Bab 2

KRING!

Bunyi loceng mula berbunyi di bilik pembinaan mesin kami menandakan waktu balik sudah menjelma. Aku melihat ke arah barangan besi di atas mejaku. Tempat ini lebih kurang seperti di dalam Disney Big Hero 6. Di mana abang Hiro Hamada bekerja. Pen diletakkan di antara bibir dan hidungku sambil memuncungkan bibir. Berfikir... Fikir...

"Argh!" rambut ditarik kasar kerana geram! Geram kerana selama 1 jam duduk di atas kerusi yang empuk ini, memikirkan! Memikirkan apa patut aku bina supaya dapat memanfaatkan pada semua orang?

"Wow... Slow down..." ujar seorang gadis berkaca mata bulat dan berambut pendek ala lelaki. Dia melemparkan senyuman manis pada Khai.

"Aku tak tahu nak bina apa... Sudah berminggu lamanya, aku mencari! Mencari... Apakah! Apakah yang diperlukan oleh semua manusia!" ujarku dengan helahan nafas yang berat. Aku tak buat apa-apa pun, dah rasa penat!

"Nah." ujar Leo sambil menghulurkan sandwich dari Subway. Wah... kecur liur aku bila tengok. Pada masa yang sama, perut sudah berkeroncong lapar.

Tangannya laju mengambil sandwich itu dan membuka bungkusan plastiknya. Mulut dibuka besar dan..

BUM! dentuman pintu utama bilik  ditutup kasar oleh seseorang yang sangat... Sangat menyeramkan... Siapa orang yang ditakuti tu?

Kerra lah wei! Mukanya yang bengis mengangkat barangan besi di dalam sebuah kotak. Kakinya melangkah laju ke arah bilik persendiriannya sendiri. Aku tak sangka, dia masuk dalam makmal kumpulan C sama dengan aku. Cis, nampaknya... Aku kena hadap muka dia dengan keraplah jawabnya.

Gigitan pertama di terima oleh sandwich itu dengan wajah cemberut. Leo memandang Khai dengan wajah tiada ekspirasi. Kakinya melangkah meninggalkan makmal itu. Sekarang, tinggal Khai dan Kerra yang berada dalam 'dunia sendiri' di belah sana tu.

Ish, tak senang duduklah bila dia ada di sini. Rasa nak pergi berambus je dari sini. Tapi... Kerja tak siap, makan pun sudhh makan tadi. Patut ke aku berambus dari sini dahulu? Apabila sudah loceng berbunyi kembali, aku akan datang balik? Apa patut aku buat?

Entah kenapa... Mata aku ni asyik nak pandang luar pintu bilik Kerra. Pelik, pelik. Eh, pelikkan diri sendiri pula. Aku rasa nak balik lah...

KREEK... daun pintu bilik Kerra dibuka. Kerra keluar dari bilik dengan wajah agak tenang dari yang sebelum ini. Kakinya melangkah laju menuju ke arah pintu utama. Dirinya hilang dari pandangan Khai apabila dia sudah keluar.

Baik! Aku nak balik! Tunggu aku rumah dan abang A.K.A mak kedua aku! Abang Rul! Tunggu saya!

KECHING! bunyi pintu kayu dibuka selepas memasukkan kata laluan. Kasut dibuka dengan pantas kerana tak sabar! Tak sabar sebab apa? Aku... Aku boleh bau masakkan yang panas lagikan sedap menusuk ke lubang hidung aku!

"Abang! Saya dah balik! Nak maka-"

BUK! senduk besi yabg digunakan untuk menyenduk kuah diketuk kuat pada dahi Khai yang masuk rumah bagaikan orang gila. Setiap kali kaki melangkah masuk rumah, mesti berlari ke dapur sambil mendepakan tangan. Ingat ni cerita Titanic ke apa kau nak mendepakan tangan?

Khai jatuh terduduk sambil menggosok dahinya yang sudah tumbuh benjol. Di hadapannya Rul, abang Khai. Memandang tajam ke arah Khai yang sedang mengadu kesakitan.

