku wei... Tapi... Dia cakap fasal aku ke tadi?
Telinga cuba dibesarkan lagi, kalau boleh nak sebesar badan minah ni ha... Khai! Mulut! Jaga sikit!
Tiba-tiba semua bangun dari duduk apabila aku sudah bersiap sedia nak pasang telinga. Ceh, cikgu masuk rupanya. Spoillah cikgu ni, masuk time yang salah. Tak dapat aku nak korek gosip diaorang tadi. Sabar sajalah, Khai.
_____________________
Satu tangan menghulurkan sebungkus sandwich kepada gerangan dihadapannya. Iris biru warna matanya memandang ke arah huluran itu selepas lama memandang meja. Rambutnya yang paras bahu yang sudah serabut, diperbetulkan dari kelihatan seperti orang gila. Kaca matanya dibuka dan diletakkan ke tepi. Mata memandang kosong ke arah huluran sandwich itu.
"Ambillah, Kerra. Saya belanja." ujar gerangan yang memberi sandwich kepadanya, Leo. Kerra mula tertawa kecil. Leo mula mengukirkan senyuman apabila melihat tawa Kerra. Ye, dia seorang sahaja yang berbesar hati menerima Kerra sebagai seorang kawan.
"Penat?" tanya Leo ramah kepada Kerra. Tangan Kerra mula membuka plastik sandwich dan menyuap ke dalam mulut. Tiada apa-apa butir kata keluar dari bibirnya.
Leo tersenyum. Dia berdiam bermaksud dia sedang berfikir apa patut diberikan jawapan. Faham sangat dengan kawannya ini. Soalan mudab pun, nak berfikir panjang. Apalah...
"Ah, tak payah nak fikir sangat. Makan, makan." pelawa Leo dengan mengangkat-angkat tangannya untuk mempelawa makan. Kunyahan Kerra semakin perlahan, matanya kelihatan kosong. Apa dia fikirkan?
"Leo." panggil Kerra perlahan. Leo mendongakkan kepala dan mata memandang Kerra yang sedang menunduk.
"Ada orang buli kau ke?" tanya Kerra tanpa memandang Leo. Mata yang agak sepet, terbuka luas sedikit apabila mendengar soalan yang diajukan oleh Kerra.
Buli? Apa yang...
"Hehehe... Apa yang kau merepek ni, Kerra? Aku kawan dengan gengster yang ditakuti semua orang, siapa berani nak buli aku?" jawab Leo tergagap sedikit. Kerra diam membisu sambil menundukkan kepala. Sudah kenapa ni? Bersalah pula aku tengok dia begini.
Ish... Sudah tak selesa pula nak duduk lama-lama kat sini. Rasa kebas sudah punggung aku ni.
"Er... Kerra. Aku nak pergi tandas dulu, ye?" punggung diangkat dan kaki mengorak langkah pergi dari bilik makmal Kerra. Pintu utama dibuka dan... Pandangan yang tak berapa nak indah menyerlah di mata.
Tiga orang gadis, memandangnya dengan pandangan 1001 maksud. Dan 1001 maksud itu, hanya Leo yang tahu...
________________
"Huwargh!" jeri Khai sambil cuba terbang ke atas katil empuknya. I belive I can fly~ Badan mula rebah ke atas katil selepas mandi dan memakai baju doraemon yang comel. Apa tengok-tengok? Aku tahulah aku hensem.
Kepala mula berlayar pada malam itu. Ye, malam yang aku rasa boleh mengundang kecelakaan pada aku.
KEDEBUK! Fox angles jatuh terduduk di depan aku yang sedang mengerang kesakitan. What the... tiba-tiba saja dia jatuh? Ok tak ni? Eh, tiba-tiba jadi prihatin pula. Kembang sikit hidung kau, Khai. Kembang sikit. Sikit sajalah... Tak payahlah nak melebih. Terkoyak pula nanti lubang hidung kau.
