140 ❃ SYLVAN SI PENGKHIANAT
Terkial-kial Beverly membawa sedozen botol wine merah melangkah ke dalam Ibu Pejabat Kesatuan Rosamund. Minuman keras itu perlu dihantar ke bilik pejabat si Rosamund berpangkat tinggi Sylvanoryn Arul Valden.
Pintu kayu yang tertera nama bunian berambut putih itu direnung lama.
Baiklah, sekarang pintunya terkunci hemat. Bagaimana ingin mengetuk pintu ini?
Kedua-dua tangan Beverly terasa lenguh memegang bekas berbentuk dulang diperbuat daripada kayu-kayan bersama dua belas botol wine merah. Sungguh berat terasa.
Kalau bertubuh lelaki jangan kata sedozen. Dua dozen pun boleh dibawa dengan sebelah tangan.
Hati Beverly punyalah terasa sakit.
Sial. Sekarang macam mana nak ketuk pintu ini? Bunian celaka.
Kalau berteriak takut orang lain dengar. Nak letak di atas lantai semata-mata untuk ketuk pintu? Itu bodoh dan rajin tak kena tempat namanya.
"Hai, gadis gila."
Suara seorang lelaki kedengaran berbisik di telinga Beverly.
Suara yang cukup dikenalinya.
Pantas Beverly menoleh.
"Sylvan?"
Wajah Beverly bertukar bengang. Memang babi dan pengkhianat nombor satu. Sylvan telah kembali kepada jasad asalnya.
Kau boleh curi-curi minum di Bar Kecil Yyscadtobleron tapi kau tak boleh biarkan diri kau kembali ke jasad asal seorang diri!
Sylvan tertawa kecil melihat Beverly dengan wajah yang penuh amarah.
"Jangan marah-marah Beverly. Itu semua merangsang jiwa wanita kau untuk bangkit sepenuhnya."
Sylvan menasihati dengan niat ingin menyakitkan hati sahabatnya yang masih terperangkap dalam jasad seorang wanita.
"Diamlah. Sebelum aku campak botol ni semua dekat muka kau."
Pandangan mata Beverly menyinga merenung wajah bunian berambut putih yang penuh ceria.
"Kau mahu campak? Larat ke?"
Sylvan menjongketkan keningnya.
"Kau nak ke tak nak benda ni? Bukaklah pintu kau cepat!"
Beverly meninggikan suaranya! Kelihatan tangannya berusaha menatang sedozen wine merah.
"Berat? Perlukan bantuan?"
Lelaki bunian berambut putih tersenyum sinis. Sedozen wine merah diambil Sylvan. Pintu bilik pejabatnya dibuka. Kasihan pula nak buli Beverly lama-lama.
Beverly menghembuskan nafas lega. Terasa lega apabila beban minuman itu diambil Sylvan.
"Mana posyen tu? Aku nak sekarang."
Terasa sakit hati Beverly melihat Sylvan yang kini berdiri dihadapannya sebagai Sylvan yang berseragam Rosamund dan bukan lagi Sylvyen. Bertambah sakit hati dirinya masih lagi berjasad gadis berambut merah.
"Eh? Aku lebih tinggilah."
Sylvan tertawa sambil menepuk-nepuk kepala Beverly. Masih tak sudah lagi nak kenakan gadis pemarah ni. Bukan selalu ada peluang macam ni.
"Aku tak main-main. Aku nak posyen tu sekarang."
Beverly menepis tangan Sylvan.
"Ada syaratnya."
Sylvan tersenyum manis.
"Apa lagi, sial?"
Beverly geram. Pengkhianat punya sahabat.
"Pastikan kau lengkap berpakaian Rosamund selepas kembali menjadi Beryl."
Sylvan memberi arahan.
"Apa-apa jelah. Aku nak posyen tu sekarang."
Beverly mula terasa jelik.
"Janji?"
"Ya, aku janji."
"Bagus. Aku ada letakkan posyen itu di dalam kamar kuarters kau."
Sylvan memberitahu sambil menatang sedozen wine merah dengan sebelah tangannya. Pintu ibu pejabatnya ditolak luas.
"Aduhai, Kenapa letak situ? Mana aku ingat dekat mana. Dah lama tak masuk bilik tu."
Beverly merungut.
"Kau tidak pernah masuk, Beverly."
Sylvan membuat muka meluat.
"Aku tidak pedilu. Pastikan kau pergi ke kamar itu dan keluar semula dengan pakaian Rosamund yang lengkap."
"Baiklah,tuan. Bilik tu di mana, tuan?"
Ujar Beverly penuh sinis dan jelik.
"Selaras dengan kamar aku. Kamar kau berangka 110."
Sylvan memberitahu.
"Baik, tuan Sylvan. Ada apa-apa lagi?"
Beverly menyilangkan tangan di dada.
"Selepas minum jangan terus keluar daripada kamar. Ia mengambil masa untuk pulih ke jasad asal."
Sylvan memberi sedikit penerangan.
"Baiklah, tuan! Terima kasih!"
Ujar Beverly penuh semangat! Tak sabar nak dapatkan tubuh lelakinya semula. Si gadis manusia berambut merah terus melangkah pergi dengan penuh keterujaan!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top