166 ❃ UCAPAN TERIMA KASIH

Salji begitu lebat menuruni tanah Kota Raegan. Ignace meraup wajahnya. Lelah, tersandar pada kayu pohon. Nafasnya tercungap-cungap menghembuskan wap di hujung bibir.

Apa yang telah menimpa dirinya? Apa yang telah berlaku?

Ignace Rainault diasak dengan kekeliruan yang melampau.

Cuaca begitu sejuk. Bisa kedinginan mencengkam sehingga ke tulang walaupun tubuh sudah dilitupi pakaian yang tebal.

Perlahan-lahan belakangnya yang tersandar pada pohon menggelungsur turun sehingga punggungnya menyentuh tanah bersalji.

Ignace menghembuskan keluhan. Mata dan hidungnya mula kemerahan menahan sebak kecewa dan pasrah.

Jam saku yang memikul pelbagai kenangan dirinya bersama Acantha telah tercicir dan hilang ketika dirinya cuba mengesan medan sihir di sekitar tanah pusara Acantha.

Beberapa hari sudah berlalu sejak peristiwa roh Acantha merintih memohon pertolongan. Ignace mengambil keputusan untuk cuba menjejaki sekiranya terdapat sebarang medan sihir yang dikaitkan dengan roh Acantha. Mujur tiada.

Namun,

Rintihan roh Acantha.

Apa yang sebenarnya telah berlaku? Adakah itu permainan ilusi?

Tidak.

Ia nyata.

Ia jelas.

Cuma...

Ia mengelirukan.

Apa sebenarnya yang telah menimpa Acantha? Bagaimana dirinya ingin mencungkil rahsia alam roh? Adakah seseorang cuba lakukan sesuatu ke atas Acantha?

Acantha sudah mati. Apa lagi? Apa lagi yang hendak dilakukan ke atas gadis itu?

Ignace tersentak.

Sesuatu tiba-tiba melintas di mindanya.

Varnel? Ayah Acantha.

"Tak...tak mungkin..Varnel dah mati."

Ignace berbisik perlahan. Mayat Varnel telah ditemui pihak Rosamund. Jantungnya telah dirobek dengan ganas. Kematiannya dipercayai dibunuh oleh makhluk seruannya sendiri yang mengganas.

Ignace menghela nafas panjang. Semua yang berlaku benar-benar mengganggu jiwanya. Perlahan-lahan lelaki itu mendongak. Merenung salji yang tidak putus-putus singgah di tanah Raegan.

Apa yang paling mendukakan kini adalah jam sakunya telah tercicir dan hilang. Di dalam jam saku itu terdapat cincin tanda ikatan cinta dirinya terhadap Acantha. Mustahil untuk jumpa dalam keadaan salji yang lebat ini.

Hilang cinta. Hilang tanda kenangan. Apa lagi?

"ARF-ARF!!"

Ignace berkerut. Lamunannya terus berkecai. Bunyi anjing menyalak? Bergema-gema suaranya kedengaran.

"ARF-ARF!!ARFFF!! ARFFFF!!!"

Ignace berdiri. Rasanya bunyi anjing itu semakin hampir.

"ARFFFFFFFF!!!!!!!!!!!!!!"

Biji mata Ignace terbuntang luas! Kelihatan seekor anjing berbaka springer spaniel sedang berlari laju di atas tanah bersalji dengan penuh teruja. Seolah-olah tanah yang terbentang luas ini adalah miliknya.

Rasanya anjing ni cuba dapatkan sesuatu. Tapi apa? Rasanya tiada apa-apa di sini melainkan....

"Uff!"

Terasa senak di dada dan perut apabila ditimpa si haiwan gebu. Tubuh Ignace terus jatuh terbaring di atas tanah bersalji!

Habis salju putih di atas tanah melambung naik di ruang udara!

"Arf!Arf!"

Si anjing menyalak tanda gembira di atas tubuh Ignace. Ekornya meliuk ke kiri dan ke kanan dengan laju.

Ignace terkebil-kebil. Apa kejadah anjing gila ni nak daripada dia?

"Apa kau nak dari aku?"

Ignace berbisik geram.

