128 ❃ PERSINGGAHAN DI BRYNMOR
"Semoga bersemadi dengan aman. Sesungguhnya di sana tiada titisan darah yang akan mengalir. Sesungguhnya di sana hanya wujud ketenangan. Terima kasih kepada seluruh keturunan mardyakhor yang telah mengurniakan ilmu membentuk dan mengawal debu genma buat bangsa djinn."
Perlahan-lahan Lakhan membuka matanya. Ucapan buat jasad harimau yang sudah dipusarakan dilafaz dalam bentuk bisikkan.
Makhluk yang bernyawa mati dibunuh buat bangsa manusia demi kulit berbulunya bagi dijadikan sebagai perhiasan alas kaki.
Hinanya makhluk lain. Dibunuh. Disiat kulitnya semata-mata untuk dijadikan alas kaki.
Daun-daun yang gugur sugguh tenang. Kerajaan Brynmor merupakan kerajaan kecil yang terbina di dalam hutan. Di Brynmor tidak bermusim. Hanya panas, hujan dan berangin sepanjang tahun.
Segala rumah kediaman dibina di dalam hutan sama ada di atas tanah mahupun di atas pohon. Di waktu malam diterangi dengan cahaya obor mahupun ratusan pelita minyak tanah yang tergantung di pokok-pokok.
Tidak lama lagi waktu malam akan menjelma. Para penghuni kerajaan Brynmor akan mula menyalakan pelita minyak tanah.
Dengan langkah yang tenang, berkaki ayam Lakhan mula memijak tanah menuju ke air terjun. Di situ dirinya ingin mendapatkan ketenangan.
🍎
"Bodoh, kenapa kita tiba di Kerajaan Brynmor? Adakah kau lakukan kesilapan?"
Sylvyen merungut. Pandangan mata Sylvyen meliar. Yang kelihatan cumalah penghuni Brynmor yang sibuk menyalakan lampu minyak tanah di kediaman masing-masing.
Pak!
Beverly menepuk kepala Sylvyen.
"Berhenti cakap aku bodoh."
Sylvyen merengus.
"Hakikatnya kau memang bodoh. Kita sudah kesuntukan waktu dan kau bermain-main."
Gadis bunian memutarkan bola matanya.
Di Brynmor dua ekor sahabat tersebut tidak menyembunyikan lagi wajah mereka di sebalik kain kerudung. Siapa yang akan kenal mereka?
"Medan sihir aku buat tak silap. Ada djinn dekat sini."
Ujar Beverly penuh yakin.
"Oh, maafkan aku. Aku sangka kita akan terus menghadap djinn tersebut. Tak sangka pula medan sihir yang kau hasilkan tidak begitu hebat."
Dalam pada memohon maaf, Sylvyen sempat mengutuk Beverly.
"Aku lapar."
Beverly terus melangkah tanpa mempedulikan Sylvyen.
"Beryl! Kita perlu jejaki djinn tersebut. Aku khuatir sekiranya dia tinggalkan tempat ini. Kita tidak boleh berlengah lagi"
Sylvyen menarik jubah berkerudung Beverly.
"Sylvan..."
Dahi Beverly berkerut.
"Apa?"
Pandangan wajah Sylvyen turut berkerut merenung gadis berambut merah.
"Kau bau sesuatu tak?"
Pandangan mata Beverly tertumpu pada satu rumah kayu di bawah pohon yang dipenuhi lampu pelita. Sebuah restoren kecil.
"Sedapnya bau."
Sylvyen teruja.
"Baiklah, Beryl. Memandangkan aku tidak mahu kau kempunan apa kata kita alas perut dulu."
Sylvyen berkalih pada arah Beverly.
"Eh? Mana Beryl?"
Sylvyen terpinga-pinga. Beverly sudahpun melangkah menuju ke restoren tersebut tanpa mempedulikan bebelan Sylvan yang berjasad seorang gadis.
"Beryl! Tunggu aku!"
Si gadis bunian terus berlari mendapatkan Beverly.
🍎
Pandangan mata Beverly dan Sylvyen terpukau melihat pelbagai jenis sup yang terhidang di atas sebuah meja kayu yang panjang! Patutlah bau harumnya semerbak!
"Aku mahu sup cendawan..."
Sylvyen teruja.
Tempurung kelapa dicapai. Di Brynmor memang tekenal dengan penggunaan bahan semula jadi. Mereka menjamah makanan di dalam tempurung kelapa.
