110 ❃ SILUMAN SI PEDAGANG HARAM

p

SUBUH, PELABUHAN KAPAL SEMPADAM EPLÉ

Banshee makhluk seruan yang jarang dan amat sukar untuk ditemui. Bagaimana mereka boleh dapatkan bahagian-bahagian anggota badan makhluk tersebut dengan harga yang murah?

Bagaimana?

Bagaimana?

Bagaimana?

Beryl dan Sylvan lengkap berpakaian berkerudung tebal musim sejuk yang menutupi wajah mereka.

Identiti mereka harus dirahsiakan.
Mereka berdua akan berurusan dengan pedagang haram.

"Bukan ke siluman pencinta alam? Kenapa dia jual bahagian-bahagian makhluk seruan?"

Beryl menghembuskan nafas. Kedua tapak tangannya digosok.

"Siluman ni menghapuskan pemburu haram. Kesemua barangan yang dijual adalah hasil rampasan pemburu haram.Sejak zaman nenek moyang mereka lagi."

Sylvan memberi penjelasan.

"Gila."

Ujar Beryl sepatah.

"Ingat Beryl, kawal api kemarahan kau. Setiap kali berdepan dengan siluman kau yang selalu hilang siuman."

Sylvan sempat memberi peringatan.

"Aku cubalah tapi tak janji."

Beryl memeluk tubuh. Terasa dingin luar biasa berdiri di jeti kayu pelabuhan kapal, menanti kehadiran si siluman. Tak guna. Mereka sering memungkiri janji.

"Kau harus berjanji Beryl, atau semuanya akan gagal."

Bersungguh-sungguh Sylvan memberi peringatan.

"Diamlah,aku taulah."

Beryl terasa jelik. Cukup dia benci untuk berdepan dengan siluman.

Salji yang turun kelihatan agak lebat. Wap berkepul-kepul keluar dihujung bibir mereka.

"Ingat rancangan kita, sebaik sahaja bayaran diberikan, kita akan terus tinggalkan kawasan ini.Jangan sampai dia sedar syiling yang diterima adalah palsu."

Sylvan berbisik perlahan.

"Sylvan, boleh tak berhenti pesan aku ulang-ulang?"

Beryl menghembuskan keluhan.

"Aku risau sekiranya kau bertindak bodoh! Kerana itu aku mengulanginya."

Sylvan berbisik dalam nada geram.

Saat mereka bertikan lidah,tiba-tiba kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam menghampiri mereka.

Bunyi derap langkahnya menapak di atas kayu jeti memecahkan suasana sunyi.

Langkahnya berhenti di hadapan Beryl dan Sylvan.

"Achilles Calix Adonis?"

Sylvan bertanya inginkan kepastian.

"Panggil aku Calix."

Lelaki bermata biru itu mengangguk.

"Ikut aku, kawasan sini terlalu terbuka untuk berjual beli."

Lelaki siluman itu memberi arahan dan terus melangkah pergi.

Sylvan dan Beryl berpandangan sesama sendiri. Terasa ganjil. Kawasan ini luas. Tiada sesiapapun mahupun kapal yang singgah saat musim ribut salji melanda. Kenapa perlu pergi ke tempat tersembunyi.

Namun,mereka mengambil keputusan untuk mengekori Calix sehinggalah tiba di atas kapal. Rasanya siluman ini merupakan seorang lanun.

"100 keping kuku banshee."

Calix menghulurkan satu karung yang mengadungi kuku banshee.

Saat Sylvan cuba mengambilnya, sebilah pedang tiba-tiba dihunuskan pada wajah Sylvan.

Biji mata Sylvan dan Beryl terbuntang luas.

"5000 keping syiling emas?"

Si siluman tersenyum sinis.

Beryl dan Sylvan menyelak jubah berkerudung. Beberapa karung syiling emas yang disisip pada pinggang dicapai dan dihulurkan pada siluman itu.

Swossshh!!

Pedang dilibaskan pada karung syiling yang dihulur oleh Sylvan dan Beryl!

Habis berterabur nat-nat besi di atas lantai kapal.

"Jadi? Si bangsat dan si fakir cuba untuk dapatkan barang lumayan aku secara tidak sah?"

Calix tertawa sinis.

Sylvan dan Beryl turut tertawa kecil.

Gila betul. Cepat betul terkantoi.

"Kau berdua dikepung."

Calix bersuara mendatar.

Beryl dan Sylvan memerhati sekeliling. Beberapa orang anak kapal telah mengepung mereka.

"Tiada undur diri. Kau nak kuku banshee? Bayar dengan nyawa ataupun maruah?"

Dont forget to vomments for more.
(/•/ᴗ/•/)❤ I love reading comments. *blush* it makes me heppi...

Love,
saptember

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top