167 ❃ CINCIN SEORANG WANITA
"Kawasan ini dilindungi oleh semangat penjaga embun. Embun di sini sedikit membeku kerana ada sedikit kuasa peredaran waktu dan cuaca yang mengganggu. Saya tak tahu betul ke tidak. Tapi itu yang tertulis dalam kisah dongeng Raegan. Ada yang kata ia benar dan sebaliknya."
Ujar Ignace sambil tersenyum.
"Semangat penjaga embun?"
"Saya pun tak pasti. Ramalan tertulis dekat sini akan ada seseorang yang mampu bertemu dengan mereka yang sudah mati atas beberapa syarat."
"Mati?"
Acantha berkerut.
"Apa maksud awak Ignace?"
"Saya ada baca, sekiranya orang itu adalah orang yang kita sayang dan cinta sehinggakan kita sendiri tidak sedar betapa kita cintakannya...kita mampu bertemu dengan dia di sini. Tapi pertemuan yang macam mana saya tak pasti."
"Kita akan terserempak dengan roh ke Ignace?"
Ignace tertawa.
"Saya rasa kan. Cerita tu direka. Nenek moyang dekat Raegan ni tak nak manusia teroka dan merosakkan kawasan seindah ni. Jadi mereka takutkan dengan cerita macam tu. Yelah, siapa berani nak berjumpa dengan roh kan?"
"Tapi..kalau roh orang yang kita sayang?"
Acantha bertanya tulus.
Ignace terdiam.
"Mati adalah perpisahan..sebab tu saya takut mati.."
"Jangan risau Acantha... Ada kehidupan selepas kematian yang menanti kita."
"Ada ke?"
Acantha tertanya-tanya.
"Ada..saya percaya."
"Tapi.. mereka cuba bunuh saya..mereka cuba pisahkan say---"
💙
Minuman kopi panas berkrim yang dihidang di atas meja langsung tidak disentuh. Aroma harum kafein masih segar berlegar di ruang udara.
Pandangan mata Ignace terkaku merenung jendela. Di dalam mindanya pula di asak dengan kenangan lalu. Saat ketika dirinya bersama Acantha sedang berbicara mengenai kisah dongeng Raegan.
Pasti sesuatu telah menimpa Acantha. Kerana itu roh Acantha muncul. Apa yang lebih mendukakan roh gadis yang dicintainya itu muncul dalam rupa bayangan gelap. Walaupun wajahnya tidak kelihatan namun suara rintihan itu sememangnya milik Acantha.
Roh Acantha muncul dan merintih dalam bentuk bayangan gelap. Itu merupakan satu petanda yang tidak baik.
Acantha tidak tenang. Ada sesuatu yang menganggu Acantha. Bagaimana dirinya mampu untuk membantu Acantha? Gadis yang kini sudah tiada di dunia Ghais Lavanark.
Bagaimana?
Lelaki itu menghembuskan keluhan. Dagu ditongkatkan. Pandangan matanya terus merenung pemandangan di luar yang dilitupi dengan salji putih.
Flora terkebil-kebil merenung Ignace. Lelaki yang sedang belanja dirinya minum petang itu sedang dilanda masalah.
Tapi masalah apa?
Apa agaknya yang sedang bermain di minda Ignace Rainault?
Salahkan dirinya bertanya? Nak tanya tapi takut kena marah pulak. Bagaimana ingin mulakan perbualan?
Oh, Flora. Kau adalah gadis yang becok! Bukan becok yang biasa tapi sebecok-becok yang luar biasa. Murai pun kalah.
Kenapa tiba-tiba tak mampu bersuara? Tak akan nak berdebar lagi? Rasanya debaran bodoh tadi dah hilang.
Flora menghirup air kopi susu panas. Untuk seketika dirinya mencuri-curi pandang wajah Ignace Rainault. Boleh tahan juga rupa Ignace ni.
Tak sedar pulak Ignace ni ada rupa yang agak boleh tahan kacaknya.
Eh apa ni.
Jangan. Ignace ni hak orang! Jangan nak menggatal Flora!
Oh! Bercakap tentang hak orang. Pandangan mata Flora kini beralih pada tangan Ignace yang terletak di atas meja.
Jam saku kesayangan berada di bawah telapak tangan lelaki itu.
Menurut pemerhatiannya. Objek tersebut merupakan harta yang begitu penting buat Ignace. Gila tak penting. Di dalam jam saku tersebut terdapat sekeping foto seorang wanita. Siapa lagi kalau bukan Acantha. Bukan sahaja tersimpan sekeping foto, sebentuk cincin juga tersimpan di dalam jam saku tersebut.
Opps...
Sejujurnya ketika menemui jam saku tersebut Flora telah menceroboh ruang privasi Ignace. Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak Flora telah mencuri-curi buka jam saku tersebut.
Ignace bersikap terlalu mencurigakan. Jangan salahkan Flora. Siapa suruh berahsia.
Apa yang paling menimbulkan persoalan adalah terdapat sebentuk cincin seorang wanita di dalamnya. Terukir pula sebuah ayat cinta pada cincin tersebut.
Ignace Acantha Selamanya.
Isu yang tertimbul adalah...kenapa cincin tersebut tidak tersarung pada jari Acantha?
Flora sempat melirik pandangan matanya pada jari Ignace. Jelas dan nyata. Sebentuk cincin kelihatan tersarung pada jari manis Ignace. Ukiran bentuknya pula sama dengan cincin yang berada di dalam jam saku itu.
Sekali lagi. Isu yang tertimbul adalah. Kenapa cincin tersebut tidak tersarung pada jari pasangannya. Acantha.
