163 ❃ KEBANGKITAN SUMPAHAN MATA MERAH
Hujan yang lebat akhirnya berhenti.
Seorang pemuda bermata merah menapak ke luar dan melabuhkan punggungnya di atas rumput yang basah.
Fernand tersandar pada pokok. Masih tidak dapat lupakan ibunya yang maut ketika cuba selamatkan dirinya. Ibunya dibunuh. Ayahnya dibunuh.
Maut.
Segala malapetaka yang berlaku semuanya kerana dirinya. Semuanya kerana sumpahan mata merah.
Sumpahan mata merah yang mengundang musibah buat mereka yang terdekat, yang menghampiri dan mendampinginya.
Apakah semua itu benar? Adakah sumpahan mata merah benar-benar wujud?
Pandangan mata merah Fernand terkebil-kebil merenung langit biru. Matanya terpejam.
Gelap penglihatannya.
Mungkin hanya dengan menjadi buta sahaja sumpahan mata merah akan berakhir?
Sumpahan mata merah tak wujud!
Fernand tersentak. Pandangan matanya terbuka. Suara Marira tiba-tiba bergema di dalam mindanya. Suara ketika Marira menegaskan bahawa sumpahan mata merah benar-benar tidak wujud. Semua itu tahyul. Semua itu rekaan semata-mata. Semua itu adalah fitnah.
Fitnah.
Ya, fitnah.
Fitnah itu adalah musibah.
Fitnah adalah adalah malapetaka yang sebenar.
Fernand memeluk lututnya. Siapa? Siapa agaknya yang sebarkan fitnah ini? Siapa yang kata manusia yang memiliki mata yang bewarna merah ini membawa malapetaka dan musibah?
Siapa?
"Arvius..."
Marira berlari mendapatkan Arvius.
Fernand tersentak. Itu suara Marira. Lantas pemuda bermata merah itu berdiri.
"Arvius, tolong jangan bawa mereka jumpa Fernand. Saya merayu."
Marira terus merayu. Air matanya menitis.
"Jangan risau Marira. Saya akan selamatkan Fernand."
Arvius tersenyum sambil menyeka air mata Marira.
"Mana dia?"
Rogan muncul bersama Nyle.
"Rogan, tolonglah Rogan..Fernand tak bersalah."
Marira terus merayu. Air matanya mencurah-curah jatuh.
"Marira, kehadiran dia di sini telah memudaratkan nyawa mereka yang tak bersalah."
Rogan bersuara tegas.
Arvius tersenyum sinis dalam diam.Tak bersalah? Owen sendiri adalah pembelot.
"Nyle? Nyle..awak tak akan buat apa-apa pada Fernand Nyle?"
Marira terus mendakap Nyle. Air mata terus menitis. Fernand baru sahaja melangkah keluar dari kegelapan hidup dan kini mereka ingin merampas cahayanya?
"Maafkan saya Marira.. ini adalah tugas saya sebagai Rosamund.Saya terpaksa jalankan."
Nyle tertunduk sambil membelai perlahan rambut tunangnya yang masih basah ditimpa air hujan.
"Bawa kami jumpa dia,Arvius."
Rogan memberi arahan.
Sisa air hujan kelihatan menitis dari rambut dan dagunya.
"Ah, ya..baiklah."
Arvius tertunduk.
"Tuan cari saya?"
Fernand tiba-tiba muncul bersama pandangan mata yang sayu. Pemuda bermata merah telah dengar segala butir perbualan mereka.
Mungkin benar? Sumpahan mata merah memang wujud. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia serahkan diri?
"Fernand?"
Marira terus berlari mendapatkan Fernand.
"Jadi kau adalah Fernand?"
Rogan datang menghampiri.
"Ya, saya Fernand. Manusia yang dibenci orang."
Mata merahnya merenung wajah Rogan.
"Kenapa kau rasa kau dibenci?"
Rogan berkerut merenung wajah Fernand.
