136 ❃ BETINA GOLONGAN BAWAHAN

Suasana di dalam kereta api berwap terasa begitu janggal.

Beverly dan Sylvyen hanya sekadar berdiam diri. Pandangan mata mereka sekejap merenung permandangan di luar. Sekejap merenung siling dan sekejap merenung lantai. Bosan betul.

Bunyi kereta api jelas kedengaran menghancurkan suasana sepi.

Beverly memandang Ignace sambil bersilang tangan.

Ignace Rainault hanya sekadar duduk berhadapan dengan mereka, khusyuk membaca buku tanpa bersuara walaupun sepatah mahupun menoleh walaupun sejenak.

Buku apa yang dibacanya? Khusyuk semacam. Buku lucah agaknya?

Beverly melirikkan pandangan mata pada judul buku yang berada di tangan Ignace.

MEDAN SIHIR DAN SENI MEKANIKAL

Bibir Beverly dijuihkan. Budak ulat buku betul. Baca tajuk pun nak muntah.

Macam mana Ignace boleh tak muntah? Lagipun membaca di dalam perut kereta api berwap ni tak rasa loya atau mabuk ke? Bergoyang-goyang meneliti setiap huruf.

Urgh..membayangkan sahajapun dah boleh buat kepala pening.

Sylvyen pula menghembuskan keluhan. Mana rahsia yang nak dikorekkan Beverly tu? Tengah bosan ni.

Gadis bunian perlahan-lahan menyiku Beverly.

"Apa?"

Beverly hanya sekadar menggerakkan bibir tanpa mengeluarkan suara.

Mereka berpandangan sesama sendiri.

Sylvyen memuncungkan mulutnya pada arah Ignace bersama isyarat mata yang membawa maksud 'Rahsia apa yang kau mahu korek tadi?'

"Ohhh..."

Beverly hanya sekadar membulatkan mulutnya. Lupa pula.

Bukannya apa. Ada sesuatu yang bermain di dalam minda Beverly dan Sylvyen. Kehadiran Ignace Rainault di Eplé.

Adakah ia boleh dikaitkan dengan medan sihir menyeru roh? Tambahan pula waktunya tiba di Eplé selari dengan kewujudan medan sihir tersebut.

Kebetulan? Macam tak masuk akal. Ketentuan? Hmm.. tidak boleh dipertikaikan.

Lebih mencurigakan setelah Beverly dapat tahu seseorang yang Ignace amat kasih dan sayang sudah tiada di dunia ini. Lagilah menimbulkan syakwasangka. Betul tak?

Siapa dia? Siapa yang Ignace kasihkan itu. Adakah ibunya? Sahabat? Isteri? Kekasih? Mungkin adiknya? Ataupun kakaknya?

Maklumat ini semua begitu penting. Ia mungkin berkaitan dengan misi yang perlu dilangsaikan Sylvanoryn.

Nak jaga tepi kain orang pun ye jugak tu. Jadi apa lagi?

Srapp!!

Beverly dengan selamba merampas buku daripada tangan pemuda berambut emas itu.Tak mampu lagi nak berdiam diri.

Ignace tergamam merenung tingkah-laku Beverly. Sungguh di luar jangkaan!

Jangan kata Ignace. Sylvyen pun tergamam.

"Berbualah dengan kami."

Beverly menyilangkan kakinya dan menongkat dagu bersama buku yang dirampas. Kening dijongketkan. Tersenyum puas merenung wajah Ignace.

Maaflah Ignace, ini sebahagian daripada tugasan.

"Nak berbual apa? Saya betul-betul tak tau nak cakap apa."

Ignace menghembuskan keluhan.

"Apa-apa sahaja."

Ujar Beryl acuh tak acuh.

"Ignace, kamu dari mana?"

Sylvyen bertanya. Risau pula Beverly terus-menerus bertanya dengan soalan yang ada unsur provokatif.

"Raegan."

Jawab Ignace sepatah. Langsung tidak berminat ingin berbual dengan mereka. Terutama sekali dengan si gadis manusia berambut merah yang cukup menjengkelkan. Cukup menguji kesabaran.

"Dah kahwin?"

Tanya Beverly tanpa berfikir panjang.

Berkerut dahi Sylvyen mendengar soalan yang terbabas keluar daripada mulut Beverly.

Ignace tersentak. Ignace bagaikan terkena renjatan petir pada jantung apabila soalan itu diutarakan. Namun, wajahnya hanya kekal mempamerkan ekspresi kosong.

"Dah."

Ignace berdusta. Malas bercerita panjang. Pandangan matanya beralih kepada merenung salji di luar melalu cermin jendela.

"Alohhh...terlepas peluang."

Beverly berpura-pura mengomel.

Dah kahwin rupanya.  Agaknya siapa yang dimaksudkan Ignace, seseorang yang telah pergi itu?

"Ibubapa sihat? Tinggal dengan mereka?"

Tanya Beverly kononnya prihatin bersama senyuman mesra. Lagak tak ubah macam perempuan yang nak mencuba nasib jadikan Ignace sebagai pasangannya. Sesi temu duga yang hangat.

"Mereka tinggal di Disglair."

Jawab Ignace ringkas.

Sylvyen dan Beverly terangguk-angguk faham. Maksudnya, ibubapa Ignace masih hidup.

"Jadi memang tinggal berdua dengan isterilah? Adik-beradik lain macam mana? Dah kahwin juga?"

Tambah Beverly lagi. Fuhh... Terasa diri bagaikan betina golongan bawahan asli apabila mahir bertanyakan soalan peribadi yang tipikal. Bangga betul. Pandai berlakon.

Ya. Betina golongan bawahan. Gelaran yang paling tepat untuk diberikan kepada Beverly buat masa ini. Cukup asli.

"Taklah, kakak saya tinggal dengan saya."

Ignace menghembuskan keluhan lagi sekali. Mula terasa tidak selesa.

Beverly dan Sylvyen terkebil-kebil. Mati kutu. Macam mana nak korek lagi ye? Tak naklah tanya lebih-lebih nanti terkantoi nak menyiasat. Tapi rasanya dah lebih-lebih pun.

Terlajak perahu boleh undur semula. Terlajak kata? Mana boleh undur.

Tapi...rasa macam nak berterus terang sahaja.

Siapa yang dimaksudkan Ignace yang telah pergi tinggalkan Ghais Lavanark? Siapa?

Suasana menjadi sunyi seketika. Agak janggal. Rasanya perbualan mereka tiada unsur perbualan yang biasa. Tetapi lebih kepada sesi soal dan jawab. Sesi temu duga yang cukup mendebarkan.

Pasti menimbulkan tanda tanya dalam diri Ignace kan?

"Aku tertanya-tanya."

Ignace tiba-tiba bersuara. Ya, tidak boleh disangkal lagi. Memang menimbulkan tanda tanya pun.

Beverly dan Sylvyen berkerut merenung wajah Ignace Rainault. Sedikit cemas.

"Tertanya-tanya? Apa maksud awak?"

Sylvyen bertanya dalam nada yang kononnya tenang.

"Kita pernah berjumpa ke?"

Tulus Ignace bertanya dengan pandangan wajah penuh keliru.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top