"Siapalah yang kutuk aku ni?" bisik Fox angles perlahan. Khai mengerutkan dahi apabila mendengar bebelan Fox angels yang tidak kedengaran. Apa kau membebel seorang diri tu? Nak join boleh? Aku pun nak kutuk orang juga.
Fox angles bingkas bangun dari duduk. Baju ditepuk supaya hilang kotoran dan habuk. Bagus, bagus sangat. Habuk yang kau tepuk tu masuk dalam lubang hidung aku. Aku tahan nak bersin saja ni. Kalau melempas, takut hingus aku melekat kat kau nanti. Tak fasal-fasal aku masuk wad nanti.
"Anggap kau tak nampak." tak nampak apa? Kau nak aku tak nampak fasal kau tendang aku macam pyscho atau fasal kau jatuh macam nangka busuk?
Hambar, Khai. Hambar... #sadlife bagi muka sedih sikit.
Dia membaling cakera miliknya entah ke mana bagaikan itu seperti sebuah yoyo, dan terbang pergi meninggalkan aku bagaikan seperti seekor lipas yang membuka sayapnya dan terbang tiba-tiba muncul pula segulung surat khabar menepuk kuat badannya yang hinggap di dinding.
Maka, keluar 'jus'nya yang sangat 'berkhasiat' melekat pada dinding. Dan sama-sama kita mengeluarkan ayat 'ew' pada jus itu dan arwah lipas itu.
Apa aku merepek ni wei?
Pandang semula ke arah bumbung di mana dia terbang pergi. Sekarang, siapa nak tolong aku bangun? Aku rasa tulang badan aku patah ni? Bukan tu saja aku risaukan.
Kau nampak retakkan besar pada dinding kedai ni? Macam mana kalau pemilik kedai ni mengamuk? Huhuhu.... Sedih wei kalau kena maki dengan pemilik ni... Aku kena sekali, bukan salah aku! Ada budak kecil mana entah main boleh lasak gila dekat depan kedai lepastu kena depan cermin kedai. Pecah wei!
Aku yang berada dekat dengan cermin tu, dijadikan suspek utama! Gila! Hampir nak pecah gegendang telinga aku kena jerit dan maki hamun! Kalau aku seorang saja kat situ tak apa, ni punyalah banyak mata memandang! Budak tu pula hilang entah ke mana!
Lepastu aku kena marah dengan mak sebab dapat tahu kes yang bukan aku yang bersalah. Esoknya, aku nampak bola milik budak tu dekat-dekat depan kedai tu waktu aku nak pergi sekolah... Aku ambil lepas tu aku hancurkan! Aku pancitkan lepastu aku koyak! Bakar! Lenyek dengan kereta abang aku banyak kali lepastu bakar sampai rentung!
Kemudian... Dengan penuh rasa tenang bagaikan baru ambil sepeket dadah, aku letak balik kat mana aku jumpa. Nasib aku bangun awal hari tu, dapatlah aku buat kerja gila ni. Lepas aku balik dari sekolah menengah, budak tu meraung menangis sambil peluk bola yang sudah tak berapa nampak macam bola. Aku apa lagi? Aku masuk bilik terus aku gelak tak sedar diri! Padan muka! Sebab kaulah aku kena maki hamun depan semua orang! Puas wei! Puas gila aku masa tu!
Wei, budak tak matang lagi masa tu. Semua boleh jadi, nasib aku dah maafkan kau, tahu budak? Aku sudah tak nampak budak tu sampai sekarang. Emm... Agaknya, dia kat mana sekarang ni? Eh, yang aku ambil kisah ni apahal wei?
DAN KENAPA AKU BANYAK MEMBEBEL NI?!
Kepala digelengkan selepas membebel mengingatkan kembali kisah malam tadi. Aku pelik, bangun saja badan aku dah tak sakit macam malam tadi. Dan satu lagi, macam mana aku bertukar semalam, ye? Em... Pelik, pelik...
"KHAI!" jerit abang yang tersayang dari tingkat satu mengejutkan sang putera yang mengelamun panjang memikirkan sang puteri yang berada di atas menara... SEKALI LAGI AKU MEREPEK!