Sup cendawan di dalam mangkuk hidang yang besar dicedok dan di isi ke dalam tempurung kelapanya.
"Sup jagunglah sedap."
Beverly mencedok sup jagung ke dalam tempurung kelapa.
"Oh, nampak sedap."
Dengan selamba Sylvyen mencedok sup jagung dan dicampur dengan sup cendawannya.
"Apa ni Sylvan? Tak sedaplah macam tu. Habiskanlah sup cendawan tu dulu. Tamak betul."
Beverly mula membebel.
"Apa yang nak dirisaukan? Masuk perut bercampur juga. Lagipun kita tidak boleh lama-lama di sini."
Sylvyen menegakkan benang basah. Hakikatnya mereka sedang membuang masa. Tugas diketepikan.
"Betul jugak."
Beverly juga mencedok sup tomato dan dimasukkan ke dalam bekas tempurungnya yang sudah di isi dengan sup jagung.
"Masuk perut bercampur. Keluar jadi taik jugak."
Tambah Beverly lagi.
Ish..pengotor betul.
Harap rupa je lawa, perangai macam sampah.
Beberapa pengunjung lain yang terdengar perbualan mereka saat mencedok sup berkerut seribu dengan pandangan yang jelik. Dua orang gadis berkelakuan tidak manis.
Hakikatnya mereka berdua berjiwa lelaki yang berperangai tak betul. Siapa yang tahu? Hanya pembaca yang mengetahui rahsia mereka.
"Sayang,jangan contohi sikap buruk mereka tau."
Seorang ibu memberi pesanan dalam bentuk amaran terhadap anak gadis kecilnya.
🍎
"Dhak..."
Selwyn menyentuh pelahan bahu Dhak yang sedang duduk termenung bersama secawan air suam.
"Ya, tuan?"
Dhak merenung wajah Selwyn.
"Panggil aku Selwyn."
Selwyh menarik kerusi dan duduk di hadapan Dhak.
"Oh, erm...baiklah."
Pandangan mata Dhak tertunduk.
"Dhak, aku tak berniat untuk jaga tepi kain. Tapi rasanya aku berhak untuk tau. Boleh aku tau siapa nama tuan pewaris kau dan apa yang telah menimpa dia?"
Dhak membisu. Terasa serba-salah. Selwyn dan Monica telah banyak membantu dirinya dan juga Fernand.Tapi tak bermaksud Dhak boleh suka-suka hati sahaja mendedahkan rahsia tuan pewarisnya.
"Aku boleh beritahu kau sesuatu."
Selwyn membetulkan kaca matanya.
"Tapi sebagai syarat. Kau kena jawab soalan aku tadi."
"Rahsia tuan Fernand adalah tanggungjawab saya. Sekiranya tuan nak tau, tuan boleh tanya sendiri pada tuan saya."
Jawab Dhak dengan tegas. Telinga anjingnya tertunduk. Tidak suka ditanya dengan soalan begini.
"Aku dah kata kan? Panggil aku Selwyn.
Selwyn tersenyum.
"Baiklah..."
Dhak tertunduk.
"Jangan risau rahsia kau dan tuan kau akan selamat dengan aku."
Selwyn cuba meyakinkan Dhak.
Dhak hanya membisu.
"Boleh aku tau siapa Marira?"
Selwyn bertanya.
Dhak membuntangkan biji matanya. Makhluk seruan itu tersentak.
"Kau tau siapa Marira kan? Aku pun tau siapa dia."
Selwyn terus berkata-kata.
"Tuan kenal Marira?"
Dahi Dhak berkerut seribu.
Selwyn mengeluh. Berapa kali nak beritahu jangan panggil dirinya sebagai 'tuan."
"Ya, aku tau siapa Marira Dulchie. Dia ibu kepada isteri aku, Monica."
*** Korang suka sup apa? (●´∀`●) Saya suka sup jagung dan sup cendawan.Tidak lupa kepada sup tom yam putih! Grrr... Eh salah soalan pulak! Hoho! Apa salahnya nak berchitchat dengan readers an?
So, how was it? Don't forget to vomments for more! 乂❤‿❤乂
Oh and..readers makin sombong an tak nak berinteraksi dgn sy? Mentang-mentanglah saya dah kerap update. (╯︵╰,)
Nevermind that,just kidding! (^ω^)
See ya in next chapter!
Love,
saptember
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top