119 ❃ SI BAPA AYAM

"Baiklah, apa yang kau nak. Aku bagi."

Pandangan mata Beverly tajam merenung wajah lelaki sialan di hadapannya. Beverly cuba mencari akal dan melengah-lengahkan waktu.

Lelaki buaya darat di hadapan wajahnya menjongketkan keningnya. Biar betul? Perempuan secantik ni menawarkan diri sendiri macam tu je?

"Aku nak kau. Boleh?"

Lelaki sialan mula tersenyum miang.

Terasa kembang tekak Beverly.

Sumpah, aku rasa nak hentak kepala dia dengan paip besi. Babi betul. Berani tanya boleh ke tidak? Kalau kata tak boleh macamlah dia nak lepaskan!

"Kalau kau nak aku. Lepaskan aku."

Beverly tersenyum sinis. Baiklah, buat masa ni umpan jantan celaka ni dengan kepercayaan.

Kau silap besar lelaki hidung belang. Beverly tahu macam mana lelaki  Berfikir. Tau sangat.

"Macam mana aku nak percaya dengan kata-kata kau? Aku takut kau larikan diri kalau aku lepaskan kau."

Pisau disimpan pada sisipan pinggang.
Tangan si lelaki mula merayap pada bahagian perut Beverly.

Terbuntang biji mata Beverly!

Oh, tidak...
Celaka betul! Kalau kau perempuan mungkin aku akan rasa nikmat. Ini tidak! Tak guna betul!

"Dapatkan aku bilik. Aku tak selesa dekat sini.."

Beverly menepis tangan lelaki itu. Gadis itu mula bermain kata.

"Jangan risau. Aku perempuan jalang. Aku tak akan lari."

Beverly megalihkan pandangan matanya.

Sial betul. Rasa macam nak muntah. Kenapa aku yang kena? Aku harap Sylvan senasib dengan aku. Ataupun lebih teruk.

🍎

"HAAAAA-CHOOOO!"

Siapa mengumpat ni?

Sylvyen terbersin dengan kuat sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam Bar kecil Yyscadtobleron.

"Hoohh..buruk betul kalau seorang gadis bersin sebegini kuat.Mujur, tiada siapa yang dengar."

Gadis bunian terus melangkah naik ke tingkat atas! Buku yang tergenggam kemas dalam tangannya perlu dibaca dengan segera!

🍎

"Aku nak kau ikut aku dan jadi hamba aku."

Lelaki itu melepaskan tangan Beverly. Mula percaya dengan kata-kata dusta gadis berjiwa lelaki itu.

Beverly mengangguk.

"Bukan hamba biasa tau. Maksud aku hamba seks."

"Aku nak bayaran."

Beverly memintas.

"Oh...sekarang aku dah faham kenapa kau berkeliaran waktu malam macam ni."

Si lelaki menarik dagu Beverly. Wajah gadis itu diamatinya. Bertuah betul dia malam ni. Malam ni nak sental gadis ni puas-puas.

Beverly mengangguk. Dalam hatinya punyalah rasa nak meludah! Tapi tak boleh. Sabar dulu.

"Boleh aku tau nama kau dan di mana kau tinggal?"

Si gadis bertanya sambil tersenyum kelat.

Baiklah,Beverly hapuskan rasa jijik dalam tekak tu! Sekarang masa untuk berlakon. Cuba dapatkan kepercayaan daripada dia. Biar dia anggap kau perempuan murah. Kalau tak nanti tak pasal-pasal kena rogol dekat sini.

"Aku? Namu aku Stan. Aku bukan penduduk Eplé. Aku dari Brynmor. Kenapa? Kau nak ikut aku balik?"

Stan memperkenalkan dirinya lantas pinggang
Beverly terus dirangkul.

"Jauhnya...kau buat apa kat sini."

Beverly cuba memesrakan dirinya.

Kepala bapak kaulah aku nak ikut. Kau tunggu aku dapat badan jantan aku balik. Aku belasah kau sampai lunyai. Aku carik kau sampai ke lubang cacing. Kau tunggulah!

"Aku datang sini sebab khidmat aku diperlukan. Tapi itu bukan urusan kau. Urusan kau dengan aku dekat atas katil nanti."

Jari si lelaki mula mencuit bibir Beverly.

Ish! Menyampah betul. Aku perlu rancang betul-betul macam mana nak larikan diri.

"Aku nak bayaran aku."

Dah alang-alang tu mintak lah duit kan?

"Layanan dulu baru bayaran."

"Kalau macam tu layanan nanti macam tahap satu bintang jelah."

Beverly memutarkan bola matanya.

Tanpa berlengah Stan menghulurkan satu karung syiling emas kepada Beverly.

Wow! Mudah betul dapat duit. Bagus juga jadi perempuan ni. Banyak manfaat.

"Sekarang ikut aku ke rumah tumpangan. Aku dah tak tahan."

Beverly tersentak saat pinggangnya ditarik.

Oh, Takdir selamatkanlah maruah aku daripada lelaki ini.

🍎

Tanpa pilihan yang ada maka Beverly pun tiba di rumah tumpangan.

Stan memulas tombol pintu.

Beverly berhenti melangkah. Baiklah,mungkin ini masanya untuk larikan diri?

Srap!

Stan terus menggenggam pergelangan tangan Beverly.

"Oi! Aku balik bawak habuan."

Stan bersuara lantang.

Biji mata Beverly terbuntang luas! Gila? Ada berapa ramai lagi lelaki dalam bilik tu! Matilah aku kalau kena sental ramai-ramai!!

"Kau dah jumpa apa-apa ke?"

Suara seorang lelaki kedengaran dari dalam.

"Aku dah jumpa sesuatu lebih hebat daripada apa yang kau nak."

Stan dengan pantas menarik tangan Beverly dan terus menolaknya masuk ke dalam. Pintu ditutup dan dikunci.

Pandangan mata Beverly berkerut melihat sisi seorang lelaki yang sedang duduk di bingkai jendela merenung langit malam.

Siapa lelaki ni? Bapak ayam ke?

"Ini dia.. kau nilai lah sendiri."

Stan memberitahu sambil tersenyum sinis.

Lelaki itu kemudian menoleh dan merenung wajah Beverly. Dahinya berkerut seribu dengan pandangan mata yang tajam.

Beverly terdiam seribu bahasa. Biji matanya terbuntang luas!

Ignace?!

Apa jenayah dia buat dengan lelaki ni?

***

Vomments for more. 乂❤‿❤乂

I love reading comments. It makes me so excited to update more.(͡° ͜ʖ ͡°)

The Powerless,
saptember

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top