Bingkas aku bangun dan menuju ke tingkat bawah untuk menikmati air tangan abang. Ayat air tangan ibu sudah tak ada dalam kamus hidup aku... Huhuhu... Sedihnya!
__________________
GEDEBUSH! sekunjur badan dilempar kuat ke arah tong sampah besi tanpa ada rasa bersalah. Cermin mata bulatnya retak akibat pukulam yang diberikan oleh mereka di depannya. Rambutnya yang pendek seperti lelaki menjadi serabai seperti orang gelandanagn. Air mata membasahi pipinya yang sudah muncul lebam di muka.
"Bagi aku duit, SEKARANG." katanya dengan suara dingin. Konconya yang dibelakang, setia memegang pemukul besbol besi degan menatap tajam ke arah mangsa mereka.
"A... Aku tak.. Ada duit..." ujarnya perlahan dengan esakan perlahan.. sukar untuk berkata-kata selepas kita dipukul, dipijak, dihina dan bermacam lagi.
"Aku tak nak dengar perkataan 'tak ada duit'! Aku tak kisah kau ada duit ke, tak ada duit ke... aku nak juga tak kira apa pun!" marahnya dan terus menendang mangsanya kuat. Terkulai layu dia terbaring sambil menahan senak di perut.
Kenapa? Apa salah aku? Aku sudah selamatkan kau pun masih tak bersyukur. Kau masih fikirkan tentang diri kau. Minah tak sedar diri...
Beg duit kau diragut sampai kau sanggup badan kau calar balar sebab tak nak lepaskan. Lepastu, aku selamatkan kau yang dari tadi diheret dan dipukul oleh penyamun. Kau tengking dan marah pada aku sebab aku penyebabnya beg duit yang kau beli dari Eropah kau diambil. Adakah nilai beg berharga 40 ribu lebih bernilai dari kulit mulus kau?
Apa.... Salahku?
Dipukul, dipijak, dihina... Air mata berjujuran jatuh membasahi pipi. Gigi diketam menahan tangisan dan amarah.
"Ceh! Lemah!" katanya marah dan menendang tong sampah besi sebelum beredar. Air mata masih setia mengalir deras membasahi pipi.
Dunia kejam! Patutnya buat baik dibalas baik! Bukan buat baik dibalas jahat! Ini tak adil!
___________________
Cermin bercorak lukisan rama-rama, mula bercahaya seterang cahaya bulan. Senyuman mula terukir di muka selepas monyok dari tadi. Rambutnya yang panjang paras pinggang, diikat seperti Elsa di dalam Disney Frozen.
Rama-rama putih mula berterbangan mengelilingi dirinya. Seekor rama-rama putih terbang ke arahnya dan perkara yang sama dilakukan seperti semalam. Menggelapkan warna rama-rama itu dengan kuasanya kegelapannya.
"Hohoho... Bau kesedihan, keperitan dan kemarahan... Enak baunya. Terbang, terbang wahai rama-rama kesayanganku... Cari dia, dan biar dia lepaskan amarahnya..." katanya dengan senyuman nipis.
Rama-rama itu terbang keluar dari tingkap cermin itu dan terbang mencari MANGSAnya. Tangisan masih kedengaran walaupun sudah menekup muka dengan lutut. Muncul seekor rama-rama hitam dan terbang ke arah kaca mata bulatnya.
Cermin mata itu bertukar warna dari biru kepada unggu gelap. Muncul bentuk visual rama-rama di depan matanya apabila mukanya diangkat. Matanya yang penuh dengan kesedihan, mula bertukar wajah yang tiada perasaan. Air matanya kering di pipi.
"Bangkitlah, dan balas dendam terhadap kemarahan yang kamu sudah pendam." katanya cuba menghasut mangsanya, Leo. Ye, gadis yang nampak gembira di luar... Rupanya mempunyai banyak rahsia kesedihan di dalam hatinya.
"Aku akan menutut arahanmu...
Queen Butterfly..."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top