"Apa pukul-pukul orang ni?!" jergah Khai dengan perasaan nak menangis, dasar budak cengeng.

"Habis kau tu? Berlari masuk dalam rumah macam raksasa dalam Anime Tack on Titan. Berlari sudahlah saling tak tumpah macam raksasa dalam anime tu, ada hati nak jadi macam mereka."

Anime Atack on Titan wei? Anime yang ada raksasa besar dan senyuman yang menakutkan tu? Kenapa samakan aku yang hensem ni macam raksasa buruk macam beruk tu?!

"Abang hari ni ada makan malam dengan kawan-kawan lama abang. Kamu makan seorang diri hari ni, ye?" ujar Rul abang Khai tanpa apa-apa ekspirasi di wajahnya.

"Ala... Nak makan dengan abang..." kata Khai dengan muka comel, mata dikelip kelipkan. Manja, bukan? Kepala diketuk untuk kali kedua dengan senduk.

"Auch!" adu Khai sambil menggosok kepalanya. Aku tahulah aku ni manja, tak payahlah sampai ketuk disebabkan 'kecomelan' aku ni!

"Jangan nak mengada. Hari ni abang nak lepak dengan kawan, asyik-asyik dengan kau je. Selamat tinggal." katanya sambil menyarungkan kakinya dengan kasut kulit berkualiti tinggi. Bajunya yang simple tetapi kemas dan bergaya, sesuai dengan orangnya yang TIADA PERASAAN itu.

Khai mencebik dan terus menaiki tangga menuju ke bilik tidurnya. Satu sahaja perkara berlayar dalam otaknya, KATIL! Aku... Betul-betul rasa mengantuk!

Pintu bilik dibuka. Mata yang sudah tertutup sebab menahan mengantuk, dibuka kembali apabila terlihat sebuah kotak hitam kecil di atas meja belajarnya. Kotak mana datang ni?

Kaki diatur ke arah meja belajarnya dan membelek kotak hitam yang berupa seperti kotak cincin. Emm... Macam ada orang melamar aku pula...

Muka Khai mula memerah malu memikirkan gerangan yang bagi kotak berupa cincin ini kepadanya. Adakah Sia? Orang yang paling cantik pernah dilihatnya? Hehehe... Aduh.. Berangan lebih pula...

Kotak hitam dibuka dan terserlah sebentuk cincin berwarna Putih. Woah! Memang ada orang lamar aku ke ni?! Tak macho ah kalau perempuan lamar lelaki... Macam... Terdesak sangat...

Di tengah cincin berupa bentuk tapak kaki seekor binatang. Mungkin boleh jadi Harimau?  Em... Harimau agaknya rupa tapak kaki ni...

Jari gatal pual nak masukkan jari manis aku ni, eh.. Cincin ni kan kat atas meja aku... So... Tak salah kalau aku pakai, bukan?

Ha.. Mula dah hidung kempas kempis tengok jari ni gatal nak masukkan cincin.

Eh..?

Cincin mula mengeluarkan cahaya oren lembut, bilik bertukar gelap dengan ketiadaan kampu dan cuaca luar mendung akibat akan hujan tak lama lagi. Baju t-shirt bersama kemeja bercorak kotak, mula bercahaya dan berubah baju lain.

Lain... Yang sangat..

Cahaya oren yang semakin lama semakin terang, menyakitkan mata yang daripada tadi menahan kesakitan cahaya yang membuatkan mata aku bila-bila masa boleh buta.

Mata perlahan dibuka, pandangan pertama yang aku lihat dari pantulan cermin.... mengubah hidup aku 360°.

_________________

Bilik yang gelap dengan cahaya bulan menyinari bilik yang suram. Seseorang dengan pakaian yang serba warna unggu, mengangkat kedua-dua belah tangannya. Sekumpulan rama-rama berwarna putih terbang mengelilingi dirinya. Pandangan tajam memandang cermin berbentuk seperti rama-rama di hadapannya.

"Hari yang ditunggu-tunggu, akhirnya tiba juga. Aku... Akan pastikan...

Aku dapat APA YANG AKU NAK."

