117 ❃ FITNAH GADIS BUNIAN

Sylvyen pantas menolak tubuh Firth! Gila! Kepala otak betul! Takdir telah mainkan dirinya!

Tadi Grisha dan sekarang Firth?

Dua makhluk yang paling dirinya cuba untuk elakkan!

"Oh! Baiklah gadis bunian. Aku telah selamatkan kau dari terhempas di atas lantai kayu ini dan kau berkelakuan begini terhadap wira kau?"

Firth menyilangkan kedua tangannya dan menjongketkan keningnya.

Oh, Firth! Aku ada perkara mustahak. Tolonglah jangan ganggu aku.

"Maaf."

Sepatah Sylvyen bersuara. Apa-apa pun dia perlu pulang cepat ke Bar Kecil Yyscadtobleron dan maklumkan perkara ini kepada Beryl!

"Sylvan.."

Firth bersuara sepatah.

Sylvyen tersentak! Terbuntang biji mata birunya.

"Sylvan, adinda aku. Kau kenal dia?"

Firth bertanya.

Ingin sahaja dirinya menghembuskan mafas lega. Berdebar-debar jantung Sylvyen. Sangkanya rahsianya sudah terbongkar! Kalau Firth tahu habislah! Pasti dirinya akan dihina dan dibuli dan seumpamanya.

"Tidak."

Pantas Sylvyen menggeleng-gelengkan kepalanya. Buku yang diambilnya didakap erat pada dadanya. Judulnya juga tidak harus kelihatan oleh Firthala. Bahaya!

Firth mengusap dagunya sambil meneliti tubuh genit Sylvyen dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki.

"Sylvan khabarkan kepada aku, hanya dirinya seorang sahaja merupakan bunian di Eplé. Bila kau hadir ke sini? Grisha ada maklumkan pada aku tentang kau. Kau disingkirkan dari Kerajaan mana?"

Firth bertanya bertalu-talu. Entah kenapa rasa ingin tahunya membuak-buak.

Keringat cemas mula menitis pada dahi Sylvyen. Dua soalan yang diajukan bagaikan seribu soalan.

"Maafkan saya, ini merupakan hal peribadi saya."

Sylvyen tertunduk.

"Oh, baiklah."

Firth masih kekal merenung gadis bunian di hadapannya.

"Saya minta diri."

Sylvyen meminta diri untuk berundur. Dengan penuh hemat juga berhati-hati dirinya berjalan pergi melepasi Firth.

"Tunggu!"

Firth merentap kasar pergelangan tangan Sylvyen. Buku yang berjudul Sihir Bertukar Jantina terlepas dan terjatuh di atas lantai.

Gadis bunian tersentak melihat Firth dengan tajamnya merenung dirinya.

Perlahan-lahan pandangan mata Firth beralih pada gelang tangan Sylvyen. Gelang itu adalah milik Sylvan. Gelang ikatan perkahwinan itu hanya Sylvan sahaja yang memilikinya.

"Kau buang tabiat ke Sylvan? Kenapa berubah menjadi perempuan?"

Firthala berkerut seribu merenung wajah adindanya yang berada di dalam jasad seorang gadis.

"Er- It-itu cum-"

Agak gugup Sylvyen untuk menjelaskan apa yang berlaku. Jiwa Sylvyen kini tidak keruan. Antara tugasan, masalah peribadi dan juga masalah keluarga.

"Kau bermain dengan sihir larangan?"

Firth dengan selamba menarik kasar rambut Sylvyen!

"Lepaskan Firth! Sakit!"

Sylvyen menahan sakit! Celaka betul! Sekurang-kurangnya berlembutlah dengan dirinya yang berjasad seorang gadis.

"Beritahu aku siapa punya angkara? Sungguh mengaibkan!"

Firth dengan kasarnya menunjal kepala Sylvyen. Habis masai rambutnya dibuat!

"Aku akan jelask-"

"Apa yang berlaku di sini?"

Seorang wanita tua selaku perpustakawan muncul.

Firth dan Sylvyen tersentak merenung wanita tua itu.

"Ini adalah perpustakaan. Anda dilarang membuat bising."

Pandangan mata wanita itu cukup tajam.

"Puan! Selamatkan saya! Lelaki ini cuba menodai saya!"

Sylvyen merintih! Inilah masanya!

"Apa?!"

Firth tersentak!

Melihat keadaan Sylvyen yang tidak terurus dengan rambut yang masai sudah cukup baik untuk mengaburi mata masyarakat

"Berani betul kamu! Berkelakuan tidak senonoh! Keluar dari sini atau-- Pengawal! Pengawal! Halau dia!"

Baiklah! Suasana sudah mula menjadi huru-hara! Inilah masanya untuk melarikan diri! Dengan pantas Sylvyen mencapai buku itu di atas lantai dan terus melarikan diri!

"Sylvan!!! Siaplah kau nanti!"

🍎


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top