161 ❃ MERATAP PEMERGIAN SAHABAT

***Sila dengar soundtrack di atas untuk lebih penghayatan. Thank you. Happy reading. ♡´・ᴗ・'♡

Owen Morris. 19 tahun. Perantis Rosamund Unit Nilam di bawah asuhan Rogan Hourve. Jasadnya ditemui rentung di hutan kecil sempadan Daerah Eplé.

Layla Morris. 24 tahun. Kakak kepada Owen Morris. Ditemui maut di dalam kamar tidur kediamannya sendiri. Satu-satunya darah daging Owen. Menghidapi sakit dementia. Ditemui maut dalam keadaan mengaibkan. Tanpa seurat benang. Seluruh tubuhnya dipenuhi dengan kesan calar dan lebam. Sebilah pisau kelihatan tercacak di dalam mulut mangsa yang ternganga.

Orang ramai beransur pulang setelah tamatnya majlis pusara seorang perantis Rosamund dari Unit Nilam bersama kakaknya.
Langit turut bertukar mendung menitiskan air mata gerimis disulam dengan bunyi guruh yang perlahan.

Empat orang manusia sahaja yang masih berada di kawasan tanah pusara.

Bellinda bersimpuh di atas rumput basah berhadapan dengan pusara rakan perantisnya, menangis teresak-esak.

Rogan memegang payung hitam, meneduhkan gadis itu daripada titisan gerimis. Berdiri di  sisi Bellinda Perry, tertunduk dibasahi air hujan. Mata dan hidung lelaki itu kemerahan  menahan hiba. Seorang perantisnya terkorban. Nyawanya diragut pergi walau tidak bertapak di medan pertempuran.

Marira mencangkung di sisi Bellinda. Mengusap belakang sahabatnya itu. Cuba menenangkannya.

"Kenapa Owen pergi.."

Bellinda bersuara tersedu-sedu. Air matanya mencurah-curah jatuh bersama titisan air hujan. Hidung dan matanya kelihantan begitu merah.

Owen merupakan sahabat akrabnya. Mereka berdua bersama kakak Owen hidup merempat suatu ketika dahulu dan menanam impian untuk menjadi ahli Rosamund bagi mengubah masa depan mereka. Harapan muncul apabila mereka ditemui Rogan Hourve.

Namun, impian Owen gagal diraih sepenuhnya apabila maut menyambar.

oɰєň moɾɾɩs
17 juňє

Nyle tergamam merenung batu yang tertulis nama si mati dan juga tarikhnya dipusarakan. Seluruh tubuhnya basah kuyup ditimpa air hujan. Sesuatu bermain di minda lelaki itu. Dirinya masih ingat lagi peristiwa ketika menjalankan misi bersama Owen beberapa bulan yang lalu.

Tubuh Nyle Dulchie ditolak oleh Owen Morris sehingga jatuh dari tebing yang tinggi. Dan setelah dirinya kembali, Owen pula ditemui mati. Semua ini ternyata bukanlah satu kebetulan. Ia berkaitan.

Adakah Owen takut rahsia itu terbongkar dan kerana itu dirinya ingin menamatkan riwayatnya?

Nyle Dulchie meneguk air liur. Namun, semua itu mustahil dan langsung tidak masuk akal. Jelas dan nyata mereka dibunuh dengan kejam.

Ada sesuatu yang amat mencurigakan di sini. Mereka dibunuh dengan kejam. Dan si pembunuh bukanlah calang-calang pembunuh. Bukti dihapuskan dengan sebaik mungkin dengan bantuan kuasa sihir kegelapan. 

Namun, persoaaln utamanya. Kenapa Owen dan Layla dibunuh?

"Owen dah mati... Layla pun.. Mereka dah tak ada.."

Bellinda teresak-esak. Bibirnya teketar-ketar. Kenapa mereka dibunuh dengan kejam? Apa salah mereka?!

Gadis berambut hitam menyeka air matanya yang tidak henti-henti mencurah jatuh.

Marira yang berada di sisi Bell turut menitiskan air mata. Tidak pernah dia lihat Bellinda dalam keadaan sebegini hiba.

Layla Morris ditemui dirinya saat gadis itu ingin datang menziarah. Wanita itu maut dalam keadaan yang sungguh mengaibkan dan ngeri.

Tubuh Bellinda mula menggeletar saat terkenang semula ketika dirinya tiba di kediaman Morris. Sebujur tubuhnya tanpa seurat benang ditemui dalam keadaan sungguh menyedihkan.

Hati Bellinda mendidih panas. Kedua tangannya menggeletar dengan teruk. Dadanya dipenuhi dengan rasa amarah dan dendam kesumat.

"Aku akan carik pembunuh tu! Aku akan bunuh dia! Aku akan bunuh dia!"

Bellinda menjerit sekuat hati dan terus meraung. Tangannya kuat mencengkam tanah berumput yang basah.

"Bell..bertenang.."

Marira berbisik perlahan.

"Apa salah Owen! Apa salah Layla!!"

Bell hilang kawalan apabila dadanya dilanda ombak hiba yang luar biasa.

"Bellinda!"

Payung hitam dicampak pada tanah yang basah. Rogan terus menarik lengan gadis itu dengan kasar sehingga memaksa gadis itu untuk berdiri.

"Lepaskan aku!"

Bellinda mengherdik pada Rogan Hourve. Cuba gadis itu menarik lengannya namun Rogan mencengkamnya dengan lebih erat.

"BELLINDA!"

Rogan meninggikan suaranya apabila perantisnya semakin hilang kawalan.

Bellinda terdiam. Namun, pandangan wajahnya tajam merenung wajah Rogan yang basah ditimpa air hujan.

Nyle dan Marira hanya berdiri dari tepi tidak mampu buat apa-apa.

"Tolong hormat Owen dan Layla. Kawal emosi kau."

Rogan berbisik perlahan saat merenung wajah gadis itu.

"Jangan risau. Aku tak akan biarkan pembunuh itu terlepas."

Suasana menjadi sepi seketika. Yang cuma kedengaran hanyalah bunyi titisan gerimis yang membasahi pohon-pohon dan juga tanah.

Suasana yang sepi tiba-tiba dipecah dengan bunyi telapak kaki yang datang menghampiri.

Siapa?

Perlahan-lahan mereka semua menoleh.

"Arvius?"

Marira berkerut merenung lelaki itu. Apa tujuannya datang ke sini?

Pandangan mata Bellinda terbuntang luas melihat lelaki itu. Apa alasan yang munasabah untuk lelaki durjana itu berani bertapak ke sini?

Lelaki penyihir itu terus datang menghampiri tanpa sedikit pun rasa serba salah mahupun gentar rahsia pembunuhannya terbongkar.

Pandangan mata Arvius sayu merenung batu yang tertulis nama si mati. Wajahnya berjaya kelihatan begitu sedih dan hiba atas pemergian perantis Rosamund dari unit Nilam itu bersama kakanya, Layla Morris yang maut setelah menjadi mangsa melepaskan segala nafsu serakah dan juga amarahnya terhadap kegagalan Owen cuba membunuh Nyle Dulchie.

"Takziah atas pemergian yang amat mendukakan."

Ucap Arvius yang kelihatan begitu sayu.

"Diam! Aku tak nak dengar apa-apa daripada kau!"

Satu tumbukkan padu dihentak pada wajah Arvius!


***Kindly please vote  to show me your great support. Thank you. ♡´・ᴗ・'♡

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top