114 ❃ DENDAM KESUMAT BEVERLY
Ibu Pejabat Rosamund.
Beverly dan Sylvyen melangkah bagaikan pencuri. Berkerudung menutupi wajah mereka. Seboleh-bolehnya perkara ini harus dirahsiakan!
Bertukar jantina.Ini merupakan salah satu simbol kecuaian.Sesiapa pun tidak harus tahu tentang apa yang telah menimpa pada diri mereka.
Sylvyen memutar tombol pintu bilik pejabatnya.
"Baiklah, Beverly. Aku akan cari buku itu di rak sebelah kiri dan kau pergi cari di sebelah kanan."
Sylvyen berbisik perlahan seraya kakinya melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
"Sylvan, sebelah kanan selekoh tu, bilik Glen kan?"
Beverly berbisik perlahan. Pandangan matanya tidak lepas merenung hujung koridor.
"Ye! Cepatlah! Sebelum dia keluar dan nampak kita dalam keadaan begini."
Sylvyen berbisik dalam nada geram.
"Kau carilah dulu buku tu, nanti aku datang."
Beverly tersenyum sinis.
"Kau mahu buat apa jumpa dia?!"
Sylvyen menggigit bibirnya.
"Nak uji kesetiaan dia."
"Kepala otak kau,gila! Dia sudah berumahtangga!"
"Ah, itu yang buat lebih menarik."
Beverly menggigit lembut bibirnya.
"Jangan mengada-ngada! Dia sudah berzuriat!"
Sylvyen berusaha menghalang Beverly. Tangan Beverly ditarik.
"Itu yang lebih mencabar!"
Beverly merentap tangannya dan tersenyum sinis.Inilah masanya untuk balas dendam. Glen suka saman dan merampas senjata Beryl bahkan menarik lesen penggunaan senjata Beryl. Dah lama Beryl sakit hati dengan Glen Nikolai. Kali ini biar Beverly balas dendam bagi pihak Beryl Yyscadtobleron.
"Beverly! Lebih baik kau masuk dan bantu aku cari buku itu! Aku tidak mahu rahsia kita terbongkar."
Risau Sylvan melihat raut wajah Beryl dalam jasad seorang gadis yang bagaikan dirasuk syaitan kegelapan. Berusaha dirinya merayu.
"Sekejap je. Jangan risau. Rahsia akan selamat dengan aku. Ini Beverly okey? Ratu sandiwara."
Telapak tangan diletakkan pada dada dengan gaya wanita gedik.
Dengan selamba Beverly melangkah pergi.
"Beverly! Bev- BERYL!"
Semakin lama semakin kuat bisikan Sylvyen namun Beverly tetap berdegil.
"Urgh! Bodoh!"
Sylvyen menutup pintu pejabatnya dan terus dikunci dari dalam.
🍎
Glen Nikolai meneliti dokumen-dokumen di atas meja.
"Tugas yang diambil Jezebel berjalan dengan lancar. Laporan susulan sudah diterima."
Glen terangguk-angguk dan bercakap seorang diri. Air teh dihirup. Cawan diletakkan di sisi.
Helaian seterusnya diselak.
"Tugas Roderich juga berjalan dengan baik. Jadi tiada masalah."
Setiap helaian kertas itu ditandakan dengan simbol bintang dengan dakwat merah bermaksud tugasan berjalan dengan lancar. Tiada apa perlu dikhuatiri. Tiada tindakan susulan perlu diambil.
Helaian dokumen terus diselak. Glen Nikolai menghembuskan keluhan dan menggeleng kepala merenung helaian dokumen kali ini. Letih dan pasrah.
