162 ❃ TELINGKAH DI TANAH PUSARA

"Bell!"

Marira terus mendapatkan sahabatnya. Tangan Bell yang mengepal tumbukkan itu diturunkan.

Nafas Bellinda deras. Pandangan matanya menyinga merenung wajah Arvius.

Pandangan wajah Arvius pula terkebil-kebil. Kenapa perempuan ni tumbuk dirinya? Kenapa Bellinda begitu marah padanya? Kesalahan apa yang dia buat?

"Kenapa tumbuk Arvius?"

Marira seakan-akan tidak percaya.

"Kau yang bunuh Owen! Kau yang bunuh dia!!"

Bellinda meninggikan suaranya sekuat hati!

Mereka semua terdiam dengan tuduhan yang dilemparkan oleh perantis Rosamund itu.

Guruh berdentum. Hujan semakin lebat.

Bibir Bell terketar-ketar. Bellinda kembali menitiskan air mata.

Biji mata Arvius terbuntang luas. Mereka yang lain masih tergamam. Kenapa Bellinda berkata sedemikian?

"Dia pembunuh! Dia pembunuh!"

Jari Bellinda ditunding berkali-kali pada Arvius.

Bellinda terus mencekak kolar baju Arvius!

"Kenapa kau bunuh dia! Kenapa kau bunuh dia! Apa salah dia!"

Bellinda hilang kawalan. Terus dia merengkuh dengan  kasar kolar baju lelaki itu berkali-kali.

Arvius terdiam seribu bahasa. Tidak mampu berkata-kata.
Satu kesilapan besar dirinya bertapak di sini.

"Kau sial! Kau pembunuh!!"

Tubuh Arvius ditolak kasar sehingga rebah di atas tanah yang basah! Bellinda berada di atas tubuh Arvius

"Bell!"

Marira menjerit.

Si gadis perantis Rosamund semakin hilang kawalan! Pisau belati ditarik dari sisipan pinggang dan terus  diangkat tinggi!

"Aku akan bunuh kau!!"

Hujung pisau belati belati betul-betul berhenti di hadapan anak mata Arvius.

"Kawal emosi kau Bellinda."

Rogan menggenggam erat pergelangan tangan Bellinda.

"Lepaskan tangan aku Rogan Hourve."

Pandangan mata Bellinda merenung tajam wajah  Rogan. Tangan gadis itu menggeletar hebat. Masih ingin mencacakkan pisau belati itu pada mata Arvius.

"Kau tak boleh buat tindakkan melulu."

Rogan cuba menenangkan Bellinda Perry.

"Dia pembunuh."

Bellinda berbisik geram.

Arvius kekal mendiamkan diri. Celaka perempuan sial ni. Dia bertindak agresif tanpa diduga dan segala rancangannya rosak!

Kilat memancar. Guruh berdentum.

"Bell, aku tau kau bencikan Arvius. Tapi kau tak boleh tuduh dia."

Marira menyentuh lembut bahu Bellinda.

Bellinda tersentak.  Terus dia menoleh pada Marira.

"Kau jangan jadi bodoh, Mar. Aku tak nampak apa sebab dia datang ke sini. Dia tak ada kena-mengena."

Arvius langsung tak ada talian dengan keluarga si mati. Dan sekarang dia munculkan diri seolah-olah sedang ketawakan mereka. Bellinda yakin Arvius tau sesuatu. Dia telah lakukan sesuatu dan tak mustahil lelaki penyihir ini adalah pembunuhnya.

"Bangun Bellinda! Jelaskan!"

Rogan menarik kasar tangan Bellinda sehingga memaksa gadis itu untuk berdiri. Pisau belati terjatuh di atas tanah.

"Lepaskan aku."

Bellinda merentap tangannya daripada Rogan.

"Bangun Arvius."

Rogan memberi arahan.

Perlahan-lahan Arvius berdiri. Berdepan dengan Rogan Hourve dan mereka yang lain.

"Sekarang jelaskan Arvius. Apa tujuan kau datang ke sini."

Rogan merenung pandangan mata Arvius.

Perlahan-lahan Arvius merenung pandangan mata Rogan. Air liur diteguk.

