121 ❃ KEBANGKITAN JIWA PALSU

Malam itu salji turun dengan lebat. Sepi sahaja suasana. Yang hanya kedengaran hanyalah bunyi ribut salji bersiul kencang di ruangan udara yang gelap-gelita disulam dengan bunyi percikkan api.

Sylvyen duduk di birai katil berhadapan dengan pendiang api. Pandangan matanya khusyuk meneliti abjad-abjad yang membentuk perkataan yang tertulis dengan bantuan cahaya pendiang api juga cahaya lampu minyak tanah.

Membulat-bulat biji mata gadis bunian itu menatap tulisan yang tercoret di dalam buku itu. Jantungnya berdegup kencang.

Pertukaran jantina itu adalah tingkah-laku yang menentang Takdir.

Tingkah-laku yang menentang Takdir adalah perbuatan yang dilarang oleh hukum alam.

Melakukan perbuatan yang dilarang adalah sifat kegelapan.

Menentang Takdir itu melalui sihir hitam yang gelap dan malap.

Segala sihir yang berbentuk kegelapan bersangkut-paut dengan dunia kegelapan.

Pada fasa pertama pertukaran jantina, mereka akan hilang segala perilaku dan identiti jantina asal mereka.

Pada fasa kedua, mereka akan lupa identiti jantina asal mereka.

Pada fasa ketiga, jiwa palsu akan dibangkitkan.

Pada fasa keempat, jiwa jantina asal mereka akan lenyap dan dikuasai jiwa palsu selama-lamanya.

Mereka tidak akan mampu kembali pada jiwa mereka yang asal.

Sylvyen tersentak.

"Tidak! Aku adalah Sylvan! Aku adalah Sylvan! Aku adalah Sylvan!"

Sylvyen semakin cemas.

Kelam-kabut gadis bunian menyelak helaian kertas! Tidak! Jangan gopoh! Setiap bait ayat harus diteliti.

Baiklah Sylvyen sila bertenang.

Tarik Nafa-

Bukan! Maksud aku.. sila bertenang Sylvan.

Sylvyen menarik nafas dan hembus dengan perlahan-lahan. Gadis bunian cuba menenangkan pernafasannya.

Pasti ada cara untuk memansuhkan sumpahan ini. Ini adalah kecuain besar dan mengaibkan! Sila baca dengan tenang Sylvyen.

Tidak. Sila baca dengan tenang Sylvan! Ingat kau adalah Sylvan! Sylvanoryn! Sylvanoryn Arul Valden.

Bukan Sylvia. Bukan Sylvana Bukan Sylvyen!

Si gadis bunian kemudian bersila di atas geta. Buku terus diselak dan setiap bait tulisan terus diteliti.

Oh, kenapalah buku ini tidak mengasingkan kepada beberapa tajuk! Bunian itu hanya ingin baca bahagian pemansuhan sihir! Bukan tentang sejarah dan pengalaman pengguna sihir ini. Bukan tentang cara membuat serbuk sihir ini!Bukan tentang cara mencipta serbuk ini!

"Urghh! Siapalah yang mengarang buku ini?"

Sylvyen menghembuskan keluhan kasar dan meramas rambut putihnya! Rasa macam nak meletup kepala otak! Gadis bunian menjenguk pada kulit hadapan.

Siapakah si pengarang bodoh yang tidak berterus terang dan sengaja meleretkan hujah?

Achilles Cephalus Adonis

Pak!

Sylvyen menepuk dahinya sendiri.

Patutlah...

Baiklah, sekarang dah faham. Buku ini dikarang oleh seorang siluman. Nama keluarga pengarang sama dengan siluman yang telah melemparkan serbuk ini dan telah menjadikan hidup mereka huru-hara. Achilles Calix Adonis.

Ini mesti kerja gila nenek-moyang mereka.

Ketidakwarasan turun-temurun.

Sylvyen menghembuskan keluhan. Buku itu terus dibaca. Setiap kisah pengalman pengguna serbuk itu dibaca. Setiap daripada kisah itu, sedikit-sedikit gadis bunian itu
mengumpul maklumat.

Daripada duduk bersila, gadis bunian itu bersandar. Daripada bersandar si pembaca meniarap di atas katil dan terus memaksa matanya untuk membaca.

Mata birunya sudah mula  berair. Membaca buku teks bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.

Bosan. Bosan. Bosan.

Sejuk betul rasanya. Selimut gebu ditarik dan gadis bunian meneruskan pembacaan. Baiklah, mujur ada cara untuk menyekat fasa pertama untuk terus berlaku. Jadi Sylvan dan Beryl masih selamat dari terus kehilangan perilaku dan sifat sebagai seorang lelaki.

Pembacaan diteruskan.Membaca dalam keadaan meniarap,diselubungi selimut tebal, diterangi cahaya lampu minyak tanah dan didendangkan dengan siulam ribut salji di luar... siapa yang tidak akan terlena?

Malam yang sungguh damai untuk beradu dan lemas di alam mimpi.

Akhirnya si gadis bunian terlena berbantalkan buku teks. Penatlah hari ni.

24 jam sehari terasa bagaikan sepurnama.

🍎

***FEATURING FAN ART!

THANKS TO sitinuraisyah501 FOR THIS LOVELY FAN ART! LOVE IT SO MUCH!

Don't forget to vommentz for more! It makes me happy!

😍

The Powerless,
saptember

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top