175 ❃ MEREKA SEMUA MATI

Lelaki berkaca mata merenung langit malam yang sepi saat berdiri di laman belakang kafeterianya. Wap musim sejuk berkepul-kepul keluar dari hujung mulut Selwyn. Baru selesai mengemas bangsal kecil si kuda padi yang bernama Mathilda. Lelaki berkaca mata membetulkan lilitan kain mafela pada lehernya.

"Wajah kau memang saling tak tumpah macam Rogan Hourve."

Satu suara memecahkan lamuman si pemilik kafeteria coklat.

Selwyn tersentak dan pantas menoleh pada si pimilik suara. Pandangan mata merah kelihatan tertacap pada wajahnya.

Raut muka jelas mempamerkan ekspresi keliru. Fernand kini mampu berdiri dengan teguh. Sebelum ini, lelaki bermata merah dalam keadaan yang begitu tenat. Jelas dan terbukti dirinya bukanlah seorang manusia biasa. Manusia bermata merah ini memiliki kuasa keabadian.

"Kau kenal ayah aku?"

Fernand perlahan-lahan mengangguk. Seekor anjing berbaka husky menyusul duduk di sisinya. Dhak.

"Tak sangka aku dipertemukan semula dengan zuriat pasangan Hourve. Takdir mengatur perjalanan hidup dengan adil."

Lelaki bermata merah melakarkan senyuman halus.

Selwyn terdiam saat bait kata Fernand kedengaran. Bagaimana lelaki bermata merah ini seolah-olah mengetahui sejarah hitam keluarganya. Pandangan matanya terkaku merenung lelaki bermata merah yang berdiri di hadapannya. Air liur diteguk.

"Maafkan aku, kerana aku, kau dan anak Marira disisihkan dari saudara-mara."

Fernand menghembuskan keluhan.

"Apa maksud kau?"

Selwyn bersuara sekadar berbisik. Seumur hidup dirinya tidak pernah dikunjung oleh saudara-mara. Sejak kematian ibubapanya Selwyn terus dihantar ke rumah anak yatim Eplé. Apa yang berlaku suatu ketika dahulu masih banyak lagi belum diketahui.

"Sebelum kau tiba di rumah anak yatim Eplé... segala apa yang berlaku sebelum itu semuanya penuh dengan kegelapan."

Fernand menghembuskan kepulan wap musim sejuk di hujung bibirnya.

Selwyn semakin keliru dengan penjelasan Fernand.

"Apa kau cakap ni? Aku tak faham. Kau punca saudara-mara menjauhi aku? Apa maksud kau?"

Rasa ingin tahu mula memenuhi ruang hati Selwyn.

"Sumpahan mata merah."

Ujar Fernand ringkas.

Selwyn terdiam.

Salji mula perlahan-lahan turun menyentuh tanah Eplé.

Sumpahan mata merah? Selwyn Hourve terus merenung pandangan mata merah milik lelaki yang berdiri di hadapannya. Entah kenapa dadanya mula berdegup dengan kencang.

"Mereka percaya pada sumpahan mata merah?"

Selwyn meneguk air liur. Apakah benar sumpahan mata merah wujud? Sumpahan mata merah. Perkataan itu tidak asing lagi buat Selwyn. Semuanya Selwyn telah diperdengarkan melalui alam mimpi.

"Mereka takut pada sumpahan mata merah."

Sekali lagi Fernand membalas kata pemuda berambut hitam dengan jawapan yang ringkas tanpa penjelasan.

Angin musim sejuk mula memenuhi ruang udara bermain di setiap helaian rambut dua orang lelaki.

Dhak pula kekal duduk di sisi Fernand dalam jelmaan haiwan sepenuhnya.

"Sumpahan mata merah wujud?"

Selwyn bertanya saat terkenang mimpi yang Monica alami. Saat ketika Monica mimpikan ibunya memaklumkan bahawa sumpahan mata merah tidak wujud.

"Mungkin."

Pandangan mata merah Fernand tertunduk. Lelaki itu sendiri tidak pasti.  Kata mereka kewujudannya membawa nasib malang. Ternyata hidupnya penuh dengan kegelapan.  Bapanya mati. Ibunya gila kerana kelahirannya dan akhirnya mati juga kerana dirinya.

"Apa maksud kau mungkin? Apa yang buat kau rasa Sumpahan mata merah mungkin wujud?"

Selwyn memberanikan dirinya untuk bersuara. Dia perlu tahu segala rahsia yang berlaku suatu ketika dahulu. Lelaki itu ingin memahami segalanya.

"Mereka semua mati.. "

Pandangan mata merah Fernand diangkat dan kembali merenung wajah Selwyn.

