Bab 1

Sinaran cahaya matahari memancar ke arah wajah putih mulus seorang anak muda. Dahi mulai berkerut akan cahaya kuat menerjah ke mukanya. Mata sedaya upaya dibuka walaupun agak payah. Mata digosok supaya hilang kekaburan mata. Ekor mata melirik ke arah jam penggera di sebelah katil miliknya. Tentera jam menunjuk pada pukul 7:20.

Kejap... pukul 7 apa tadi?

Mata perlahan-lahan dibesarkan bagaikan mahu tertonjol keluar. Mulut perlahan mengambil nafas dan... suara yang 'merdu' mula menyinari rumah yang agak sunyi.

"ARRRGGGHHHH!!!"

Kulit telur di ketuk dan memuntahkan isinya yang penuh protein ke atas kuali. Seorang anak muda yang lengkap berpakaian yang simple tetapi kemas sedang menyediakan sarapan pagi untuk dirinya dan... adik kesayangannya.

"ARRRGGGHHHH!!!"

Bunyi nyaring pemilik suara yang sungguh 'merdu' itu, menerjah ke telinganya. Dahi dikerut menahan bunyi nyaringan suara itu.

GEDEGANG! GEDEGUNG!

Seorang anak muda yang tadi khusyuk tidur mati tadi, terjatuh dari tangga dek asyik berlari tak tentu hala. Bajunya yang tak berapa kemas tadi, menjadi lebih teruk. Selekehlah jawabnya... Perempuan manalah nak pada lelaki begini...

"Aduh... Sakitnya... Abang! Kenapa tak kejutkan saya?" katanya dengan suara yang agak tinggi. Tapi tidak setinggi mana pun, nanti dikatakan kurang ajar pula.

"Abang dah kejutkan kau, kau yang tak bangun. Abang kejut kau pukul 6:20 tadi pun masih tidur mati. Siap bagi tendangan padu kat abang, sakit tahu tak?" katanya tanpa memandang adiknya yang sedang mengadu kesakitkan. Tak apa, sudah banyak kali dia jatuh tangga. Hairan apa? Setakat jatuh tangga tu, hari-hari boleh dengar. Yang peliknya... Langsung tak terseliuh ataupun lebam pada kakinya. Em... Pelik, pelik... Adik aku guna sihir apa?

"Ish! Abang ni! Saya dah lambat ni!" pergi dulu!" katanya dengan perasaan yang agak marah tetapi ditahan. Mulutnya terus diterjah sekeping roti bakar oleh abangnya. Sekotak air milo diserahkan padanya.

"Sarapan penting untuk kau. Makan roti ni dengan air milo. Kasut kat atas rak kasut tu, cepat pergi. Nanti lambat." katanya dengan wajah tiada perasaan. Adik kesayangannya itu berlari keluar selepas memakai kasut.

Berlari selaju yang mungkin.

Oh, hai kalian di sana. Terkejut dengar suara 'merdu' aku? Mesti best dengarkan? Hehehe... Nama aku, Khai. Simple as hell right? Aku adalah salah seorang pelajar kolej yang terkenal dengan kepintaran pelajar terhadap teknologi. Status? Budak biasa lagikan biasa. Mamat tinggi lampai kat rumah aku tadi, abang aku A.K.A mak kedua. Ok, cam pelik pula aku dengar.

Mak dan ayah aku sudah meninggalkan kami 8 tahun yang lalu. Ketika tu, aku 16 tahun. Sejak tu aku bertekad, tekad untuk menjadi anak yang cemerlang untuk gembirakan hati mak dan ayah aku yang ada di tempat yang lebih baik tu. Bukan tu sahaja, abang aku jadi seperti 'mak' kedua aku. Selepas kematian mak dan ayah aku, abang aku menjaga aku ibarat emas. Ceh... Emaslah sangat... Abang aku juga bekerja di sebuah syarikat yang semakin maju dengan dengan menjual robot-robot yang canggih.

Ini... Sekolah aku.

Eh, kejap. Bukan sekolah, tapi kolej. Kejap... Sekolah dan kolej sama saja, bukan? Argh, lantaklah.

Di hadapannya tersergam indah sebuah kolej yang besar yang dipenuhi dengan pelajar-pelajar pintar. Bagaikan langit dan bumi apabila mataku melihat baju-baju mereka yang kelihatan agak mahal dan bergaya.

Sedih? Sedihlah juga... Tapi... Aku bersyukur dengan apa aku ada. Hek eleh, kalau setakat baju mahal-mahal ni, aku boleh minta kawan aku buatkan. Janji dia jual murah.

"Khai!" jerit satu suara yang kecil dari belakang. Suara tu... indahnya... Mata milik Khai memandang ke arah seorang gadis berambut panjang warna hitam keperangan paras pinggang berlari ke arahnya. Rambutnya yang berterbangan mengikut angin tiupan membuatkan dirinya tampak begitu anggun sekali. Cahaya matahari yang bersinar terang di belakanganya, menambah lagi seri di wajahnya.

"Ah... Bidadari syurga..." kata Khai dengan air liur yang meleleh keluar akibat sudah dipukau oleh gadis itu.

