102 ❃ TAMPARAN PADU GERGASI

DUSH!!!

TUMM!!!!

PRAKKKK!!!!!!

Pecah berderai tempayan kayu yang dipenuhi dengan buah-buah epal! Habis buah epal bergolek-golek jatuh di atas tanah  bersalji.

"Bodoh mana letak tempayan kayu kat sini!! Habis terburai dibuatnya!"

Beryl yang terduduk di atas tanah bersalji mengusap pinggangnya.

"Itu adalah kerana manusia bodoh yang terjun ikut jendela!"

"Kalau tempayan ni tak ada dekat sini aku akan mendarat dengan baik."

"Hakikatnya kau bodoh! Hanya si bodoh sahaja yang melompat keluar melalui jendela!"

"Jangan salahkan aku. Kau yang tak nak keluar ikut pintu."

"Aku tidak mahu keluar ikut mana-mana!Hakikatnya aku tidak mahu keluar!"

"Kalau tak nak keluar, aku cadangkan ke katil pun kau tak nak kan? Kau tak boleh salahkan aku."

Beryl tersenyum sinis.

Wajah Grisha merah padam.

Pok!!

Satu biji buah epal dilemparkan pada tubuh Beryl.

"Kau nak main baling-baling?"

Wajah Beryl bertukar masam mencuka. Ingat buah epal tu kecil dan lembik macam buah anggur?

"Aku mahu naik semula."

Terhuyang-hayang Grisha cuba berdiri. Beryl turut berdiri.

"Jadi, kau nak ke katil?"

Grisha tersentak. Wajahnya semakin kemerahan.

"Diam! Diam!!!! DIAMM!! DIA---"

Pak!!

Grisha terdiam. Biji mata merahnya terbuntang luas merenung wajah Beryl. Seorang lelaki telah menampar wajahnya?

Beryl terkedu.  Terdiam sejuta bahasa. Jantungnya berdegup kencang merenung wajah wanita bunian.

"Kau tampar aku?"

Air mata Grisha bergenang menahan pedih. Tangannya perlahan-lahan menekup mulutnya.

"Ma..maafkan aku! Aku tak sengaja. Aku cuba untuk tekup mulut kau... aku tak sangka aku boleh tertampar.."

Beryl gelabah! Gila kau tak gelabah! Tangan dah lah besar! Boleh pulak tertampar mulut seorang gadis.

Grisha mengalihkan tangannya. Darah merah kelihatan mengalir sedikit di tepi bibir.

Terbelalak biji mata Beryl! Dia telah mencederakan seorang gadis! Ini melampau!!

Suasana menjadi jeda dan luar biasanya janggal. Mereka berdiri bertentangan tanpa sebarang suara untuk satu jangka masa yang agak lama.

Beryl menarik nafas dalam.

"Maafkan aku... aku memang melampau."

Beryl tertunduk menggosok belakang tengkuknya. Tak guna. Apa perlu dia buat? Suasana ternyata begitu janggal.

Wanita bunian hanya sekadar tertunduk. Air matanya menitis. Terasa kebas mulutnya dek tamparan gergasi Beryl. Mungkin ini padahnya kerana seringkali menampar wajah lelaki itu?

"Baiklah, aku tak akan paksa kau ikut aku dan aku rasa aku kena pergi."

Beryl meneguk air liur. Terasa serba-salah luar biasa.

"Tapi sebelum tu, aku betul-betul kesal dan aku minta maaf. Aku memang melebih-lebih sakitkan hati kau selama ni. Nanti, aku akan jelaskan segalanya pada Sylvan."

Beryl menghembuskan keluhan.

Grisha berkerut memandang Beryl. Entah kenapa hatinya terasa terkesan dengan kata-kata daripada seorang manusia bodoh.

"Aku minta maaf untuk semua benda yang menyakitkan hati kau. Terutama sekali dengan gurauan kotor dan bodoh aku tu. Aku janji aku tak akan ganggu kau lagi."

Lelaki berambut merah burgundy mula melangkah untuk pergi. Sungguh dia terasa kesal. Begitu kasar perilakunya sehingga mencederakan seorang wanita.

"Aku pergi dulu."

Beryl mula mengatur langkah pergi.

