125 ❃ ROGAN PERAJURIT ROSAMUND
Degupan jantung yang lemah perlahan-lahan kembali menjadi normal. Nafasnya kelihatan tenang.
"Macam mana keadaan dia?"
"Semakin pulih. Tapi tak dapat nak dinafikan. Dia masih lemah."
"Oh, baiklah."
"Pastikan tubuh dia sentiasa hangat."
"Baik, doktor.Terima kasih."
"Sama-sama."
Suara dunia kini dapat didengarnya dengan jelas. Perbualan dua orang lelaki cukup nyata dan dapat ditafsir dengan mindanya.
Berapa lama sudah dirinya terlena? Terlena di alam igauan mimpi ngeri sejarah silam.
Mati itu menakutkan.Hidup itu meletihkan.
Rohnya takut.
Rohnya letih.
Rohnya tergantung di antara alam hidup dan alam mati.
Kerana satu sumpahan. Rohnya tersangkut antara dua alam
Ktak!
Bunyi tombol pintu kedengaran berputar. Pintu dibuka dan ditutup semula. Perlahan sahaja bunyinya kedengaran.
Perbualan dua orang lelaki tadi sayup-sayup berlalu pergi.
Ruang kamar itu kini sepi. Yang cuma kedengaran adalah bunyi percikan cahaya daripada pendiang api.
Jari Fernand bergerak sedikit. Lelaki bermata merah itu cuba untuk bergerak namuh, tubuhnya tidak mampu. Dirinya terlalu lemah.
Di manakah dirinya berada? Sungguh sepi.
Sungguh tenang. Sungguh mendamaikan.
"Arvius..."
Fernand berbisik perlahan nama lelaki durjana itu. Lelaki yang akan memusnahkan sepi malam yang sungguh aman.
Fernand rindukan suasana ini. Dia tidak mahu suasana indah ini berlalu pergi dan dirampas begitu sahaja.
Perlahan-lahan matanya terbuka. Mata merahnya sayu sahaja merenung ruang kamar yang begitu indah dan sunyi. Gelap dan hanya diterangi cahaya pendiang api juga cahaya sang rembulan yang singgah masuk melalui jendela.
Suasana damai ini.Fernand amat cintakannya. Terlalu.
Ktak!
Pintu dibuka.
Selwyn melangkah masuk.
Pili lampu minyak tanah diputar perlahan agar cahaya mampu memenuhi ruang gelap.
Dengan kudrat yang tersisa Fernand hanya sekadar mampu merenung sahaja. Siapa yang telah melangkah masuk?
Selwyn menuju ke arah meja yang berada di sudut kamar. Kaca mata dibuka dan disangkut pada kolar bajunya. Air panas dituang ke dalam botol lembik iaitu bekas pemanas badan. Kata doktor jangan biarkan dirinya berada di dalam kesejukan.
Selwyn kemudian bergerak ke arah katil.
Entah kenapa botol pemanas badan itu terlepas dari tangannya dan terjatuh di atas lantai kayu ruang kamar tidur itu. Lelaki berambut hitam itu tersentak. Dahinya berkerut merenung wajah pucat Fernand yang dari tadi hanya memerhatikan dirinya.
Bila lelaki ini sedar? Langsung tidak bersuara. Hanya diam seribu bahasa. Wajahnya kelihatan lemah.Mata merahnya pula kekal merenung Selwyn di dalam kegelapan kamar.
Sudah tiga minggu lelaki ini tidak sedarkan diri. Akhirnya dirinya terjaga. Namun, adakah mindanya mampu berfikir?
"Kau okey?"
Selwyn bertanya sekadar berbisik.
Tiada jawapan daripada lelaki itu. Matanya hanya sekadar merenung wajah Selwyn.
"Bila kau terjaga?"
Sekali lagi Selwyn bertanya. Cuba ingin memastikan bahawa lelaki yang terlantar di atas katil itu berada di bawah kawalan minda ataupun tidak.
Namun,tiada jawapan yang diberi mahupun sebarang isyarat. Lelaki itu masih merenung Selwyn. Wajahnya jelas kelihatan lemah. Nafasnya hanya berombak perlahan.
Selwyn meneguk air liur. Sejujurnya dirinya terasa cemas. Khuatir lelaki ini akan bertindak di luar jangkaan.
Siapa tak terasa takut? Seorang lelaki bermata merah langsung tidak berhenti merenung dirinya tanpa sebarang suara.
Tiada siapa tahu apa yang menimpanya. Tiada siapa tahu apa yang menganggu fikirannya. Tiada siapa tahu apa yang hatinya terasa sekarang.Siapa yang akan tahu apa yang akan terjadi? Mungkin jiwanya akan memeberontak.
Malahan,makhluk seruannya, Dhak juga tidak beritahu apa-apa tentang lelaki itu termasuklah namanya.
Dhak.
Ya, Dhak. Mungkin Selwyn perlu dapatkan makhluk seruan lelaki ini. Pada waktu begini Monica biasanya akan memujuk dan memaksa Dhak untuk makan malam. Makhluk seruan itu terlalu murung dan sentiasa memencilkan diri menemani lelaki malang ini.
Dia perlu dapatkan makhluk anjing jadian itu.
Selwyn melangkah ke arah pintu. Pintu yang terbuka itu dikuak lebih luas.
"Rogan...."
Satu nama meniti perlahan di hujung bibir lelaki mata merah itu.
Selwyn tersentak. Biji matanya terbuntang luas. Pantas pemilik kafeteria coklat itu menoleh pada arah lelaki bermata merah itu.
Rogan? Kenapa nama Rogan terlakar di hujung bibir lelaki itu?
"Rogan?"
Selwyn memberanikan dirinya untuk bertanya.
Lelaki bermata merah itu meneguk perlahan air liurnya. Langsung tidak bersuara.
"Siapa Rogan?"
Selwyn bertanya dalam nada berbisik. Siapa Rogan yang dimaksudkannya?
Suasana menjadi sepi.
Mereka berdua bertentangan mata. Mulut Fernand terbuka sedikit untuk katakan sesuatu.
"Perajurit rosamund..."
Fernand berbisik lemah. Suaranya semakin perlahan kedengaran.
Selwyn terdiam. Wajahnya jelas mempamerkan kekeliruan dengan seribu persoalan.
"Rogan..terkorban..."
🍎
***Selwyn tertanya-tanya. Siapakah Rogan? Bagaimana dengan anda pula? Apa yang anda tertanya-tanya? Don't forget to vomments for more. Kongsikan pendapat anda.
(/•/ᴗ/•/)❤ I love reading comments. *blush* it makes me heppi...
Love,
saptember
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top