142 ❃ PERSENGKETAAN GADIS MANUSIA DAN GADIS BUNIAN

Beverly menanggalkan segala pakaian di dalam bilik air. Berkemban seperti seorang lelaki dengan kain tuala yang dililit pada pinggangnya.

Hah! Siapa peduli. Dia bersendirian di dalam kamar bersiram lagipun tidak lama lagi tubuh wanita yang menghairahkan ini akan bertukar menjadi tubuh seorang lelaki yang paling seksi, cukup maskulin dan sentiasa sempurna.

Siapa lagi kalau bukan Beryl Yyscadtobleron yang hanya satu dalam dunia Ghais Lavanark ini.

Rambut merahnya yang gebu lagi masai dibelah dua dan ditarik ke hadapan menutupi kedua buah dadanya.

"Aku tak akan rindukan muka kau, Beverly."

Beverly menjongketkan keningnya dan tersenyum sinis merenung refleksi wajahnya pada cermin yang tergantung pada dinding bilik air.

Beberapa minit sudah berlalu. Entah kenapa dirinya masih tidak kembali kepada jasad lelaki yang begitu dirinduinya.

Keringat mula menitis pada seluruh tubuh. Terasa rimas.

"Uish..apahal bahang pulak terasa ni? Ini musim sejuk ke apa?"

Keringat yang menitis disapu dengan telapak tangan.

"Sylvan ni betul ke tidak bagi posyen ni?"

Beverly merungut sambil terus menyeka air peluh yang menitis pada wajahnya.

"Celaka betul, entah-entah Sylvan kenakan aku."

Tidak boleh disangkal lagi. Ini mesti sebahagian daripada permainan Sylvan!

Api kemarahan kian mendidih. Beverly mula bernafas dengan kencang bagaikan seladang yang kian mengamuk.

Pasti Sylvan berikan posyen yang entah apa-apa. Layakkah dirinya terima semua ini hanya kerana memanggil Sylvan dengan gelaran monyet?

Tak patut! Sylvan pengkhianat!

"Siaplah kau, bunian celaka!"

Sylvan perlu bersiap-sedia terima akibatnya!
Akibat yang akan buat bunian berambut putih itu cukup menyesal!

Dengan langkah yang cukup marah, Beverly keluar dari kamar bilik air-

"Huwargh!"

Beverly menjerit lantang!

"Ahh!"

Grisha turut menjerit nyaring!

Nafas Beverly semakin kencang. Wajahnya bertukar pucat! Kenapa Grisha ada di dalam bilik ini?!

"Siapa kau?!"

Grisha bertanya dalam nada cemas! Tidak disangka ada seseorang dalam bilik ini.

Beverly tergamam. Siapa dia tanya? Tak akan nak mengaku! Hilanglah maruah dia!

Oh!Oh! Bertenang Beverly! Sila bertenang. Pura-pura sahaja kau tidak mengenalinya.

Gadis manusia berambut merah menarik nafas dalam dan dihembus. Berusaha mencari ketenangan dalam kecemasan yang luar biasa.

"Si-siapa aku?! Apa kau buat dalam bilik aku?!"

Beverly meninggikan suaranya! Kau masuk bilik aku? Kau tanya siapa aku?

Grisha terdiam apabila Beverly meninggikan suaranya.

"Maafkan aku. Aku sangka ini kamar Berry."

Ujar Grisha dengan nafas yang kian reda. Baiklah, rasanya dirinya telah fikir yang bukan-bukan. Dirinya tersalah masuk kamar orang lain rupanya!

Tak guna punya ahli Rosamund! Maklumat yang salah diberikan kepadanya!

Dahi Beverly berkerut.

"Berry? Apa maksud kau Berry? Beryl lah!"

Tak guna Grisha! Satu nama pun tak boleh di ingat dengan baik.

Grisha tersentak. Maksudnya dirinya tidak tersalah biliklah? Ini kamar yang betul!

Tapi kenapa ada seorang wanita berada di dalam kamar seorang lelaki? Lagi tidak berpakaian dengan berpeluh ligat bersama rambut masai. Apa yang mereka telah lakukan atau bakal mereka lakukan? Dan di mana lelaki tak guna tu?!

Beverly tergamam. Dia faham akan raut wajah Grisha berikan itu. Pandangan penuh hina. Oh! Tidak! Kau memang bodoh Beverly! Sekarang Grisha sudah salah faham.

Grisha menggigit bibirnya. Entah kenapa hatinya berasa marah dan sakit hati. Lelaki tetap lelaki. Kaki perempuan. Buaya darat.

"Kau perempuan menjijikkan."

Grisha berbisik dalam nada geram.

"Apa?!"

Beverly berkerut seribu. Apahal nak marah?

"Aku kata kau menjijikkan."

Grisha menjongketkan keningnya dan merenung tajam wajah Beverly.

"Kau kata aku menjijikkan? Apahal? Kau cembur-"

Beverly tersentak. Kata-kata yang ingin dikeluarkan terbantut. Apakah benar Grisha cemburu? Ini sesuatu yang menarik.