"Siapa?"

Selwyn meneguk air liur.

"Mereka yang mendampingi aku akan mati."

Fernand turut meneguk air liurnya. Hiba terasa menyengat jiwa saat meluahkan semua ini. Khuatir lelaki yang menyelamatkan dirinya akan terasa terancam untuk mendampinginya.

"Apa yang berlaku?"

Selwyn mengepal buku lima. Terasa berdebar saat mencungkil sejarah hitam daripada lelaki yang berdiri di hadapannya. Cuba untuk memahami keperitan dan kegelapannya.

Untuk seketika Fernand mendiamkan dirinya. Mata merahnya galak merenung wajah Selwyn yang mirip Rogan Hourve.
Segala kenangan lalu terimbas di falam minda jiwanya.

Dhak mendongak merenung wajah Fernand. Risau sekiranya ketidakwarasan tuan pewarisnya akan datang menyerang.

"Apa yang berlaku?"

Sekali lagi Selwyn bertanya namun kali ini ia dalam nada berbisik.

"Mati."

Satu perkataan meniti di hujung bibir lelaki bermata merah.

"Ayah aku mati. Ibu aku mati. Semunya kerana aku. Mereka dihina, mereka dicerca, mereka dicela. Semuanya kerana aku. Rogan mati dibunuh setelah bertemu dengan aku. Bellinda juga mati dibunuh. Nyle Dulchie mati. Marira mati. Arvius mati. Maut akan menimpa sesiapa sahaja yang mendampingi aku."

Biji mata Selwyn terbuntang luas saat nama-nama mereka yang mati disebut. Lelaki berkaca mata itu terdiam seribu bahasa.

Fernand tersenyum.

"Aku cuma berharap kau dan anak Marira akan selamat. Aku dan Dhak akan berangkat pergi sebelum perkara yang tidak dingini berlaku. Terima kasih untuk segalanya. "

Fernand menarik kerudung menutupi wajahnya.

"Nanti. Ada banyak perkara yang perlu aku tau."

Selwyn menghalang dengan kata-kata.

"Aku tak nak sebarang maut menimpa kau sekeluarga."

"Aku nak tau tentang kematian keluarga aku dan Monica."

"Lagi lama aku di sini, lagi cepat kematian akan datang. Percayalah."

"Jangan cuba untuk mengelak."

Selwyn enggan untuk mempercayai.

"Mereka yang mendampingi aku akan mati."

"Aku tak percaya pada sumpahan mata merah!"

Selwyn meninggikan suaranya. Kesabarannya kian menipis.

Fernand terdiam.

"Sumpahan mata merah tak wujud."

Selwyn meneguk air liur.

"Beritau aku apa yang berlaku pada keluarga aku! Aku berhak tau! Siapa yang bunuh mereka! Apa konflik yang berlaku antara kau dan mereka? Aku nak tau!"

Selwyn terus mendesak saat suaranya kian meninggi.

Untuk seketika Fernand mendiamkan dirinya. Pandangan matanya merenung wajah Selwyn. Lama. Hampir seminit.

"Apa masalah kau lagi? Tak boleh nak bercakap?"

Ujar Selwyn geram.

Seraya itu lelaki bermata merah tertawa!

Selwyn berkerut seribu.

Apa masalah lelaki ni? Dia memang gila.

"Apa yang lucu sangat?"

Selwyn bertanya dalam nada yang menyekat amarah.

"Cara kau mendesak tak ubah macam Bellinda. Kau betul-betul mewarisi sikap dia."

Ujar Fernand dalam tawa yang berusaha disekat.

Selwyn kekal merenung wajah manusia bermata merah.

"Kau betul-betul kenal ayah dan mak aku? Aku perlu tau apa yang berlaku."

Selwyn tidak putus-putus mencuba untuk terus mendesak.

"Arvius adalah dalangnya. Aku akan beritau segalanya setelah aku tumpaskan Arvius. Buat masa ni sila lindungi anak Marira. Aku perlu pergi cepat sebelum Arvius sedar kewujudan aku di sini."

Fernand memberi amaran dan amanat dalam nada tenang.

"Apa maksud kau?"

Selwyn tergamam. Lindungi anak marira? Adakah sesuatu yang tidak diingini akan berlaku?

"Anak Marira ada kebolehan menggunakan kuasa sihir semula jadi?"

Fernand bertanya.

Biji mata Selwyn di sebalik kaca mata terus terbuntang luas.

"Macam mana kau tau?"

Fernand turut tersentak. Tak sangka Arvius sempat lakukan semua ini dalam diam.

"Itu merupakan titik punca sihir yang Arvius tinggalkan untuk seru roh sesorang."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top