"Saya..saya pembawa musibah."
Fernand tertunduk. Entah kenapa dirinya bersuara demikian.
"Pembawa musibah? Musibah macam mana?"
Rogan bertanya dalam nada suara yang dingin.
"Maut."
Jawab Fernand sepatah.
"Kau membunuh?"
Pandangan mata Rogan bertukar dingin.
"Kehadiran aku membunuh."
Air mata pemuda bermata merah menitis.
"Jangan mengarut Fernand! Sumpahan mata merah tak wujud!"
Marira terus mendakap tubuh pemuda itu dan menangis teresak-esak.
Fernand terpinga-pinga. Kenapa Marira begitu sedih?
"Kamu kenal Owen Morris?"
Nyle bertanya tenang.
"Siapa?"
Kening Fernand berkerut.
"Owen Morris."
Nyle mengulanginya semula.
Fernand menggelengkan kepala.
"Fernand? Kau lupa dia datang jumpa kau?"
Wajah Arvius bertukar pucat.
Fernand terpinga-pinga.
"Siapa?"
Sekali lagi Fernand bertanya.
"Owen."
"Saya tak kenal dia."
Ujar Fernand penuh dengan kekeliruan.
"Kau lupa segala yang Owen buat pada kau? Dia tuduh kau punca kakaknya hilang waras. Owen kata kau pembawa nasib malang dan musibah."
Arvius bersuara terketar-ketar.
"Saya tak ingat apa-apa."
Fernand terpinga-pinga.
"Ini tak mungkin.."
Biji mata Arvius terbeliak.
"Kenapa Arvius? Apa yang berlaku?"
"Sumpahan mata merah...bangkit..."
Arvius berbisik perlahan.
"Apa maksud kau Arvius! Apa yang kau tau tentang budak ni?"
Rogan meninggikan suaranya!
"Fernand...fernand diselubungi sumpahan mata merah. Apabila dia dalam keadaan murung dan sedih yang melampau. Sumpahan itu akan bangkit..Kuasa kegelapan
akan menghapuskan siapa yang menyakitkan hatinya."
Arvius mereka cerita.
Pandangan mata Marira terbuntang luas.
"Sumpahan mata merah dia dah kembali bangkit."
Air mata palsu Arviys menitis.
Fernand hanya sekadar tertunduk. Jadi benarlah selama ini diringa membawa musibah. Maka memang layaklah dirinya dicemuh dan ditindas.
"Tak, itu semua tak benar."
Marira mula menangis dan mendakap erat tubuh Fernand.
"Nyle.."
Rogan bersuara sepatah.
Nyle datang menghampiri Fernand.
Fernand merenung wajah Nyle.
Nyle turut merenung pandanga mata merahnya.
"Nyle...Fernand tak bersalah."
Marira menitiskan air mata.
"Saya serah diri tuan."
Fernand tertunduk.
Nyle tersenyum kelat.
"Jangan risau..aku akan cuba cari jalan penyelesaian buat sumpahan kau."
Nyle Dulchie menyentuh perlahan rambut Fernand.
Fernand hanya sekadar membisukan dirinya.
"Buat masa ni,kau akan ditahan."
Senyuman di bibir Nyle terhakis. Gari dikeluarkan.
"Tak..jangan..."
Marira Merayu.
"Tuan..jangan.."
Arvius bersuara terketar-ketar.
"Izinkan saya..bagi saya satu lagi peluang untuk jaga Fernand."
Arvius melutut di hadapan Nyle dan Rogan.
"Semua ni adalah tanggungjawab saya. Saya gagal hapuskan sumpahan dia."
Arvius merayu dan bersujud.
"Tolong bagi saya satu lagi peluang untuk rawat sumpahan dia. Saya merayu...saya sanggup buat apa sahaja..."
Arvius mula menghibakan tangisan palsu.
"Arvius..."
Marira berbisik perlahan. Air matanya mengalir. Hatinya tersentuh.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top