105 ❃ PELURU PERMATA PERAK

Suasana Bar Kecil Yyscadtobleron sepi.

Sebatang lilin diletakkan di atas meja. Kelihatan Beryl, Sylvan dan Ignace sedang duduk bertiga berbincang mengenai bangkai bernyawa yang telah menimbulkan kekecohan beberapa hari yang lalu.

"Dia bukan lagi penghuni dunia. Sebab tu peluru biasa tak bagi sebarang kesan."

Ignace memberi penjelasan.

"Jadi peluru garamlah yang berkesan buat masa ni?"

Beryl bertanya.

"Ye. Peluru garam."

"Bermakna, kita perlukan lebih banyak peluru garam untuk berdepan dengannya."

Sylvan mencelah.

"Bukan peluru garam biasa."

Tambah Ignace lagi.

"Aku tau maksud kau. Peluru garam khas buat penghuni roh kegelapan."

Beryl mengusap jambang halusnya.

Ignace menggangguk.

"Sekarang satu masalah selesai, Kita sudah dapat kesan roh yang diseru keluar dari medan sihir tersebut."

Sylvan bersuara sambil mengusap perutnya. Rasa senak masih berbekas.

"Sekarang nak tau siapa si bangang yang seru lelaki tu."

"Dia tidak jauh dari sini. Aku yakin. Mungkin."

Sylvan tersenyum sinis.Kemenangan mula dirasainya.

"Kita ada satu lagi masalah."

Ignace bersuara mendatar.

"Apa maksud kau?"

Beryl menjongketkan keningnya merenung lelaki berambut emas.

"Aku dah tak ada lagi peluru garam tu."

Ignace menggosok belakang tengkuknya.

"Kita boleh dapatkan yang lain. Rosamund ada unit pembekal senjata."

Sylvan menyuarakan cadangan.

"Peluru yang aku guna berbeza. Boleh melumpuhkan pergerakan roh.Tak sama dengan peluru garam biasa."

"Tidak sama?"

Sylvan berkerut.

"Roh yang terkena peluru garam aku akan lumpuh untuk jangka masa tertentu."

Ignace memberitahu.

"Maksudnye bangkai bernyawa itu kini dalam keadaan lumpuh?"

Sylvan bertanya.

"Ye, tapi untuk sementara. Mungkin seminggu atau dua. Kalau nasib baik, sebulan paling lama."

Ignace menjelaskan lagi tentang peluru yang telah memberi kesan yang mendalam pada lelaki berbangkai bernyawa tempoh hari.

"Kita tak ada pilihan lain, selain cari penyeru roh tu."

Beryl menghembuskan keluhan. Mula terasa jemu.

"Sekejap. Aku terfikirkan sesuatu. Aku khuatir penyeru tersebut sudah tiada lagi di sini ataupun sudah mati. Tiada tanda-tanda mahupun tekanan kuasa daripada si penyeru yang cuba untuk menjejaki bangkai bernyawa itu."

Sylvan mengemukakan pendapat.

Beryl mencebik. Terasa meluat mendengar penjelasan Sylvan dalam dialek bakunya.

"Aku tertanya-tanya, kenapalah dia seru yang dari alam roh kegelapan ni. Cari nahas betul."

Beryl menghela nafas.

"Aku dah reka lebih dari seribu jenis peluru dan aku rasa ada satu yang lebih sesuai untuk hapuskan bangkai tu."

"Peluru apa?"

Beryl menongkat dagu. Mula terasa mengantuk.

"Peluru yang boleh tarik dia semula ke alam roh kegelapan."

"Terbaiklah!"

Beryl menepuk meja kuat!

Sylvan dan Ignace tersentak.

"Bodoh, terperanjatlah orang."

Sylvan merengus.

"Aku dah bosan jadi unit bantuan Rosamund.Jadi, apa nama peluru tu?"

Beryl teruja.

Sylvan memutarkan bola matanya.

"Peluru permata perak."

Ignace tersenyum.

"Bagus! Kau ada berapa biji?"

Beryl menyandarkan belakangnya pada kerusi.

"Aku tak ada peluru tu."

Ignace tertawa.

Beryl terdiam.

Sylvan berkerut.

"Jangan buat lawaklah, Ignace."

Beryl menghembuskan keluhan.Dah mengantuk sangat ni.

"Jangan risau, kita boleh buat peluru tu. Aku masih ingat lagi bahan-bahan untuk buat peluru tu."

Beryl dan Sylvan menghela nafas lega.

"Mujur kau muncul Ignace. Beryl langsung tidak berguna."

Sylvan tertawa.

"Sekurang-kurangnya aku tak mabuk masa musuh muncul."

Beryl membidas.

Ignace hanya sekadar tersenyum.

"Baiklah, Ignace. Beritahu aku bahan-bahan untuk menghasilkan peluru tersebut."

Sylvan menumpukan perhatian pada Ignace. Habis modal nak membidas kata Beryl.

"Empat bahan utama.Secubit garam, sebutir permata, serbuk besi perak, errr...dan juga debu genma."

Ignace sedang cuba imbas kembali.

"Semua senang nak dapat! 10 butir peluru pun tak ada masalah nak buat."

Beryl bersuara penuh yakin.

"Kau ingat peluru macam tu senang nak hasilkan? Aku ambil masa selama enam bulan untuk hasilkan satu butir peluru tu."

Ignace memutarkan bola matanya. Ingat peluru kapur ke?

"Enam bulan?! Lamanya!"

Beryl membuntangkan bola matanya.

Sekali lagi Beryl menghempaskan kedua tangannya di atas meja.

Sylvan tersentak lantas memutarkan bola matanya. Meluat betul!

"Bahannya empat sahaja. Kenapa ambil masa sebegitu lama? Adakah kerana itu cubaan pertama kau untuk hasilkan peluru tu?."

Sylvan kembali menumpukan perhatian pada Ignace.

"Siapa kata empat? Ada lagi."

"Ada lagi?"

Sylvan seakan-akan tidak percaya.

"Bahannya banyak. Empat itu adalah bahan asas. Sekarang bagi aku jelaskan sampai habis."

Ignace bersuara mendatar dan tersenyum tawar.

"Ah,ya. Silakan."

"Kita perlukan 13 butir beras, sehelai daun kering, seurat rambut, sepuluh serpihan kuku, sekeping pelepah harpyja, sebatang taring harimau jadian, sembilan keping sisik duyung sutera, setitis darah dan setitis air mata."

Sylvan dan Beryl terdiam. Apakah? Kenapa begitu rumit?

Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Sekarang aku dah faham kenapa kau ambik masa selama enam bulan."

Beryl masih lagi tergamam.

"Itu tak cukup nak jelaskan kenapa aku ambil masa selama enam bulan."

Ignace menghembuskan keluhan.

"Apa maksud kau? Ada bahan lain lagi ke?"

Beryl terpinga-pinga.

"13 butir beras tu pastikan tujuh butir adalah beras hitam, empat butir beras merah, dua butir beras putih."

Sekali lagi Beryl dan Sylvan tergamam.

"Beryl, aku perlukan kertas dan pena."

Sylvan melirikan pandangan mata pada Beryl.

Ini baru cerita beras. Belum cerita bahan lain lagi.

"Sambung esok boleh? Sebelum kepala otak aku meletop."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top