"Aku datang untuk ziarah si mati. Aku cuma nak tumpang rasa simpati. "

Arvius menjelaskan dengan wajah yang sayu.

"Kau bohong!"

Bellinda melenting!

"Arvius. Kau kenal Owen?"

Nyle mencelah. Pandangan matanya terus merenung wajah lelaki itu.

Arvius tersentak.

"Tak. Aku tak kenal.Aku cuma ziarah kerana dia ada kena mengena dengan sahabat aku."

Arvius bersuara mendatar.

"Kau gemuruh Arvius."

Bellinda tersenyum sinis.

"Siapa tak gemuruh kalau dituduh membunuh."

Jawab Arvius.

"Kau tetap mencurigakan. Siapa sahabat kau dekat sini? Marira? Marira di sini bukan sebab Owen. Marira tak kenal siapa Owen. Tapi sebab aku. Marira nak teman aku. Kau? Apa punca kau bertapak di sini? Melainkan kau tau sesuatu."

Bellinda terus bersuara. Dirinya yakin Arvius berkaitan dengan kematian ini.

"Melalui pandangan mata kau. Aku tau kau sembunyikan sesuatu."

Rogan menarik keluar pedangnya. Bilah yang tajam dihunuskan pada dada lelaki penyihir.

Pandangan mata Arvius terbuntang luas.

"Rogan?! Apa yang awak buat? Saya percaya Arvius tak bersalah."

Marira akhirnya bersuara.

"Marira."

Nyle menyentuh perlahan bahu Marira.

"Tapi Nyle?"

"Rogan tak akan bertindak melulu. Percayalah."

Nyle cuba menenangkan Marira.

"Baiklah..."

Marira meneguk air liur dan mengangguk perlahan.

Arvius mengigit bibir.

"Baiklah, aku mengaku."

Kedua tangannya diangkat sebagai tanda serah diri. Lututnya menggeletar.

"Arvius?"

Terbuntang biji mata Marira.

"Awak tak perlu mengaku atas perkara yang awak tak buat."

"Diam, Mar! Jangan menyampuk!"

"Kau bersikap tak adil Bell!"

"Marira. Tolong bertenang."

Nyle memegang erat bahu Marira.

"Beritahu aku. Apa yang berlaku pada Owen dan Layla."

Rogan kekal menghunuskan pedang pada Arvius.

"Maafkan aku...aku tak sanggup.."

Arvius menekup wajahnya. Air mata mula menitis jatuh.
Lututnya rebah di atas tanah.

Arvius mula melakonkan perasaan sedih dan takut.

"Arvius! Apa yang berlaku?"

Marira terus mendapatkan Arvius.

"Arvius..bertenanglah."

Marira berasa sedih melihat keadaan Arvius.

"Marira ke tepi."

Rogan masih menghunuskan pedangnya pada Arvius.

"Hentikan Rogan!Arvius tak bersalah!"

Marira meninggikan suaranya.

"Rogan..."

Nyle menurunkan pedang Rogan. Pandangan matanya merenung Arvius.

"Jangan risau Arvius. Aku tau kau tak bersalah."

Nyle melutut.

Perlahan-lahan Arvius mengangkat wajahnya merenung wajah Nyle Dulchie. Lelaki yang begitu dirinya ingin bunuh.

"Beritahu aku..siapa yang bertanggungjawab atas kematian keluarga Moris."

Nyle berbisik perlahan sambil menyentuh lembut bahu Arvius.

"Aku...aku...aku tak boleh beritahu."

Suara Arvius kedengaran terketar-ketar.

"Jangan risau, kawan. Kami akan cuba selesaikan masalah ini dengan adil. Inilah tugas sebenar Rosamund."

Tenang sahaja kedengaran suara Nyle.

Arvius menggeleng perlahan.

"Tapi kematian mereka tak disengajakan...semuanya berlaku-"

"Siapa?"

Rogan meletakkan hujung mata pedang di belakang tengkuk Arvius. Terasa panas hatinya apabila Arvius enggan beritahu.

"Beritahu aku siapa? Atau kau akan mati."

Rogan menggertak.

Bibir Arvius terketar-ketar.

"Fer..fernand..."


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top