158 ❃ KEJUTAN BUAT MARIRA
RUANG LEGAR, IBU PEJABAT ROSAMUND
Rogan menyilangkan kedua tangannya. Pandangan matanya tajam merenung wajah Bellinda.
"Bellinda Perry. Satu tugas mudah pun kau ambil masa yang lama untuk selesaikan."
Wajah Rogan serius merenung wajah perantisnya, Bellinda. Tugas Bellinda amat mudah. Bawa Marira ke ibu pejabat. Itu sahaja. Kenapa makan masa sampai satu jam.
Bellinda memuncungkan mulutnya. Jelas mempamerlan ekspressi tak puas hati. Terasa tercalar maruahnya tidak dapat menyuarakan alasannya untuk membela dirinya.
Bellinda memang terkenal dengan mulut lancangnya cuma dengan Rogan sahaja dia tak berani.
Gila nak buat kurang ajar dengan Rogan? Rogan adalah pegawai pelatih Unit Nilam yang membimbing para perantis yang dalam tempoh latihan untuk menjadi ahli rosamund. Nak buat kurang ajar? Silap hari bulan nanti Rogan gagalkan Bellinda.
Semuanya salah Marira. Disebabkan kebendulannya, Bellinda terpaksa buang masa berikan ceramah tentang bersangka buruk terhadap Arvius.
"Rogan, Bell tak bersalah. Saya yang mintak Bell tunggu sekejap. Sakit perut."
Marira memeluk lengan Bellinda sambil tersenyum seperti kerang busuk. Harap-harap Rogan tertipu dengan helahnya.
Rogan hanya sekadar menjongketkan keningnya saat merenung wajah Marira. Pandangan matanya kemudian melirik pada Bellinda.
"Baiklah, kali ni kau terlepas."
Bellinda memutarkan bola matanya. Ingat dia takut?Rogan belagak nak mampus. Suka carik pasal dengan dirinya. Menyampah betul. Mentang-mentanglah ada kuasa. Tunggulah. Tunggu Bellinda jadi ahli Rosamund yang sebenar. Bellinda akan mendahului Rogan Hourve. Satu hari nanti Bellinda akan tewaskan Rogan dalam perlawanan berpedang di khalayak ramai.
"Baiklah, apa kejutannya."
Marira tersenyum. Cuba memecahkan suasana tegang antara Bellinda Perry dan Rogan Hourve.
"Oh! Mar! Aku pasti kau akan gembira!"
Bellinda memegang kedua tangan Marira.
"Kau pasti?"
Senyuman Marira kian kendur. Nak bergembira sangat? Dirinya baru kehilangan orang tersayang. Tak dapat nak bergembira sangat.
"Ya, aku pasti! Kalau kau tak gembira aku berani kerat kepala Rogan."
Bellinda berbisik perlahan dalam keterujaan.
"Kau ada sebut nama aku ke?"
Rogan menyampuk dalam nada dingin dari tepi.
"Eh! Tak Tuan! Maksud saya, ya! Saya kata Saya dan Tuan Rogan yang siapkan kejutan ni untuk Marira."
Bellinda berdalih. Senyuman manis ditampal bagi sembunyikan kecemasan pada wajahnya.
Rogan hanya sekadar menjongketkan keningnya merenung wajah Bellinda. Bukan boleh percaya budak perempuan ni. Rogan sangat pasti dia dengar lain tadi.
"Betul ke macam tu Rogan?"
Marira terkebil-kebil. Apa agaknya kejutan tu? Kenapa dadanya terasa berdebar-debar.
Rogan hanya sekadar mengangguk dan tersenyum.
"Apa dia?"
Marira masih lagi tertanya-tanya.
"Hadiah tu dah lama ada dekat sini."
Ujar Bellinda sambil tersenyum dengan penuh teruja dan menepuk tangannya.
"Siapa yang nak dapat hadiah ni? Kau ke Marira?"
Sempat Rogan memerli Bellinda sambil tersenyum sinis. Dia pulak yang teruja lebih.
Wajah Bellinda terus bertukar merah.
"Biarlah. Saya gembira untuk sahabat saya."
Bell merengus dan menyilangkan kedua tangannya.
"Mana?"
Marira berkerut.
"Pusing belakang."
Ujar Rogan ringkas.
Tanpa membuang masa walau sesaat, Marira terus pusing ke belakang. Saat itu biji matanya terus terbuntang luas. Dadanya berdegup kencang. Seluruh tubuhnya bagaikan lumpuh untuk seketika. Air matanya terus tertumpah.
Bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Khayalan menjadi realiti. Angan-angan menjadi benar.
Kelihatan seorang lelaki berambut coklat gelap berseragam Rosamund lengkap berdiri bersama senyuman.
Bibir Marira terketar-ketar. Terpaku merenung wajah lelaki yang kini berdiri dihadapannya. Wajah lelaki itu kelihatan begitu tenang. Bermata biru. Berambut coklat gelap. Wajah yang amat dirinduinya.
"Nyle?"
Marira menekup mulutnya. Esakkannya mula kedengaran.
Nalurinya tidak salah selama ini. Nyle masih hidup. Dan penantiannya selama tiga bulan tidak pernah sia-sia.
Nyle Dulchie kini berdiri dihadapannya. Nyle bukannya perajurit Rosamund yang terkorban. Nyle terselamat.
"Marira."
Perlahan-lahan Nyle berjalan menghampiri Marira. Jarinya menyeka air mata tunangnya yang terus menitis.
"Nyle..."
Terus Marira mendakap erat tubuh keksihnya yang dikhabarkan mati.
Rogan dan Bellinda tersenyum melihat pertemuan semula mereka.
Bell menyeka air matanya. Tak sangka air matanya turut menitis melihat sahabatnya Marira bertemu semula dengan Nyle Dulchie.
"Kenapa? Nak aku lapkan air mata kau jugak ke?"
Rogan berseleroh.
"Tak payah!"
Perantis Rosamund itu menrengus. Wajah Bell terus bertukar merah padam. Telinganya terasa hangat. Tak guna Rogan.
"Marira betul-betul gembira."
Rogan Hourve tersenyum melihat kepulangan rakan seperjuangannya.
"Ya."
Bellinda mengangguk perlahan.
"Jadi selamatlah kepala aku daripada kena kerat kan?"
Rogan sempat menyindir Bellinda.
Bell tersentak!
Rogan dengar?
💙
***Yeah, Saya rasa gambar di atas sesuai untuk Nyle. How was it guys? Okay tak chapter flashback ni? Saya rasa tak lama kot. Maybe. Saya pun tak dapat nak ramal.
See ya!
Don't forget to vote for more.
The Powerless,
saptember
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top