Senyuman di bibir mula terukir secara perlahan. Senyuman... Sinis. Seekor rama-rama putih terbang ke arahnya. Tangan menekup rama-rama itu dan kegelapan mula datang ke arah rama-rama itu.

Tangan dilepaskan untuk melepaskan rama-rama itu membuat 'kerja'nya yang tergendala selama ini.

"Terbang.... Dan tunjukkan aku pewaris kwami."

_________________

1...

2...

3...

"AAARRRGGGHHH!!!"

Sudah berapa kali aku jerit macam perempuan hari ni?! Ke aku memang perempuan?! Kau tengok! Tengok siapa kat dalam cermin depan aku ni! Kenapa nampak hodoh sangat wei?!

Bajunya yang nampak ketat sedikit sudah seperti superman. Bukankah superman pakai baju ketat dan... Selaur dalam kat luat? Pfft... Nasib aku tak pakai seluar dalam kat luar... Nanti di tag sebagai lelaki kurang siuman pula nanti.

Kejap! Ini bukan masa nak gelaklah! Ini GILA! GILA! FAHAM TAK GILA TU APA?!

SIAPA BAGI AKU CINCIN PUAKA NI?! Nak santau aku ke apa?!

Mata mengalih ke arah cincin yang sebelum ini berwarna putih, bertukar oren. Mata dialihkan kembali ke arah cermin di hadapannya. Rupa... Seperti seekor singa. Macam... Cosplay seekor singa? Dengan telinga macam kucing pun ada, dengan ekor yang....

EKOR?!

Siapa santau aku ni sampai ada ekor ni wei?! Aku sumpah aku akan sepak punggung orang yang buat aku begini! 

Ekor milik Khai bergerak sana sini dengan gerakan lenggang lenggoknya tu. Menyampah pula tengok. Aku... Berterima kasih sangat-sangat pada siapa yang bagi aku 'hadiah' yang takkanku lupakan ini... Ceh ayat macam nak muntah saja.

Wei... Apa patut aku buat? Nanti bila abang aku balik rumah nanti... Apa abang aku akan cakap? Nanti dia ingat aku pakai cosplay mengarut. Sudahlah rupa macam kucing sikit dengan ekor dan telinga. Nanti abang ingat aku goda dia pula..

Ok. Aku bukan gay, ok? Walapun gay is awesome. Ok, otak aku dah biul sekarang.

Tangan terbang ke arah pipi kulit mulus miliknya dengan kuat dengan penuh 'kasih sayang'. Sedar Khai! Jangan lalai! Jangan tunjukkan kebiullan kau!

Cincin!

Mata dialihkan pada cincin. Aku mesti cabut cincin ni! Jari membuka jasar cincin yang membawa bala ni!

Kenapa?! Kenapa tak boleh buka ni?! Janganlah main dengan kekanda! Ok, ayat keling dah keluar. Kalau ada parang kan bagus. Bagi potong terus.

"WAAARRRGGHHH!!!"

Jerit suara nyaring di luar bilik tingkat dua. Pula... Suara tuan puteri mana pula menjerit ni? Cermin bilik dibuka, kepala dijengah keluar tengok gerangan siapa yang menjerit.

"WAAARRGGHH!!!" jerittan yang tak berapa merdu, keluar dari mulut seorang minah babun yang aku menyampah gila. Mikha.

Telinganya ditekup kuat apabila melihat seekor raksasa lendih hijau mendekatinya dengan mulut yang penuh dengan sampah sarap. Woah.... Wangi mulut. Dekat mana kau beli 'gula-gula pudina' tu? Kat loji ke?

Ok, tak lawak.

"TOLONG!!" jerit Mikha kuat lagi. Dari tingkat dua aku boleh dengar minah ni jerit wei, kalau kau duduk sebelah dia? Aku pasti kau akan menjejak kaki ke sebuah tempat yang seram dan berjumpa dengan makhluk yang dipanggil DOKTOR.

Ish, nak tak nak. Kena juga selamatkan minah kaki kerepot ni. Masalahnya, takkan aku nak keluar dengan baju ketat ni?

Sesiapa! Tolong aku?! Apa patutku lakukan?! 










Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top