148 ❃ MEMORI DI KOTA RAEGAN
Kereta api berwap tidak henti-henti menghembuskan kepulan asap putih. Daripada Eplé, dirinya singgah sebentar di Disglar untuk beberapa hari berjumpa dengan ibubapanya. Kini dirinya yang letih dengan sandiwara dunia dalam perjalanan pulang ke Kota Raegan. Sebuah kota yang ibarat peti yang menyimpan segala kenangan.
Kenangan yang manis untuk dikenang namun pahit yang terasa.
Ignace duduk tersandar sambil merenung jam saku yang terukir nama seseorang.
ɑcɑɳtɦɑ
Nama yang tersemat sentiasa dalam jiwanya. Nama yang membawa erti 'Duri.' Duri yang kekal tertanam di dalam jiwa. Begitu dalam terbenam sehinggakan jiwa terasa begitu bisa sentiasa, pedih setiap detik. Berdenyut-denyut rasa perit di dalam jiwa.
Nafas yang tersimpul dengan keluhan dihembuskan. Mata dipejamkan.Letih menatapi pandangan dunia yang kosong. Duduk bersendirian di dalam kereta api berwap tanpa teman.
Bagaimana rasanya sekiranya Acantha berada di sebelahnya? Pasti gadis itu akan memeluk lengannya. Merebahkan kepala di bahunya.
Itu yang seringkali Acantha lakukan. Rindu semakin bersawang di dalam jiwa. Dipenuhi debu-debu kenangan lalu.
Peritnya kenyataan, kini segalanya telah berakhir.
🍎
Ignace terketar-ketar menghalakan senjatanya pada Acantha. Pandangan matanya berkaca-kaca. Kaca yang kian meretak, menanti untuk berderai.
Dua baris giginya bersentuhan erat menahan raungan hiba.
Keningnya berkerut-kerut menahan rasa sebak. Nafasnya berombak deras mengahsilkan kepulan-kepulan wap.
"Ignace.."
Suara Acantha lembut memanggil namanya.
Nafas Ignace semakin kencang.
Tidak. Dia tidak boleh mendengar suara Acantha. Hatinya terseksa.
"Ignace? Saya ada buat salah ke?"
Perlahan-lahan Acantha berdiri. Tulus dirinya bertanya.
Ignace meneguk airliurnya.
Tangannya semakin terketar-ketar. Matanya tajam merenung pandangan Acantha.
"Ignace...maafkan saya..tolong jangan marah saya."
Acantha menggigit bibirnya. Menahan rasa sebak. Adakah Ignace marahkan dirinya kerana perubahan sikapnya?
Dada Ignace semakin laju kelihatan turun dan naik.
"Ignace...jangan benci saya.."
Acantha merayu. Pandangan matanya turut berkaca-kaca.
Tidak. Ignace tidak pernah membencinya.
"Ignace.... maafkanlah saya.."
Satu titisan air mata akhirnya mengalir menerusi pipi dan menitis turun dari dagunya. Adakah Ignace tidak akan menurunkan senjata itu?
"Ignace...."
Acantha memberanikan dirinya untuk menghampiri Ignace. Untuk pertama kalinya Acantha tidak menjadi gila kerana diancam bunuh.
"Ign--"
"Acantha!!"
Ignace meninggikan suaranya. Bergema suaranya kedengaran memecahkan kesunyian malam.
Acantha tersentak.
Langkahnya mati.
Matanya terbuntang luas. Air matanya lebat gugur.
"Jangan kau berani melangkah."
Ujar Ignace dingin. Tangan Ignace semakin mengigil. Tangannya masih kemas memegang senjata yang dihalakan pada Acantha.
Acantha masih lagi berdiri di situ.
"Ignace....ada sesuatu merasuk awak ke?"
Acantha bertanya tulus. Masih dengan sikap lurusnya.
Rasa hiba dan sebak semakin menguasai Ignace.
"Diam."
Nada suara Ignace kedengaran tenggelam.
"Ignace..."
Suara Acantha yang lembut memanggil namanya adalah sebuah penyeksaan buat dirinya.
"Ignace.. maafkan saya."
Ignace menggigit bibirnya.
" Saya ..saya tak berniat nak menyeksa awak.. Maafkan saya.."
Acantha terus merayu.
"Saya tak minta untuk jadi macam ini..Maafkanlah saya."
Acantha terus merintih.
Ignace hanya membisukan dirinya. Kata-kata Acantha ibarat bilah yang menghiris jiwanya dengan halus.
"Ignace.. awak dah janji.. awak kata nak lindungi saya.."
Acantha sekali lagi memberanikan dirinya untuk melangkah menghampiri Ignace.
Kali ini Ignace tidak membantah rentak jiwanya.
Malahan air matanya semakin lebat gugur.
"Ignace... saya cintakan awak.."
Lutut Ignace kian terasa lemah. Seluruh tubuhnya menggeletar.
"Acantha....."
Ignace gugup. Esakkannya lelaki itu mula kedengaran.
Ingin sahaja dirinya membalas lafaz cinta itu.
Acantha kau tak tahu betapa aku ingin melindungi kau. Kau tidak akan tahu betapa pedih dan peritnya jiwa dan perasaan aku ingin membuat keputusan ini.
Satu das tembakan dilepaskan sekaligus memecahkan kesunyian malam. Satu kelongsong peluru jatuh di atas rumput biru.
Biji mata jingga Acantha terkaku.
Air matanya gugur.
Darah yang pekat tersembur keluar. Peluru perak tenggelam di dalam dadanya.
Tangannya dihalakan kehadapan. Mengharapkan tangannya akan disambut oleh Ignace.
Namun, harapan tidak akan hadir saat ini.
Semuanya telah berpaling tadah.
Hidupnya sentiasa diburu dengan ajal.
Dia yang telah berjanji untuk melindunginya akhirnya telah membunuhnya.
Hidup ini ternyata adalah sebuah permainan.
Perlahan-lahan penglihatan mata Acantha bertukar menjadi kabur.
Tubuhnya rebah.
Bunyi air berkocak jelas kedengaran.
Terus tenggelam di dalam tasik kunang-kunang.
Tenggelam bersama harapan yang punah.
Segala bunyi serta-merta lenyap.
Hanya sekadar bunyi buih-buih yang terhasil saat dirinya tenggelam menguasai pendengarannya.
Kunang-kunang air kian bercahaya saat tubuh Acantha tenggelam di dalam tasik. Seluruh tasik yang membentuk daripada anak sungai bercahaya sepenuhnya.
Namun, cahaya yang indah tidak mampu lagi ditatapi saat penglihatan mata kian menghilang.
Kabur dan kian menghilang.
Akhirnya lenyap sepenuhnya.
Gelap dan sepi.
Bunyi wisel kereta api berwap bergema di ruangan udara.
"STESEN KERAJAAN RAEGAN!"
Disusuli pula dengan laungan suara kondukter kereta api.
Ignace tersentak terjaga dari tidur yang dihantui kenangan silam.
Jam saku terlepas dari tangan dan jatuh di atas lantai kereta api berwap. Kelam-kabut Ignace cuba mencapainya semula.
Tidak sanggup kehilangan harta itu.
Jam saku itu membawa lebih dari seribu kenangan. Dengan pantas lelaki itu mencapai semula dan memasukkan objek tersebut di dalam saku seluarnya. Lelaki berambut emas bingkas bergerak bersama beg yang disandang dan terus melangkah keluar dari perut kereta api berwap.
*** 50 VOTES FOR NEXT CHAPTER. THANKS FOR EVERYONE THAT KEEP VOTING. ♥
Love,
saptember
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top