"Arf!Arf!"

Si anjing terus menghidu-hidu tubuh Ignace. Hidungnya bergesel-gesel pada wajah Ignace,rambut Ignace, leher Ignace, pipi Ignace dan ketia--

"Oii!! Gelilah..Bangun.."

Ignace tertawa menahan geli. Wajah anjing itu di tahan dengan kedua tangannya daripada terus di hidu.

"Arf!Arf!

"Eddy!!!"

Seorang gadis muncul sambil tercungap-cungap.

"Arf! Arfff!"

Si anjing gebu terus belari ke arah tuannya.

"Flora?"

Ignace kemudian berdiri sambil menepuk-nepuk salji yang memenuhi tubuhnya.

"Gila. Laju betul kau lari. Tunggulah aku!"

Flora memarahi anjingnya, Eddy sambil bercekak pinggang.

Si anjing tertunduk. Akur akan kesalahannya yang seringkali meninggalkan tuannya jauh di belakang. Bukan sekali namun sudah beratus kali.

"Anjing kau terkam dan naik ke atas badan aku. Aku tak tau apa yang dia nak."

Ignace datang menghampiri dan mencangkung di sisi Eddy. Kepala anjing itu diusap perlahan.

"Oh, Ignace! Kami memang cari kau!"

Ujar Flora teruja. Tangannya terus meraba-raba tas tangan yang disilangkan pada bahunya.

"Nasib baik deria bau Eddy hebat. Nah!"

Flora menghulurkan jam saku milik Ignace yang telah tercicir.

"Aku punya.."

Biji mata Ignace terbuntang luas. Terus Ignace mengambil jam saku itu dan dikucup.

"Macam nak gila aku cari! Terima kasih Flora. Terima kasih Eddy.."

"Arf!Arf!"

Si anjing berbunyi apabila namanya kedengaran.

Ignace mendakap tubuh Eddy. Si anjing menyalak kegembiraan.

"Eh-hem.."

Si Flora berdehem.

"Aku yang jumpa atas tanah. Tertimbus bawah salji. Nasib baik kilauannya aku nampak dan paling utama dan paling penting! Nasib baik aku yang jumpa."

Ujar Flora penuh bangga sambil menyilangkan kedua tangannya di dada.

"Kau patut berterima kasih pada ak--"

"Terima kasih."

Tanpa berfikir panjang terus Ignace mendakap tubuh Flora.

Biji mata Flora terbuntang luas. Selain ayahnya, ini kali pertama dirinya didakap oleh seorang lelaki.Jantung gadis itu tiba-tiba mula berdegup dengan kencang.

"Aku tak tau macam mana nak balas budi kau."

Ignace bersuara mendatar.

"Belanja aku makan!"

Flora dengan pantas menolak tubuh Ignace! Dengan drastiknya dirinya ingin menghapuskan suasana janggal yang tiba-tiba datang menimpa.

"Oh,baiklah. Bila? Sekarang?"

Ignace menguntumkan senyuman.

"Oh, boleh jugak. Aku pun tengah lapar ni."

Flora menepuk-nepuk perutnya sambil mengeluarkan tawa palsu. Semuanya bagi menghapuskan perasaan janggal.

Eh?!

Flora tersentak.

Uih?! Tadi dah hapuskan suasana janggal. Sekarang perasaan janggal? Apa makna semua ni?! Oh tidak! Jangan! Tidak mungkin! Tidak! Tak! Tak! Tak!

"Kalau macam tu,jum. Aku belanja Eddy sekali."

Ignace bersuara memecahkan lamunan Flora.

"Ba-baiklah! Jum!"

Flora gugup.


*** Maaf lama tak aktif. Kecewa dengan masalah manusia yang mengelilingi saya. Saya tak ada mood nak menulis. Saya melukis and main game je. Harap korang tak putus asa dengan sikap saya yang kejap aktif kejap tak.

I love u guys.

Mungkin.. saya ni.. lebih layak digelar sebagai biskut lemau.
🍪🍪

Bawah ni adalah rupa anjing berbaka Springer spaniel.


Don't forget to vote.

Love,
saptember

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top