116 ❃ BUNIAN YANG DISINGKIR

"Bodoh. Sejak kehilangan buah zakar, Beryl bertindak tidak matang.Semakin mengada-ngada."

Sylvyen merungut seorang diri. Penat dirinya mencari buku serbuk magis seorang diri di pejabat. Semua rak telahpun diselongkar dan Beverly langsung tidak muncul-muncul!

Lebih menyakitkan hati, buku itu langsung tidak dijumpai! Entah siapa yang suka-suka hati pinjam dan langsung tidak mempunyai kesedaran untuk pulangkan semula!

Malas menunggu, Sylvyen terus mengambil keputusan untuk pergi ke perpustakaan dan mencari buku itu seorang diri tanpa memaklumkan pada Beverly! Lantaklah!

Sylvyen melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Kakinya terus melangkah menuju ke bahagian rak buku ilmiah. Kerudung diturunkan. Agak sukar untuk mencari buku dengan kerudung yang tertutup. Rasanya tiada sesiapa di kawasan ini. Jadi tak perlulah risau.

Sylvyen mula meneliti buku-buku yang tersusun rapi di rak yang cukup tinggi. Pelbagai judul diteliti pada tulang buku.

Kembali ke Masa Silam.

Ilmu Larangan dan Medan Sihir.

Keburukan Ilmu kegelapan.

Ilmu Menentang Takdir.

Syarat Ilmu Memanjangkan Usia.

Corak Medan Sihir Dan Kegunaan.

"Hei, awak.."

Seseorang mencuit bahu Sylvan.

Sylvyen tersentak! Saat Sylvyen sedang asyik meneliti buku tiba-tiba bahunya dicuit seseorang.Suara yang cukup dikenalinya. Siapa?

Perlahan-lahan Sylvyen menoleh. Biji matanya terbuntang luas! Grisha?! Kenapa Grisha kelihatan lebih tinggi daripada Sylvan?!

Oh!Oh! Kawal diri Sylvyen. Kau adalah Sylvyen. Sekarang ini kau bukan Sylvan tapi adalah Sylvyen. Sila bertenang.

"Uh..urm..Ya?"

Tergugup-gugup Sylvyen bersuara.

"Awak dari Kerajaan mana? Varis? Koura? Atau dari Anril?"

Grisha bertanya bersama raut wajah yang serius.

Sylvyen menguntumkan senyuman kerang busuk. Oh, Grisha cuba ingin bersahabat agaknya? Pasti dirinya begitu bosan. Habislah kalau dirinya sebagai Sylvyen menjadi akrab dengan Grisha. Susahlah nak jalankan tugasan.

"Ah..urm..saya."

Sylvyen mengalihkan pandangan matanya pada rak buku. Nak jawab macam mana ya? Kalau kurang ajar sangat habis dibelasahnya.

"Saya dari Anril. Awak dari mana dan apa yang awak buat di sini?"

Tanya Grisha lagi sekali.

"Urm..saya bunian yang dibuang kerajaan."

Sylvyen tersenyum menampakkan barisan giginya.

"Oh.."

Grisha memutarkan bola matanya dan terus berlalu pergi.

Sylvyen terpinga-pinga memerhati Grisha berlalu pergi. Macam tu je? Macam tu je sesi suai kenal mereka? Teruk betul sikap memandang rendah Grisha pada status orang lain.

🍎

Malam sudah menjelma. Beverly tergaru-garu kepalanya. Aneh. Mana Sylvan pergi? Sejak jadi betina ni dah mula pandai merajuk ke?

Beverly terus melangkah dengan gerak-geri yang agak kelakian. Bibirnya dimuncungkan.
Bodoh punye Sylvan. Jangan-jangan dia sudah kembali menjadi lelaki dan terus menjalankan tugasnya. Ataupun? Sylvan sebenarnya masih berada di ibu pejabat Rosamund? Ataupun Sylvan sengaja nak balas dendam dan kenakan dirinya? Dan biarkan dirinya terus menjadi Beverly selama-lamanya!

