171 ❃ KISAH KELAHIRAN JELMAAN JIWA

Jauh dari segala ruang yang ada di Ghais Lavanark, wujudnya sebuah dimensi kegelapan. Di sana, berlakunya kelahiran jiwa secara paksa. Semuanya berlaku berpunca dariada kegelapan sihir. Sihir larangan.

Mereka yang menyeru kami maka kami dilahirkan. Kami ingin tahu kenapa kami diseru. Kami mahukan jawapan. Kami inginkan kebebasan. Kami tidak mahu selama-lamanya tersepit di dimensi kegelapan ini.

Aku.. adalah jelmaan jiwa seorang gadis. Aku ingin mengetahui punca aku diseru. Aku menanti rangsangan kuasa daripada si penyeru untuk sempurnakan jelmaan aku. Namun, si penyeru yang aku tidak sempat temui telah batalkan seruannya.

Maka jelmaan aku terbantut. Terhenti. Perlahan-lahan jelmaan aku menghilang. Kesempurnaan jasad aku terhapus. Dan aku akur untuk terlena buat selama-lamanya. Lenyap semata.

Namun, siapa duga?

Saat kewujudan aku terhapus. Saat aku sesakkan nafas. Jiwa aku ditarik secara paksa oleh seorang lelaki. Aku telah diheret keluar dari dimensi kegelapan. Aku akhirnya tiba di Ghais Lavanark. Aku kini mampu bernafas dengan tenang setelah sekian lama lemas di dimensi kegelapan.

Sangka aku, diri ini telah dipertemukan dengan si penyeru . Namun, sangkaan aku semuanya tersasar.

Aku telah diheret keluar oleh....

Arvius.

Tuan Arvius.

Dia telah memaksa aku untuk berkhidmat padanya. Katanya dia inginkan kuasa aku untuk menghapuskan musuhnya. Malangnya, aku tidak memiliki sebarang kuasa.

Aku hanyalah jelmaan jiwa seorang gadis manusia.

Katanya sekiranya aku tidak mampu lakukan apa-apa, aku akan diseksa dan dibelesah dengan kejam sehingga nyawa-nyawa ikan.

Aku merayu untuk diberi peluang.

Oleh itu, aku dikerah untuk melaporkan kegiatan seorang manusia dan seorang bunian. Mereka adalah Rosamund.

Aku harus laporkan kepada Tuan Arvius langkah mereka. Dan di sini aku berdiri.

Di belakang sebuah kediaman manusia.

Pandangan mataku yang kabur merenung seorang lelaki yang berdiri di jendela. Pandangan wajahnya hanya kekal merenung aku.

Entah kenapa aku dapat rasakan kami pernah bertemu. Aku juga tidak duga langkah pernemuan ini begitu mudah. Barangkali aku memiliki kuasa naluri?

Nafas aku semakin lemah.

Tak.

Tidak mungkin.

Barangkali perasaan ini berpunca kerana Arvius telah menggunakan kuasa imbas bayangan lelaki ini ke dalam mindaku. Ya, ini adalah lelaki yang Arvius mengarahkan aku untuk mengawasi gerak-gerinya.

"Laporkan..pada...Tuan...Arvius.."

Aku berbisik perlahan.

Lelaki itu kekal berdiri di atas hanya sekadar memerhatikan aku. Apa patut aku laporkan pada Tuan Arvius?

Lelaki ini hanya sekadar berdiri di tepi jendela. Patutkah aku maklumkan sedemikian?

Aku tak tau.

Aku buntu.

Aku takut.

Aku takut untuk kembali ke dimensi kegelapan. Aku terseksa dan merana saat jelmaan jiwa aku perlahan-lahan terhapus di sana. Aku takut.

"Jangan..hapuskan...say..say..."

Pandangan mata aku semakin kabur. Air mata aku megalir. Aku terlalu takut.

"Say...saya..tak-"

Lutut aku terketar-ketar. Cuaca yang dingin terlalu mencengkam tulangku.

Nafas aku terlalu singkat.

Akhirnya tubuh aku rebah di atas salji putih yang memenuhi tanah Ghais Lavanark.

Sejuk.

Pandangan mata kosong merenung keputihan salji.

Apa perlu aku lakukan? Aku tidak mahu mati.

Tapi..aku tidak tahu bagaimana ingin kembalikan tenaga aku.

Suasana malam begitu sepi saat aku terlantar di atas bentangan permaidani dingin. Pandangan mata aku yang kabur perlahan-lahan bertukar gelap.

Mungkin aku patut akur untuk kembali ke dimensi kegelapan.

Tidak berapa ketika, aku terdengar bunyi derap langkah seseorang menghampiri aku. Aku cuba untuk membuka mata namun aku tak berdaya.

💙

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top