"Tidak! Aku tidak cemburu! Tiada sebab untuk aku cemburu."

Grisha meninggikan suaranya.

"Jadi kenapa kau marah? Kalau marah maksudnya cemburu lah kan? Tak ada sebab lain rasanya."

Beverly tersenyum sinis. Hoho! Entah kenapa hati terasa berbunga-bunga.

"Aku tidak berminat untuk lelaki buaya darat macam dia. Lelaki perosak. Lelaki tak guna!"

Ujar Grisha dalam nada geram dan sakit hati.

Beverly terkedu. Jantungnya terasa bagaikan direntap kasar dan diramas oleh Grisha.

Aduh! Sakitnya hati terasa. Bunga-bunga yang sudah mekar di dalam hati tadi kini layu.
Grisha sudah menganggap dirinya sebagai buaya darat dan lelaki perosak. Punahnya harapan. Ini adalah pengakhiran. Ini adalah penamat. Ini adalah penutup segala pintu harapan.

"Oh, dan lagi satu aku bukan macam kau."

Grisha menyilangkan tangan di dada.

Beverly berkerut kening merenung wajah gadis bunian bermata merah.

"Aku bukan wanita murah dan terdesak macam kau. Hegehkan lelaki perosak kelas bawahan macam manusia bodoh tu."

Ujar Grisha selamba dalam nada sinis.

Terkebil-kebil Beverly dibuatnya.

Whoaaa...

Ini melampau. Melebih-lebih pulak si betina bunian ni. Nak marah Beverly, marahlah! Ini menghina Beryl Yyscadtobleron yang hakikatnya tiada kena mengena langsung! Memang melampau batas!

Manalah dia tau kan?

"Oi, betina bunian sombong. Nak marah sangat ni apahal?"

Beverly mula terasa panas hati.

"Apa kau kata tadi?"

Hati Grisha mula meradang. Bertambah sakit hati apabila dirinya ternyata cemburu. Baiklah, kita berterus-terang di sini. Grisha memang cemburu.

"Kalau kau cemburu cakap jelah. Jangan mengamuk macam bunian bodoh dekat sini. Salah kau sendiri. Sombong sangat!"

Hah! Amik kau! Tepat dan padu! Puas hati Beverly.

Jantung Grisha yang sedang ligat berdegup bagaikan dipanah petir!

"Sila berambus keluar dari sini, betina gila."

Tambah Beverly lagi. Sengaja sakitkan hati Grisha. Dah tau dah, Grisha memang cemburu. Itu yang lebih menarik!

Jantung Grisha berdegup kencang. Rasanya dirinya bakal mengamuk tidak lama lagi.

"Aku murah aku dapat dia. Kau sombong, kau bodoh. Kau berambus sekarang."

Beverly tersenyum sinis. Tangannya dihalakan ke arah pintu keluar.

Pak!!

Grisha menampar wajah Beverly.

Beverly tergamam. Pedih terasa di pipi. Berdesing telinga.

"Berani kau hina aku!"

Grisha menolak tubuh Beverly dengan kasar sehingga terbaring di atas katil! Woi! agaklah! Dah lah tak berbaju! Sungguh terasa terancam.

Beverly cuba mencapai sesuatu bagi mengawal keseimbangan badan! Malangnya tertarik pulak rambut hitam milik Grisha!

Grisha turut jatuh tertiarap di atas tubuh Beverly! Jeritannya jelas kedengaran! Sakit tu!

"Ops..maaf. Tak sengaja."

Beverly melepaskan rambut Grisha.Silap besar ni.

Namun, maaf tidak diterima!

Wajah Grisha bagaikan puaka yang mengamuk. Menarik rambut itu adalah perkara yang paling tidak boleh dimaafkan! Sakit tau tak!

"Kau ingat aku percaya maaf kau?"

Grisha dengan penuh sakit hati merentap dan menggenggam kuat rambut Beverly!

Baiklah! Ini adalah penyeksaan yang luar biasa. Dulu gelak tengok perempuan gaduh tarik-tarik rambut. Daripada bertekak pergi ke rambut. Sekarang dah faham rasa sakitnya macam mana. Tak nak gelakkan lagi.

POFFF!!!!!

Tanpa diduga tubuh Beverly tiba-tiba diselubungi asap kabus bewarna putih.

Tidak! Apa yang bakal terjadi?


(͡° ͜ʖ ͡°) So, yeah... how was it? Nak next chapter?

How about 50 Votes on this chapter for next part. Korang tak akan rugi apa-apa pun if ketik button votes tu. 😘

P/S : Tiada paksaan kepada yang benar-benar tak nak vote. Keputusan terletak di tangan anda.

And please jangan kata saya tak ikhlas menulis. Votes tu tak menguntungkan saya dari segi kewangan langsung.

It just make me happy and feel happy to keep writing. That's all.

I know, bila penulis mintak vote some of the readers leh meluat sangat-sangat and overeact. Please don't do that here. I am fragile. ♡'・ᴗ・'♡

The Powerless,
saptember

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top