Grisha hanya terkedu melihat susuk belakang lelaki berambut merah yang beransur pergi. Seorang manusia yang cukup dirinya benci telah memohon maaf berulang kali dengan penuh rasa rendah diri.

"Aku janji aku tak akan ganggu kau lagi."

Kata-kata lelaki itu tergiang-giang. Apa maksudnya? Adakah manusia bodoh ini tidak akan bersua dengan dirinya lagi? Adakah dia akan pergi selamanya? Kenapa persoalan itu yang terlintas di hatinya? Rasa galau dan rawang kian bersawang di dalam jiwa.

Entah kenapa dirinya tidak mahu rasa kehilangan itu ada.

"Nanti!"

Grisha berteriak dan berlari mendapatkan Beryl.

"Berry! Nanti! Aku akan ikut kau!"

Grisha menarik kerudung tebal yang tersarung pada tubuh Beryl.

Langkah Beryl terhenti. Dahinya berkerut seribu. Seakan-akan tidak mempercayai kata-kata yang keluar dari mulut bunian bermata merah.

"Apa kau kata tadi?"

"Apa? Kau pekak ke? Aku kata aku akan ikut kau!"

Grisha memalingkan wajahnya yang kian kemerahan bagaikan buah tomato yang cukup ranum. Dirinya terus melangkah mengiringi Beryl.

"Tak. Bukan tu maksud aku."

"Jadi?!"

"Berry? Nama aku Beryl."

"Aku tersilap. Bagaimana aku boleh ingat nama manusia yang begitu bodoh. Tambahan pula nama 'Beryl' terlalu comel untuk manusia berupa buaya darat seperti kau."

Grisha mula mengatur langkah sambil terus membebel.

Beryl sekadar menjongketkan keningnya dan tersenyum.
Di sebalik keganasannya, Grisha ada sifat yang comel.

"Dan aku yakin, pasti kau juga tidak tahu nama aku bukan?"

Grisha mengutarakan soalan.

"Mana boleh aku tak tau nama perempuan bunian gila yang ganas macam kau."

Beryl turut melangkah mengirngi Grisha.

"Jadi kau tau nama aku?"

"Ye. Taulah."

"Apa?"

"Trisya."

Dengan penuh yakin dan bangga Beryl menjawab soalan Grisha.

"Nama aku Grisha."

"Oh..."

Beryl terdiam. Cis, Salah pulak. Tak guna. Baru nak tunjuk hebat.

Grisha tersenyum sendiri. Dirinya mula terasa selesa bergaul dengan Beryl.

"Oh, erm..jadi Grisha...mulut kau sakit lagi?"

Beryl memulakan perbualan. Cuba mematikan suasana sepi dan janggal perjalanan mereka.

"Gila. Mestilah sakit. Tangan kau besar seperti gergasi."

"Siapa suruh buat bising. Dah tu bergelut macam aku nak rogol kau. Macam mana tak tertampar."

Beryl tertawa kecil.

"Sehingga sekarang rasa sakitnya berbekas."

Grisha menyentuh tepi mulutnya.

"Aku minta maaf..."

Ujar Beryl mendatar sambil menggosok batang hidungnya dengan jari telunjuk. Malu betul teringat peristiwa tadi. Macam manalah boleh tertampar.

"Aku tidak faham kenapa tangan seorang lelaki begitu besar. Ia merbahaya."

Grisha cuba mengubah topik perbualan. Beryl meminta maaf. Terasa janggal pula nak kata 'Aku maafkan kau..."

"Kau nak tau kenapa tangan lelaki besar?"

"Apa?"

"Supaya mudah nak dukung perempuan berat macam kau!"

Beryl ketawa besar.

Wajah Grisha semakin kemerahan!

"Bodoh! Kau sudah berjanji tidak akan buat gurauan menghina lagi!"

Grisha mengutip buah epal di atas tanah bersalji dan mencampaknya pada kepala Beryl!

"Pok!"

"Sakitlah!"

"Padan muka."

"Sekejap..mana kau dapat buah epal tu?"

"Entah. Aku kutip dari atas tanah. Barangkali ini buah dari dalam tempayan kayu yang pecah tadi."

"Jauhnya bergolek."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top