MISI MEMANSUHKAN KUASA MEDAN SIHIR KEGELAPAN DI DUNIA MALAM
TUGASAN OLEH : SYLVANORYN ARUL VALDEN
UNIT : DELIMA (KELAS 1 PANGKAT 3)
NOTA : TUGASAN DIJALANKAN BERSAMA UNIT BANTUAN ROSAMUND, BERYL YYSCADTOBLERON
LAPORAN SUSULAN :
___________________________________________
___________________________________________
L
ama Glen merenung helaian dokumen tersebut. Langsung tiada laporan susulan. Kosong. Hanya kosong semata. Bagaimana nak tahu sekiranya tugasan tersebut berjalan dengan lancar atau tergendala?
"Aku tak percaya bunian ni idola aku suatu ketika dahulu."
Lelaki berambut hitam itu memicit dahinya.Pening terasa kepalanya. Berdenyut-denyut macam nak meletup!
Tok!
Tok!
Tok!
Pintu bilik pejabatnya kedengaran diketuk. Lamunan Glen berkecai.
Dahi lelaki berambut hitam itu berkerut. Siapa agaknya? Amatlah jarang sesiapa mengganggu dirinya di waktu begini.
Tok!
Tok!
Tok!
Sekali lagi kedengaran pintu diketuk.
"Masuk."
Ujar Glen sepatah.
Perlahan-lahan seorang gadis berkerudung melangkah masuk.
"Ini pejabat Glen Nikolai?"
Lembut sahaja suaranya kedengaran.
"Ya, saya. Jemputlah masuk."
Dahi Glen berkerut seribu. Siapa ni? Agaknya apa urusannya untuk berjumpa dengan dirinya.
"Terima kasih."
Balas gadis itu ringkas. Pintu ditutup dan dikunci dari dalam.
Kenapa perlu kunci? Glen mula terasa ganjil.
Gadis itu kemudian melangkah masuk dan terus melabuhkan punggungnya di kerusi tetamu berhadapan dengan Glen.
Glen berkerut seribu dengan penuh kekeliruan. Gaya gadis ini berjalan agak.. keterlaluan. Walaupun gaya jalannya agak perlahan dan sopan. Apakah gadis ini cuba ingin meragakan pakaian kerudungnya? Berjalan sambil menyelak kain kerudungnya serta mengibasnya bagaikan peragawati.
"Ya? Ada apa boleh saya bantu?"
Glen bertanya memecahkan suasana janggal.
"Saya Bev. Ingat saya lagi?"
Beverly meletakan siku di atas meja dan menongkatkan dagunya.
"Bev?"
Glen terdiam sejenak.
"Maaflah. Saya tak pernah ingat sesiapa dengan nama Bev."
Tulus Glen mengakuinya.
"Beverly."
Beverly menyilangkan kakinya dan dalam masa yang sama hujung kakinya sengaja mencuit kaki Glen.
"Beverly?"
Glen mula berasa tidak selesa.
"Ya, saya. Ingat saya."
"Saya hanya kenal seorang makcik tua di kampung saya dulu. Namanya Beverly."
Glen cuba mengelak.
Beverly tertawa sinis.
"Awak pandai bergurau. Saya suka lelaki macam awak."
Kerudung yang menutup wajah diturunkan perlahan-lahan. Jangan main-main dengan permainan Beverly.
Glen tergamam seketika. Tidak boleh dinafikan wajah Beverly mampu buat setiap lelaki terpaku melihat dirinya.
"Ingat saya?"
Beverly menjongketkan keningnya dengan gaya menggoda.
"Maaf. Saya tak ingat."
Glen mengalihkan pandangan matanya. Nafas dihembuskan. Cangkir teh dicapai dan dihirup perlahan.
Di kesempatan itu Beverly dengan sengajanya menjulurkan kakinya ke hadapan dan diletakkan di atas kerusi di mana Glen sedang duduk, betul-betul di celah peha lelaki itu!
Glen tersentak! Pantas lelaki itu berdiri! Air habis tertumpah! Habis baju dan dokumen dibasahi minuman teh!
🍎
Who wants more? Don't forget to vomments! 😎👍
Powerless,
saptember
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top