124 ❃ LAKHAN PENJAGA MARDYAKHOR


Matanya terpejam rapat. Nafasnya dihembus perlahan. Tenang sungguh terasa suasana di malam ini.

Seorang pemuda kelihatan sedang duduk bersila seorang diri di tengah halaman padang pasir.

Berbumbungkan langit gelap yang dihamparkan ribuan kejora tidak bertali. Kain kerudung yang menutupi kepalanya menari-nari dihembus bayu tenang.

Sungguh mendamaikan terasa apabila kulit gelapnya dibelai perlahan oleh sang angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Lakhan telah ditugaskan oleh pihak Diraja Djinn bagi menghimpunkan serpihan tulang haiwan suci yang telah menemui ajal. Setiap makhluk berhak dipusarakan. Moga jasad mereka yang tertanam akan berjasa sebagai baja bagi menyuburkan tanaman. Tanaman yang mampu menghembuskan udara pernafasan buat tujuh bangsa di Ghais Lavanark juga segala hidupan yang memerlukannya.

Perjalanan jauh perlu Lakhan tempuhi. Jasad makhluk suci perlu dipusarakan agar dimamah tanah dunia bukannya menjadi santapan ulat sehingga menukarkan jasad mereka menjadi bangkai.

"Wahai Takdir, berikanlah aku ketenangan jiwa juga kekuatan minda. Aku ingin menjalankan tugas ini dengan baik."

Pemuda berusia 150 tahun itu berbisik perlahan seraya itu debu-debu genma mula menari-nari di bahagian kepala pemuda djinn itu sekaligus bertukar menjadi sepasang tanduk.

Seorang djinn yang memiliki kekuatan minda dan rohani mampu menampung genma yang membentuk sepasang tanduk di kepala mereka. Semakin mereka dapat sesuaikan diri dengan sepasang tanduk semakin tinggi keupayaan mereka untuk mengawal dan membentuk debu genma.

Memiliki sepasang tanduk adalah simbol kekuatan seorang djinn.

Lakhan perlahan-laham membuka matanya yang terpejam. Renungan bola mata biru yang berlatarkan mata yang hitam hanya tenang sahaja.

Walau apa sahaja bentuk halangan mahupun ujian, Lakhan nekad akan menjalankan tugasnya sebagai penjaga mardyakhor dengan ketenangan.

Perlahan-lahan pemuda itu berdiri. Perlahan-lahan juga tubuhnya dikelilingi debu-debu genma yang berkilauan. Pasir-pasir halus turut bertebangan di udara malam.

Sekilas, tubuh djinn itu lenyap di sebalik debu-debu genma.

🍎

"Siap!"

Beverly menjulang kapur tulis di udara. Medan sihir untuk menjejaki lokasi djinn berjaya disiapkan.

Kini yang hanya perlu lakukan adalah titiskan darahnya dan juga Sylvyen.

Medan sihir dilukis dengan cantik di atas lantai stor bawah tanah.

"Beryl? Kau sudah siap? Cuaca begitu sejuk."

Sylvyen muncul di pintu bilik stor sambil megelap rambutnya dengan kain tuala. Gadis bunian baru lepas bersiram.

"10 jam dah siap. Hei, lama betul mandi. Mandi je ke? Atau ada buat kerja lain?"

Beverly menjongketkan keningnya sambil tersenyum sinis.

"Senyaplah! Aku bersiram dengan penuh berhati-hati. Jangan fikir yang bukan-bukan!"

Sylvyen berusara lantang. Wajahnya mula kemerahan. Tolonglah! Ini gadis bunian yang berjiwa Sylvan yang budiman bukannya berjiwa Beryl yang miang!

"Ei.. nak marah-marah ni kenapa?"

Beverly memutarkan bola matanya.

"Marah kerana kau tuduh aku!"

Sylvyen membebel sambil menuruni anak tangga.

"Marah kena tuduh? Ke marah sebab pecah tembelang?"

"Senyaplah.."

Sylvyen menghembuskan keluhan. Meluat bercakap dengan Beverly! Perempuan yang paling menjengkelkan adalah Beverly. Tiada perempuan lain.

Baru sekarang rasanya Sylvyen ingin menghargai kehadiran Nymphanyx dalam hidupnya.

"Kau pasti ke berunding dengan djinn ni idea yang baik?"

Beverly bertanya sambil menyelak buku medan sihir yang sudahpun lusuh.

"Aku cuma berharap yang terbaik sahaja."

Sylvyen meneliti medan sihir yang dilukis Beverly.

"Aku ingatkan kita akan dapatkan sisik duyung dan taring harimau dekat pasar gelap je."

Beverly menutup buku. Rasanya tak ada apa-apa lagi perlu dibaiki. Medan sihir telah dilukis dengan baik.

"Kau gila? Bagaimana kalau terserempak dengan siluman gila tu? Aku sudah serik. Cukuplah jadikan kita gadis sunti. Silap hari bulan nanti dia akan tukarkan kita jadi binatang pula."

Gadis bunian membebel dengan dialek baku yang pekat.

"Ada apa-apa pesanan untuk aku?"

Beverly berseleroh.

"Jaga kelakuan."

Sylvyen merenung tajam wajah Beverly.

Beverly lantas tertawa terbahak-bahak.

"Beryl! Tolonglah. Aku tidak main-main."

"Apa?"

Beverly mengangkat bahunya. Sejak jadi perempuan ni Sylvan tak pandai bergurau. Sensitif dan kuat merajuk.

"Djinn bangsa yang cintakan kedamaian,jadi jangan berkasar ataupun jangan bertindak bodoh."

Sylvyen menyilangkan tangan di dada.

"Baik cikgu!"

Beverly berpura-pura akur. Bukannya tak tahu tentang bangsa djinn. Sengaja bodoh-bodohkan Sylvyen.

"Jangan cuba naikkan kemarahan djinn, faham? Aku yakin kau sudah maklum. Sekiranya dibuat perumpamaan, seandainya tujuh bangsa di Ghais Lavanark bertempur di dalam satu peperangan, djinn adalah bangsa yang paling berkuasa. Kekuatan mereka berganda-ganda lebih tinggi daripada bangsa yang lain."

Panjang lebar Sylvyen memberikan hujah.

"Bagaimana kalau saya mengurat seorang djinn, cikgu?"

Beverly berjenaka. Keningnya dijongket-jongket. Sejak jadi perempuan, Beverly lebih bersikap mengada-ngada dan hiperaktif.

"Macam mana dengan misi kau menggoda Glen Nikolai? Berjaya?"

Sylvyen membidas kata-kata Beverly.

"Oh, tolonglah..."

Beverly memutarkan bola matanya. Benci betul teringat peristiwa tersebut.

"Kau gagal menggoda Glen Nikolai. Jangan mimpilah nak mengurat djinn."

Dont forget to vomments for more.
(/•/ᴗ/•/)❤ I love reading comments. *blush* it makes me heppi...

Love,
saptember

Any photo used © to the respectful owner.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top