123 ❃ DJINN DAN MARDYAKHOR
Mardyakhor.
Mardyakhor adalah makhluk yang menjadi lambang kebanggaan bangsa djinn.
Mardyakhor adalah harimau bertanduk dan berkepak. Memiliki tubuh yang dua ke tiga kali ganda lebih besar berbanding harimau yang biasa.
Ekornya panjang bagaikan ekor naga.
Bangsa Djinn percaya bahawa makhluk bernama Mardyakhor telah mewariskan satu ilmu kepada nenek moyang mereka. Ilmu membentuk dan mengawal debu-debu genma.
Sesungguhnya, bangsa djinn amatlah memerlukan debu genma sebagai kuasa untuk melindungi diri mereka. Mereka adalah bangsa di Ghais Lavanark yang tidak mampu menggunakan kuasa sihir.
Mardyakhor adalah makhluk suci.
Tanpa mardyakhor, mereka tidak akan mampu hidup sehingga ke hari ini.
🍎
Gadis berambut merah menghembuskan asap paip rokok.Merenung langit biru yang cerah.
Baiklah, Sylvyen telah menjelaskan segalanya tentang kesan serbuk magis pertukaran jantina. Semua itu ternyata membimbangkan namun rasa gemuruh dan resah langsung tidak mendatangkan manfaat.
"Siap!"
Sylvyen tersenyum puas. Akhirnya selesai juga menampal helaian-helaian kertas yang tercabut.
Ini semua angkara Beryl. Saat lelaki berjasad wanita itu melangkah masuk ke dalam bilik. Dirinya terus menrentap buku dalam dakapan Sylvyen yang sedang lena tidur. Buku itu terus dilibas kuat pada kepala gadis bunian itu sehingga terus terjaga dari tidur! Habis berterabur helaian kertas yang tertanggal.
Bersyukurlah Sylvan. Beryl hanya libas sahaja buku itu. Kalau ikutkan hati mahu sahaja lelaki berjasad gadis itu melemparkan buku hasil karangan siluman itu ke dalam pendiang api.
Bodoh betul. Ini buku perpustakaan. Habislah kena ganti kalau pulangkan dalam keadaan yang macam taik. Tambah-tambah lagi Sylvyen secara tidak sengaja telah meminjam buku tersebut tanpa pengetahuan perpustakawan. Maklumlah,melarikan diri daripada Firth.
"Baiklah, sekarang ni kita nak buat apa? Dapatkan taring harimau jadian dulu atau selamatkan diri kita daripada bertukar menjadi betina selamanya?"
Beverly bersuara dalam nada bosan. Terasa jemu dengan masalah yang acapkali menimpa mereka.
Bodoh punya penulis. Asyik buli Sylvan dan Beryl sahaja. Terutama sekali Beryl.
"Dua-dua. Kita akan lakukan tugas dua dalam satu."
Gadis bunian yang sedang bersila
di atas lantai menjulurkan kakinya ke hadapan. Belakang di sandarkan pada katil.
"Baiklah, masa untuk mencari penjaga mardyakhor."
Beverly datang duduk bersila di sebelah Sylvyen. Asap paip rokok dihembuskan.
"Kita akan cuba jejak djinn yang memikul tanggungjawab sebagai penjaga Mardyakhor. Kau rasa kau boleh lakukan."
Gadis bunian bertanya.
"Medan sihir pergi ke dunia lain pun aku boleh buat. Setakat dalam Ghais Lavanark ni apalah sangat."
Beverly tersenyum angkuh menampakkan baris giginya yang sedang menggigit paip rokok.
"Bagus! Tunggu apa lagi? Siapkanlah medan sihir cepat."
Sylvyen memberi arahan. Buat apa lagi duduk melepak kalau kerja boleh dilakukan cepat.
"Kau carikkan buku medan sihir aku, Sylvan. Malaslah."
Beverly merebahkan kepalanya di atas katil. Letih. Keluhan dihembuskan bersama asap rokok. Penat betul tugasan ni.
Sylvyen memutarkan bola matanya. Tadi bukan main angkuh lagi. Macam dah hebat sangat tapi kena rujuk buku jugak!
"Beryl! Jangan buang masa! Kita akan berunding dengan bukan sebarang djinn! Kita perlu cepat. Penjaga Mardyakhor seringkali merantau dan berkelana. Kau akan mengalami masalah untuk menentukan lokasinya."
Gadis bunian mendesak sambil mengoncang-goncangkan bahu Beverly.
"Bisinglah.."
Gadis berambut merah menoleh pada wajah Sylvyen lantas asap rokok dihembuskan.
"Beryl! Jangan main-main!"
Sylvyen mengibas asap rokok yang dihembuskan pada wajahnya dengan tangan.
"Sylvan..."
Beverly bersuara dalam nada malas.
"Apa?"
"Kau dah mandi?"
"Be-belum."
Wajah Sylvyen serta-merta bertukar merah.
"Aku pun."
Beverly tersenyum nakal.
"Jadi?"
Gadis bunian bertanya.
Beverly hanya tertawa mendengar pertanyaan Sylvyen. Acah-acah suci.
***Sorry for this boring and short chapter. Eventho saya busy saya cuba update gak. Hope you guys enjoy the read. Don't forget to vomments. Show me your love. (●'∀`●)
Oh! And seperti dijanjikan..saya dah publish buku tentang alam remaja dan persekolahan Beryl yang korang sayang sangat tu. 😒
Pemuda Elit Yang Tersungkur! Kepada yang dah baca? Adalah hendak dimaklumkan bahawa terdapat banyak pengubahsuaian dan penambahan chapter!
AMARAN KERAS!
Kalau sayang rahang korang, Kalau sayang perut korang, saya nasihatkan jangan baca. Why? Nanti rahang korang kejang n perut senak menahan gelak 😂
Don't forget to sumbat buku ni dalam library korang dan tanggung risikonya!
The Powerless,
saptember
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top