"Hah? Apa?" kata gadis itu dengan wajah agak blur dengan kata-kata yang baru diungkap oleh Khai. Khai kelam kabut mengesat air liur miliknya dan memperbetulkan bajunya yabg sudha seperti gelandangan.

"Hah? Apa? Saya ada cakap apa-apa ke?" jawab Khai mahu menyorokkan kelakuannya tadi. Matanya langsung tidak mahu berhenti melihat sana-sini untuk melarikan pandangan dari gadis pujaan di hadapannya, Sia.

"Oh, yeke? Saya silap dengar agaknya... Tak apalah! Awak pergi mana tadi? Saya cari awak tak jumpa pun?" tanyanya dengan senyuman yang manis. Oh, indahnya...

"Say-!" belum habis Khai mahu berkata, seorang lelaki berbadan agak tegap darinya melanggar bahunya kuat. Woi! Aku nak...!

Ah, dah lambat...

BUK! maka, dengan badan yang kurus bagaikan sebatang ranting... Jatuh menghempap lantai bersimin seperti orang yang baru kena belasah dalam gelangang tinju. Kalau kena badan dulu tak apa... ni kena muka dulu! Sakit wei!

Muka diangkat dari melekat pada lantai bersimin. Wajah agak cemberut apabila sudah mengangkat dari lantai simin. Hidung digosok akibat terlampau sakit yang amat!

Siapa?! Siapa buat aku macam ni hah?!

Terlihat seorang anak muda berambut hitam dan berkaca mata memandang muka Khai dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Serius, memang tak boleh nak tafsirkan! Mamat ni pandang aku semacam je!

"Maaf." katanya perlahan dan terus berlalu pergi dengan langkah kaki yang agak besar. Heh, dasar kaki panjang. Huhuhu... Untungnya.

Khai cuba membangunkan dirinya dan dibantu oleh Sia yang berdiri di sebelahnya tadi bagaikan tunggul. Mungkin dia terkejut sangat agaknya tengok muka mamat tadi pandang aku semacam.

"Terima kasih." jawab Khai selepas ditolong bangun oleh Sia.

"Ah, tak apalah. Hal kecil saja." balasnya dengan senyuman manis. Wu... Indahnya senyumanmu...

Saat Khai leka melihat kecantikan Sia, Sia memandang jam pada pergelangan tangannya dengan wajah agak... Seram?

"Maaf, Khai. Saya kena pergi." ujarnya selepas melihat jam pada pergelangan tangannya. Kakinya melangkah meninggalkan Khai yang baru sedar dari angan-angan mimpi tadi.

"Alo... Dah pergi ke.." monolog Khai sendirian. Apabila kaki baru sahaja mahu mengorak langkah, seorang gadis berambut paras bahu berwarna biru gelap melanggar tubuhnya... Untuk kali kedua.

Ok. Kamu semua mesti tahu siapa jatuh, bukan?

Mestilah gadis comel depan aku ni. Ah... Mesti kamu semua sangkakan aku yang jatuh, bukan? Amboi... Suka tengok aku jatuh macam nangka busuk, eh?

"Ish! Tengok pakai matalah!" jeritnya pada Khai. Kejap... Kau marah aku? Bu-bukankah kau yang salah? Aku keliru.... Kejap... Eh?! Kau yang salah!

Khai jadi tergagap mahu melawan kata-kata gadis di hadapannya. Siapa tidak kenal Kerra? Gadis yang paling ditakuti oleh semua orang. Gadis psycho, gila, gengster dan... Macam lagilah. Tapi kalau dengan orang lebih tua, sompan santun dia tu... Pergh..aku tabik wei.

Tapi kalau kau tua sekali pun, kau tengking dia ke... Maki ke... Hina ke... Aku tak pasti kau akan hidup lagi ke tidak esok. Kalau hidup, itu memang satu miracle. Bukan senang nak terlepas dari akak gengster 'kita' ni...

Jelingan tajam diberikan pada Khai yang sedang terkulat-kulat membalas pandangan Kerra. Pandangan tajam dia tu.... Rasa macam nak berlubang mata aku! Bagaikan ada tembakan laser dari matanya! Seperti Superman atau powerpuffgirl!

Bahu yang sudah dilanggar tadi, dilanggar dua kali ganda lagi sakit dari tadi! Wuish... Boleh patah bahu aku ni! Siapa nak bayar pembedahan untuk tulang bahu aku nanti?!

Kejap.... Aku tahu siapa akan bayarkan.. Tidak bukan dan tidak lain! Abang A.K.A mak kedua aku tulah! Ok, aku sedar aku ni jenis tak sedar diri...

Bahu yang dilanggar tadi digosok supaya kurang sedikit rasa sakit. Kerra meninggalkan Khai yang sedang mengerangkan kesakitan. Aku harap...

Aku harap kau jatuh nanti.

Mata Khai memandang Kerra yang semakin jauh darinya. Cuma satu je Khai nak tengok... Aku nak tengok dia jatuh!

Malangnya... Kerra langsung tak jatuh. Mungkin lain kali hajat aku tercapai? Tak sabarnya nak tengok...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top