174 ❃ JANJI MAKHLUK SERUAN

"Dhak...boleh berjanji pada aku?"

Fernand menyarungkan jubah musim sejuk berkerudung pada tubuhnya.

"Apa sahaja untuk Tuan Fernand."

Ujar Dhak penuh semangat.

"Teruskan hidup untuk aku."

Fernand tersenyum hambar.

Dhak terkedu melihat senyuman tuan pewarisnya di bawah cahaya rembulan yang menembusi jendela kamar. Senyuman yang disulami dengan rahsia hati.

Teruskan hidup? Apa maksudnya? Adakah Fernand akan meninggalkan dirinya bersendirian? Adakah hubungan di antara tuan pewaris dengan makhluk seruan ini akan terputus. Apakah benar tuan pewarisnya telah nekad untuk meninggalkan dunia ini?

"Boleh berjanji?"

Lelaki bermata merah membongkok  seraya itu telapak tangan menyentuh wajah makhluk seruannya.

"Saya akan berjanji untuk teruskan hidup bersama tuan."

Pandangan mata Dhak merenung mata merah milik tuan pewarisnya. Telinganya tertunduk. Kenapa bait kata ini berbaur perpisahan. Bukankah Tuan Fernand baru sahaja sembuh sepenuhnya.

"Berjanji yang kau akan teruskan hidup walaubagaimana pun."

Fernand membalas pandangan mata Dhak.

"Saya akan teruskan hidup saya asalkan saya bersama tuan."

Perlahan-lahan Dhak menyentuh belakang telapak tangan Fernand sementara tangan lelaki itu masih lagi di wajahnya.

"Kau sangka ajal kita akan tiba pada masa yang sama?"

Fernand bertanya dalam nada berbisik.

"Mungkin... nyawa saya dirantai dengan nyawa tuan."

Dhak bersuara lemah.

"Aku akan putuskan pertalian ini tak lama lagi Dhak. Aku tak nak kau mati kerana rantai ini."

Fernand menyentuh rantai besi pada leher Dhak. Rantai sebagai tanda ikatan secara paksa antara makhluk seruan dan juga tuan pewaris.

"Rantai ini memudaratkan kau. Kerana aku telah disumpah kita tidak mampu membuat ikatan secara rela."

"Saya rela atas apa yang menimpa diri saya kerana tuan."

Pak!

Fernand menepuk kepala Dhak.

"Aku tak rela."

Si lelaki bermata merah kemudian berdiri. Kerudung di tarik ke depan bagi menutupi wajah.

"Kenapa.."

Dhak mengusap kepalanya. Telinga anjingnya tertunduk.

"Macam mana aku nekad sekalipun untuk tumpaskan Arvius, aku dapat rasakan aku akan mati di tangan dia."

Fernand merenung wajah Dhak.

"Tak mungkin..tuan lebih hebat daripada Arvius. Tuan pernah bunuh Arvius."

Dhak menggigit bibirnya. Tidak suka dengan apa yang didengarinya.

"Sehingga saat nyawa-nyawa ikan, Arvius masih mampu memasang jerat sihir untuk hidup semula. Arvius, penyihir kegelapan yang bukan calang-calang Dhak."

Fernand memberi amaran.

"Sejujurnya tahap kuasa aku berbeza dengan Arvius. Dia adalah penyihir. Aku hanya seorang manusia yang gunakan kuasa sihir larangan untuk hapuskan dia."

Wajah Dhak jelas mempamerkan ekspresi yang begitu risau saat lelaki bermata merah menjelaskan segalanya.

"Aku dapat rasakan Arvius telah siap-siap sediakan satu kuasa untuk hapuskan aku saat nyawanya diragut."

Fernand menghembuskan keluhan.

"Tak..itu cuma andaian tuan. Tuan akan hapuskan dia. Tuan boleh.. lagipun tuan memiliki keabadian."

Bersungguh-sungguh Dhak menafikan spekulasi tuan pewarisnya,

"Dhak.."

Sepatah Fernand bersuara.

"Ya, tuan?"

Dhak meneguk air liur.

"Aku tak nak keabadian ni."

"Say-"

"Berjanji pada aku, kau akan hidup untuk aku."

Fernand memotong kata Dhak.

Dhak terdiam saat dadanya diserang rasa sebak. Tiada pilihan lain yang ada melainkan untuk akur sahaja. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Mari..."

Fernand mengatur langkah keluar dari kamar. Jari diletakkan di bibir sebagai tanda isyarat supaya tidak melakukan sebarang bunyi bising.

Tombol pintu kayu dipulas perlahan.

"Tuan nak keluar senyap-senyap? Tapi tuan pemilik kafe ada di luar."

Dhak bersuara dalam nada berbisik.

"Jangan risau. Aku memang nak berjumpa dengan dia. Nyawa anak Marira mungkin dalam bahaya."

Fernand turut bersuara dalam nada berbisik.

"Arvius tak boleh tau kita ada di sini."

Dhak membuntangkan biji matanya. Risau.

"Bukan. Arvius tak boleh tau langsung tentang kewujudan anak Marira."

"Maksudnya...anak Marira akan mati?"

Dhak meneguk air liurnya.

"Arvius akan bunuh dia."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top