Di manakah Acantha?
Oh! Rasanya Flora tau kenapa. Memandangkan lelaki di depannya kini kelihatan begitu murung dan resah pasti Ignace telah ditipu Acantha. Acantha telah curang. Acantha telah tinggalkan Ignace dan Ignace pula masih hegeh cintakan Acantha.
Disebabkan itu Ignace marah apabila Flora bertanya berkenaan Acantha! Ya! Hati Ignace marah dan panas meradang.
Oh! Hebatlah Flora! Segala spekulasinya ada kemungkinan benar. 99.99% adalah benar. Mungkin Flora patut cungkil jawapan sebenar dengan lakonan perbualan.
Flora terangguk-angguk sendiri.
"Apa yang kau angguk-angguk ni?"
Tanya Ignace yang masih menongkatkan dagunya.
Flora tersentak.
"Ah! Apa? Mana ada?"
Wajah Flora bertukar merah. Sangka Flora Ignace mengelamun jauh dan tidak akan sedar diringa diperhatikan.
Rupanya Ignace pula yang sedar Flora sedang mengelamun jauh!
Argh! Tak guna!
"Apa yang kau fikir?"
Tanya Ignace lagi.
"Urm..entahlah.. Tak ada apa-apa."
"Kau nak tambah air? Kau segan ke nak tambah?"
Ignace pula mengemukakan spekulasi.
"Eh..taklah. Air aku penuh lagi."
Flora bersuara tersangkut-sangkut.
Ignace berkerut seribu. Cawan minumannya direnung. Penuh. Cawan Flora pula kosong.
"Air kau kosong. Air aku yang penuh. Apa kau merepek?"
Ignace semakin keliru.
Flora tersentak! Alamak!
Hakikatnya Flora sedang fikirkan tentang Ignace. Air minumannya yang masih tidak terusik kerana terlalu asyik merenung pemandangan di luar.
"Hihi...sebenarnya kan aku fikir pasal..kau."
Flora tertawa bersama senyuman kerang yang agak busuk.
"Pasal aku?"
Ignace mempamerkan raut wajah yang ganjil.
Sekali lagi Flora tersentak! Alamak! Salah cakap. Nanti salah faham pulak!
"Maaflah..aku cuma..maksud aku. Aku fikir tentang.."
"Tentang?"
Flora semakin gelabah. Mungkin dirinya patut berterus terang?
"Er..aku fikir tentang...urm.."
Flora tertunduk. Cepat ! Cari akal untuk bersuara.
"Aku fikir tentang perubahan hidup kita yang mendadak. Dah lama tak berjumpa kan? Tiba-tiba masing-masing dah berubah. Kau nampak berbeza Ignace. Tak nampak macam Ignace yang dulu."
Flora tiba-tiba mengeluarkan segala bait kata yang terpendam dalam kotak persoalannya.
Ignace terdiam.
"Acantha.... mesti dia lebih cantik daripada bulan dan bintang."
Flora terus bersuara tanpa fikirkan apa-apa.
Ignace menundukkan pandangan matanya.
"Aku teringin nak tengok dia depan-depan. Kau tak guna Ignace!"
Flora menghempas meja dengan kedua tapak tangannya!
" Dah ada teman wanita kau senyap je. Kenalkan lah dekat aku! Mungkin aku dan dia boleh jadi kawan baik!"
"Berhenti bercakap tentang Acantha. Kau tak layak nak cakap apa-apa tentang dia."
Ignace berbisik dalam nada geram.
Mujur kafe ini lengang. Kalau tidak sudah pasti menjadi perhatian orang ramai.
Flora tergamam. Rasanya dia telah bertindak agak melebih-lebih. Semuanya kerana perasaan ingin tahu yang membuak-buak.
Untuk seketika suasana kafe menjadi sunyi dan janggal.
Ignace menghembuskan keluhan.
"Maaf.Aku tak ada niat nak berkasar."
Lelaki berambut emas kembali melemparkan pandangan matanya ke luar jendela. Tolonglah. Tolonglah jangan buat dirinya marah.
Ignace cuba meredakan kemarahannya.
Flora tertunduk malu. Dia telah bertindak bodoh!
"Tak..aku yang patut minta maaf."
"Kau langsung tak berubah. Mulut bising. Suka jaga tepi kain orang."
Ignace tersenyum. Air minuman dihirup.
"A-apa? Aku..aku cuma suka tengok perkembangan kawan-kawan sekelas."
Flora menegakkan benang yang basah.
"Flora..."
Lembut sahaja kedengaran nama Flora meniti di bibir lelaki itu.
Cangkir minuman diletakkan di atas meja.
"A-apa?"
Flora berkerut. Jantungnya entah kenapa berdebar saat Ignace menyeru namanya.
"Aku nak tanya sesuatu, boleh?"
Ignace merenung pandangan mata Flora.
"Tanya apa?"
Aduh..Ini yang buat bertambah berdebar. Renungan matanya yang tepat dan dalam terpanah pada dirinya.
"Boleh janji kau akan jawab dengan jujur?"
Pandangan mata zamrud Ignace Rainault masih kekal merenung pandangan mata Flora.
"Apa dia?"
Flora cuba mengawal perasaan gemuruh. Soalan apa yang dia nak tanya ni?
"Kau ada buka dan tengok apa dalam jam saku aku?"
*** Ignace tidak berkaca mata. But I think the fan art of this character really suit him. Sekian. Kyaa.. ♡´・ᴗ・'♡
©To the respectful owner.
Are you guys getting excited? I hope so.
Don't forget to vote! Love you!
The Powerless
saptember.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top