Tidak!

"Aku kena balik ke ibu pej-- wargh! "

Tiba-tiba lengan Beverly direntap kasar oleh seseorang dari belakang. Tubuhnya lantas dihempas pada tembok belakang bangunan.

"Anak dara jenis apa ni? Merayau di waktu malam seorang diri."

Seorang lelaki memegang erat pergelangan tangan Beverly dan dilekapkan pada dinding dengan hanya sebelah tangannya sahaja. Sebelah lagi tangannya meletakkan pisau pada leher Beverly.

"Lepaskan aku, sial. Sebelum aku belasah kau sampai lumat."

Ujar Beverly dengan nada penuh kebencian dan jelik.

Lelaki itu tertawa sinis.

"Kau perempuan yang kasar dan ganas. Tak padan dengan rupa yang cantik. Aku suka sikap kau."

Beverly cuba menarik tangannya dari genggaman lelaki itu namun langsung tidak mendatangkan hasil.

Si lelaki tertawa sinis. Rambut merah Beverly dibelai dengan menggunakan pisaunya.

Dahi Beverly berkerut seribu. Nafasnya menjadi semakin kencang. Biji matanya terbuntang luas.

Gila betul! Susahnya nak jadi perempuan! Bahayanya jadi perempuan! Lemahnya jadi perempuan! Seksanya jadi perempuan! Bencinya jadi perempuan! Malangnya dilahirkan sebagai perempuan!!

"Kenapa ni sayang? Tiba-tiba je takut. Bukan ke kau cukup garang dan berani tadi?"

🍎

Beberapa jam sudah berlalu. Sylvyen kini berdiri di atas tangga yang disandarkan pada rak buku yang tinggi. Gadis bunian itu terjumpa buku yang berjudul "SIHIR BERTUKAR JANTINA"

Kelam-kabut Sylvyen mencapainya. Di situ juga, dengan berdiri di atas tangga, dirinya membuka buku itu. Sylvyen menyelak helaian kertas. Bait tulisan direnung di bawah cahaya lampu pelita yang tergantung pada rak buku.

Debu yang mampu menukarkan jantina dan rupa pada asalnya digunakan bagi tujuan merisik pihak lawan namun ia disalahguna.

Mereka seringkali alpa untuk kembali kepada jantina asal dalam masa yang ditetapkan.

Semakin lama mereka berada di dalam dirinya yang berjantina lain, semakin mereka hilang peribadi dan perilaku sebagai dirinya yang asal.

Setelah hilang segala peribadi dan perilaku asal mereka maka mereka tidak mampu lagi kembali kepada jasad dan jantina asal mereka.

Biji mata Sylvyen terbuntang luas. Perkara ini tidak boleh dibuat main dan ternyata gila!

"Aku dan Beryl tidak boleh berlengah lagi."

Sylvyen berbisik perlahan.

"Hei, saudari! Bahayalah baca begitu."

Suara seorang lelaki tiba-tiba menegur perilaku Sylvyen yang asyik membaca sambil berdiri di atas tangga yang tinggi.

Gadis bunian tersentak! Lamunan Sylvyen berkecai! Entah bagaimana dirinya mula hilang keseimbangan!

Sylvyen terjatuh dari tempat yang tinggi!

Buk!

Seseorang telah menyambut tubuh Sylvyen dengan baik dari terus terhempas di atas lantai kayu! Wajah Sylvyen bertukar merah bagaikan buah ceri saat merenung wajah si wira yang menyelamatkan dirinya.

"Awak tidak mengapa, saudari bunian yang disingkir?"

Firth bertanya sambil mengukirkan seulas senyuman.

"JANGANNN!!!"

Sylvyen menjerit sekuat hati memecahkan suasana tenang di dalam perpustakaan!


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top